Selepas filem dialek Negeri Sembilan, Gadis Jolobu The Movie, Syarikat Zebra Studio kini dalam proses menghasilkan filem baharu, JanGo.
Menariknya, naskhah ini mengetengahkan budaya Melayu dan Cina untuk tayangan global yang sekaligus, menjadi filem rentas budaya dalam dwi-bahasa pertama di Malaysia, menggabungkan empat pelakon Melayu dan Cina sebagai pemain watak utama.
JanGo iaitu ringkasan untuk Jangan Goyang ialah produksi usaha sama antara Zebra Studio dari Malaysia dan Times Multimedia Innovation Ltd yang berpangkalan di Hong Kong.
Pengasas dan Penerbit Eksekutif Zebra Studio, Saraleana Nattaya Azmi, berkata idea menghasilkan filem JanGo dicetuskan dua pelakon utamanya, Khir Rahman dan Joey Daud.
“Ketika penggambaran filem Gadis Jolobu The Movie, Khir dan Joey mengetengahkan idea menghasilkan filem JanGo. Saya tanya apa maksud JanGo, ini kerana saya tidak melihat program realiti yang pernah mereka sertai.
“JanGo adalah nama kumpulan Khir, Joey dan Vicha, mereka pernah diangkat sebagai juara dalam program realiti itu. Dari pada situ, datangnya idea menghasilkan filem JanGo.
“Namun, lebih istimewa kami turut menggabungkan pelakon berbangsa Cina. Untuk JanGo 1.0, kami akan fokus di Malaysia, kemudian, Khir dan Joey akan terbang ke Shanghai, China menjalani penggambaran filem JanGo 2.0.
“Sepatutnya, kami perlu ke China terlebih dahulu disebabkan mempunyai pelabur dari China. Namun, kami belum sempat membuat kajian. Jadi kami terpaksa menghasilkan filem JanGo 1.0 di Malaysia,” katanya.
Tambah Saraleana, JanGo juga mengetengahkan beberapa unsur komedi antara budaya Melayu dan Cina di Malaysia.
Malah, pihaknya teruja menjalin kerjasama dengan syarikat produksi Hong Kong kerana projek itu menonjolkan campuran budaya dalam masyarakat berbilang kaum di Malaysia.
Ads
“Saya mahu pelakon Malaysia diberi peluang mengetengahkan bakat ke luar negara terutama di Hong Kong dan China.
“JanGo dianggap suatu peluang untuk menarik penonton antarabangsa. Dengan pendekatan ini, ia membolehkan kita mencapai matlamat membawa karya dari Malaysia ke peringkat global,” katanya pada majlis pelancaran filem JanGo, baru-baru ini.
Yang turut hadir, Pengarah Pengeluaran, Syarikat Times Multimedia Innovation Ltd Hong Kong, Tony Leung.
Mengulas tahap keyakinannya untuk menerbitkan filem JanGo 2.0 ketika sambutan terhadap filem sulung masih belum pasti, Saraleana percaya karya komedi mampu diterima baik di mana-mana sahaja.
“Genre filem ini adalah komedi dan aksi. Jadi, ia boleh diterima dengan baik di seluruh dunia.
Ads
“Sebelum ini, jika kita tengok komedi di Malaysia, ia membabitkan Melayu sahaja. Sama juga dengan filem komedi Cina.
“Namun, menerusi filem JanGo, kami mahu campuran komedi Melayu dan Cina. Jadi, pelakon Cina yang dipilih dalam filem ini boleh bercakap dalam bahasa Melayu.
“Joey dan Khir akan bertutur bahasa Cina untuk menceritakan bagaimana kita hidup dengan dua kaum ini.
“JanGo seperti filem Rush Hour yang menggabungkan pelakon Cina dan kulit hitam. Jadi, kami yakin filem JanGo boleh diterima dengan baik,” katanya lagi.
Selain Khir dan Joey, filem JanGo turut mengetengahkan pelakon Cina yang popular di Singapura, Zhang Yaodong dan Chris Tong.
Ads
Bagi Saraleana, gabungan pelakon memainkan peranan penting untuk membawa filem tempatan ke peringkat global.
Sehubungan itu, dia yakin gabungan empat pelakon terbabit boleh membawa filem JanGo ke peringkat lebih tinggi.
“Kalau hendak bawa karya ke peringkat global, kita tak boleh menggunakan pelakon sama. Perlu campur dan ketengahkan pelbagai pelakon dengan pelakon berpengalaman dan baharu perlu seiring,” katanya.
Bakal diarahkan sutradara berpengalaman, CL Hor, filem JanGo mula menjalani penggambaran di Lembah Klang, sejak beberapa hari lalu.
JanGo mengisahkan dua sahabat karib yang bekerja di ladang durian. Suatu hari, mereka membuat keputusan meninggalkan kampung halaman demi kehidupan lebih baik di kota.
Secara tidak sengaja, mereka ditawarkan dua ketua agensi perisikan untuk menjadi ejen rahsia dan melakukan misi ke China.
Walaupun sudah memasuki minggu kedua Syawal, kemeriahan Hari Raya Aidilfitri masih lagi terasa sehingga kini.
Agenda kunjung mengunjung rumah sanak saudara dan rakan-rakan masih lagi diteruskan mengikut tradisi dari zaman berzaman.
Dalam kemeriahan berhari raya, penyanyi Beby Acha tidak ketinggalan merasa sayu apabila sudah 12 tahun beraya tanpa kehadiran abangnya yang merupakan vokalis kumpulan Spin, Achik.
Menurut Beby Acha atau nama sebenarnya, Nur Aishah Md. Shari, 31, setiap kali Syawal dia pasti terkenang memori indah bersama Allahyarham Achik.
“Jarak usia kami lapan tahun, ketika arwah meninggal dunia, saya sudah pun berusia 19 tahun. Jadi banyak jugalah kenangan Aidilfitri bersama arwah.
“Arwah ini kelakar dan agak nakal orangnya. Kegemaran arwah adalah bakar mercun dalam terowong, jadi bunyi letupan itu lebih kuat.
“Bila raya, arwah tidak kedekut untuk belanja adik-adik dan beri duit raya. Walaupun arwah sudah berkahwin, dia tidak melupakan tanggungjawab pada adik-adik.
“Keluarga kami juga besar, jadi bila dapat berkumpul beramai-ramai, rasa seronok sangat. Sekarang ini walaupun masih berkumpul bersama, tetapi momen ketika kecil dulu tidak sama macam sekarang,” katanya kepada Media Hiburan.
Beby Acha meraikan Syawal di kampung halaman di Labu, Negeri Sembilan bersama ibu bapa serta adik-beradiknya termasuk adiknya, penyanyi Tajul Ariff.
Sekadar info, Achik atau nama sebenarnya, Abdillah Murad Md. Shari meninggal dunia selepas terlibat dalam nahas jalan raya di Lebuh Raya Kajang-Seremban (Lekas) pada 18 April 2010.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Beby Acha
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon Aedy Ashraf tampil menjelaskan lamaran yang dibuatnya terhadap pelakon Amelia Henderson baru-baru ini bukanlah gimik bagi mempromosikan produk seperti yang didakwa sesetengah netizen.
Ia sekaligus menjelaskan bahawa Aedy atau nama sebenarnya, Mohammad Addy Ashraf Rosmadi, 29, kini sedang rapat dengan aktres berkenaan.
Menurut Aedy, lamaran yang dibuat dalam sebuah festival makanan Mac lalu itu dilakukan spontan dan sehingga kini dia pun masih terkejut dengan keberaniannya melakukan sedemikian.
“Saya pun terkejut dengan tindakan spontan tersebut. Bukan saja orang lain tetapi saya termasuk Amelia pun terkejut.
“Lamaran tersebut saya tak rancang apa-apa pun. Kami berdua memang tak tahu apa-apa dan semuanya berlaku secara semula jadi,” katanya.
Walaupun Aedy dan Amelia berkecimpung dalam bidang yang sama namun disebabkan kesibukan jadual menyebabkan kedua-duanya jarang dapat meluangkan masa bersama seperti kebiasaan pasangan bercinta lain.
“Sejujurnya jadual kehidupan saya memang tak seimbang langsung. Kerja saya memang akan letak nombor satu, sampaikan masa dengan keluarga pun banyak dikorbankan.
“Tak ada masa nak berjanji temu (dating) pun. Mungkin saya seorang manusia yang terlalu cintakan kerja sehingga kasih sayang di tempat lain pun agak terabai.
“Amelia pun sangat sibuk sebenarnya dan persamaan kami mungkin perkara tersebut iaitu jadual kedua-duanya terlalu padat. Kami tak jumpa atau dating tetapi hanya berhubung melalu telefon sahaja,” katanya lagi.
Hubungan Aedy dan Amelia mula diperkatakan selepas kedua-duanya digandingkan menerusi drama bersiri, Kisah Cinta Kita yang ditayangkan November tahun lalu.
Terdahulu, pada 27 Mac lalu, video Aedy melutut melamar Amelia sebagai teman wanitanya semasa penganjuran sebuah acara festival makanan menjadi bualan hangat warganet.
Amelia atau nama sebenarnya, Amelia Thripura Henderson, 27, sebelum ini pernah berkahwin dengan kerabat Kedah, Tunku Datuk Harunnarasheed Putra Tunku Annuar pada Ogos 2015.
Namun, hubungan itu tidak bertahan lama selepas Amelia mengakui sudah berpisah pada tahun 2018.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Aedy Ashraf
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza memberikan pesanan kepada mana-mana pihak yang bertindak mempersoalkan tindakan sesetengah selebriti yang memilih untuk menutup wajah anak mereka apabila memuat naiknya di media sosial.
Siti berpandangan, tindakan sedemikian tidak sepatutnya dijadikan isu kerana penjaga (ibu bapa) mempunyai hak dan pilihan tersendiri.
“Bagi saya itu terpulang kepada ibu bapa. Masing-masing ada alasan tersendiri. Semua orang ada pilihan. Macam saya sendiri, ada pilihan untuk tunjukkan wajah anak atau sebaliknya.
“Itu masing-masing dan saya menghormati. Saya tidaklah rasa nak komen begitu begini. Masing-masing pasti tahu apa yang dibuat. Kerana apa dan niat itu sebab apa.
“Its okay, tak payah pertikaikanlah,” katanya ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka anjuran Universal Music Malaysia, di Hotel Sheraton Petaling Jaya, baru-baru ini.
Siti bagaimanapun percaya, apabila sudah bersedia, pasti selebriti yang baru sahaja melahirkan anak khususnya akan memperkenalkan wajah si kecil untuk tatapan peminat.
Terdahulu, isu artis ‘tutup’ wajah anak kian diperkatakan apabila usahawan sensasi, Kak KM atau Liana Rosli menyatakan rasa rimas dengan tindakan segelintir selebriti yang berkongsi gambar bayi selepas bersalin, namun tidak mendedahkan wajah penuh.
Sementara itu, Siti pada majlis sama turut menyampaikan lagu raya barunya, Lip Lap Raya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon terkenal siri Sex and the City, Kim Cattrall, selamat bergelar isteri kepada pasangannya, Russell Thomas, dalam satu majlis perkahwinan serba sederhana yang berlangsung...