Kalau dah namanya artis memang apa sahaja yang dilakukan pasti mendapat perhatian daripada netizen. Mulalah ruang komen di sosial media seseorang artis itu penuh dengan komen-komen netizen tidak kira dari sudut positif atau negatif.

Pelakon, Fiza Abdul Halim juga turut tidak dapat lari daripada perhatian netizen.

Pada hari Jumaat yang lalu Fiza ada berkongsi satu gambar dirinya memakai telekung dan sedang duduk di atas sejadah.

IKLAN

“Bukan mudah mencari ketenangan untuk hidup dimuka bumi Allah ini…aku bersyukur Allah sentiasa memberi aku ujian & dugaan dlm aku menempuh hidup ini.. Tabah & yakinlah Allah sentiasa ada bersama2 org yg sabar & beriman kpdnya.. Salam Jumaat yg penuh barakah..??,” tulisnya.

Gambar tersebut mendapat perhatian ramai apabila rata-rata netizen memuji kulit wajahnya yang bersih dan licin.

norfaizahhashim: Masyaallah sejuk mt memandang..cantik sungguh ciptaan allah pd awak..

bychantiqchantiq: @fizaabdhalim cntiknya kulit akak.. Boleh x share sis pkai ap utk jga kulit ??

IKLAN

Namun begitu terdapat satu komen daripada netizen mendapat perhatian Fiza dan dilihat pelakon ini turut menbalas komen tersebut.

‘Saya Masih Waras Dan Tahu Berfikir’ – Fiza Abdul Halim Balas Komen Solat Pakai Make up

IKLAN

Ada juga peminat Fiza yang turut mempertahankan artis kesayangan mereka ini.

Apapun MH tak nafikan sejak dari dulu lagi Fiza memang mempunyai wajah yang cantik. Lagi cantik bila tengok gambar Fiza dengan memakai telekung dan duduk di atas sejadah. Sejuk mata sangat mata memandang.

Sumber: Instagram Fiza Abdul Halim

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI