Baru-baru ini viral kisah penyanyi dangdut popular, Mas Idayu mengamuk di media sosial dalam sebuah program realiti D’Academy Asia musim ke-3 yang ditayangkan di negara jiran, Indonesia.

Mas Idayu dilihat begitu marah dengan seorang peserta wakil daripada Malaysia, Baby Shima kerana persembahannya yang kurang baik.

‘Saya Marah Kerana Sayangkan Dia’ Mas Idayu Beri Penjelasan Isu Viral

Rentetan daripada hal itu, Mas Idayu menerusi satu sumber berkata dia bertindak memarahi Baby Shima sekadar ingin menegur kesilapan yang dilakukan dan kerana sayang.

“Saya marah kerana sayangkan dia… Saya tahu potensi dirinya dan sudah beri segala-galanya sebelum persembahan,” katanya kepada Berita Harian.

Kata ratu dangdut ini lagi, dia tidak berniat untuk memalukan Baby Shima tetapi dia begitu kecewa dengan persembahan yang dipersembahkan oleh peserta itu.

IKLAN

“Siapa yang kenal saya tahu sikap tegas saya dalam mendidik. Ini kerana bagi saya, dia (Shima) seperti anak saya sendiri. Pasti saya berharap dia memberikan yang terbaik.

 

“Peminat tidak tahu, saya bersama Shima bersengkang mata sehingga jam 3 pagi sebelum konsert diadakan pada sebelah malam. Kami sama-sama berlatih untuk memberi persembahan terbaik sebagai wakil Malaysia,” katanya.

Mas Idayu juga berkata dia tidak dapat menerima persembahan Baby Shima pada malam itu dan tambahnya lagi, sebagai juri yang duduk bersama juri daripada negara lain membuatkan dirinya berasa sungguh malu dengan persembahan Baby Shima.

“Kita kena sedar peserta dari negara lain memberi persembahan yang sangat bagus dan ada kualiti tersendiri.

 

“Saya mahu Malaysia mampu memberi saingan dan tidak lemah,” katanya.

‘Saya Marah Kerana Sayangkan Dia’ Mas Idayu Beri Penjelasan Isu Viral

Dalam masa yang sama, Mas Idayu berkata dia memarahi Baby Shima kerana dia merasakan peserta itu mempunyai pakej yang lengkap dan berpotensi untuk pergi lebih jauh dalam bidang nyanyian jika memberi fokus yang lebih.

IKLAN

Dia juga mengakui, tanggungjawabnya adalah untuk mempertahankan peserta daripada Malaysia namun begitu dia tidak mampu berbuat apa-apa kerana persembahan Baby Shima pada malam itu tidak bagus.

Mas Idayu juga berkata lagi, dia sedih dengan Baby Shima yang seperti tidak mendapat ilmu yang diajarkannya.

IKLAN

“Kalau saya sanggup bersengkang mata, dia juga perlu sama-sama menghargainya dan mampu memberi persembahan terbaik,” katanya.

‘Saya Marah Kerana Sayangkan Dia’ Mas Idayu Beri Penjelasan Isu Viral

Rentetan daripada kontroversi viral ini, segelintir netizen dilihat tidak bersetuju dengan tindakan Mas Idayu itu namun begitu penyanyi dangdut ini tidak mahu ambil pusing dengan komen netizen dan menganggap mereka semua tidak tahu situasi yang sebenar.

“Tidak mengapalah… Mereka tak tahu apa yang berlaku dan ini membantu Shima popular. Pada masa sama, ia juga memperkuatkan karektor saya sebagai juri.

 

“Kritikan dan hentaman mereka menguatkan lagi saya sebagai juri dan misi membawa nama negara,” katanya lagi.

MH berharap dengan penjelasan yang diberikan oleh Mas Idayu ini dapat membuat netizen faham mengapa dia bertindak sebegitu tempoh hari.

Sumber: Berita Harian

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI