Penyanyi Kaka Azraf mendedahkan, dia sedia mengetahui mengenai gejala Gangguan Bipolar serta Gangguan Obsesif Kompulsif (OCD) yang dialami suaminya, Adam Azriff malah sebelum mendirikan rumah tangga lagi.
Katanya, meski gejala yang dihidapi Adam tidaklah ditunjukkan secara langsung, namun dia sudah boleh agak seperti ada sesuatu yang mahu disampaikan suaminya.
“Bagi saya Adam seorang yang sensitif, malah turut mempunyai gangguan OCD,” jelasnya kepada MH.
Lalu kenyataan tersebut turut disambut suaminya yang mengakui, dia menghidap gangguan berkenaan sejak kecil lagi.
“Malah sebelum kahwin dia beritahu, ada masalah depresi, biopolar atau kata mudah, personality bipolar disorder. Berlawan dengan diri sendiri untuk tahu siapa diri yang sebenar.
“Bukan bercakap macam orang gila, tetapi my brain is telling me another me. Macam suara saya yang tanya diri apa yang saya buat.
Ads
“Sebab itulah saya ubah cara pandangan terhadap gejala yang dialami itu menerusi kerja yang saya lakukan,” kata Adam di samping Kaka.
Sementara bagi Kaka, apa yang perlu dilakukannya sebagai isteri adalah sabar dan cuba membantunya sebaik mungkin.
“Saya kena sabar. Sebelum kenal dengan suami pun, saya ada menonton video mengenai kisah pasangan yang mempunyai masalah depresi di YoTube. Jadi dari pada situlah boleh ambil panduan dan belajar.
“Sebab kesedaran mengenai perkara tersebut masih lagi tidak besar di negara ini. Mereka ini sudah ada masalah, tetapi orang sekeliling pun mempunyai peranan yang penting.
Ads
Berkongsi dengan lebih lanjut, masalah OCD yang dialami Adam misalnya sudah pun dihidapinya sejak kecil.
Bagaimanapun, situasinya kian menjadi lebih baik sejak mempunyai Kaka di sisi.
“Saya tidak lagi sunyi dan adanya dia membuatkan ia bertambah baik. Malah dia secara perlahan-lahan cuba bantu dan ingatkan saya.
“Ingat nama Allah, istigfar,” jelasnya yang pernah memberikan sesi ceramah mengenai masalah yang dihadapi di luar negara meski tidak secara terperinci.
Ads
Terdahulu, pasangan ini ditemui pada majlis sambutan ulang tahun kelahiran pengasas Airish Cosmetics, Datin Jann di Hotel Royal Chulan, Kuala Lumpur.
Gangguan bipolar merupakan penyakit yang menjejaskan ragam, tenaga dan keupayaan seseorang untuk berfungsi.
Kaka dan Adam mendirikan rumah tangga pada 14 Disember lalu di kediaman pihak perempuan di Klang, Selangor.
Foto: Instagram Kaka Azraff/ Fastyleasia Group
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon dan penyanyi, Cat Farish semalam menyuarakan sesuatu berkaitan dengan isu-isu semasa yang menjadi kerisauannya di laman Instagram semalam.
Kisahnya, apa yang dia kesalkan adalah berkaitan dengan isu-isu ‘panas’ yang melanda negara seperti kes melibatkan dua usahawan kosmetik tanah air.
“Apa kah kita nak kena layan lagi benda nie. Aduh tak abis abis pasal diaorg nie. Diaorg suka la dol. Benda nie diaorg nak.
“Aku malu topic utama melular akbar online kita byk pasal pokemon pokemon nie. Cerita jual.
“Aduh tak malu ke kat anak anak korang. Atau korang nak anak anak korang jadi mcm nie. Buka aib org yg nak publisiti nie.
“Pokemon nie lagi suka la dol. Mufti nak cakap apa? Jadi la jantan balik atau ko nak apa yob… nak catcucin tgk pokemon nie ke, pokemon nie patut dibuang kluar je dari malaysia.
“Malu lah negara islam tapi yg korang dok tekan rokok vape…mmmm fikirkanlah dan advise me.
“Apa dah jadi nie? Adakah aku bersubahat dalam perihal ini.
“Ya Allah jauhkanlah dari malapetaka ini.adakah permulaan tahun baru aku dimulakan dgn sangsi? Fitnah? Mengumpat? Tolonglah jangan hypekan dan setuju dgn perjanjian syaitan ini,” tulisnya.
Di ruangan komen, kelihatan ramai yang turut bersetuju dengan Cat.
Pada MH, selagi ada orang yang memperkatakan mengenai isu ini, selagi itulah ia selama-selamanya ada orang berkata. Mungkin, dengan perkongsian Cat ini sedikit sebanyak dapat membuka mata orang ramai ya.
Foto/Instagram: Cat Farish
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon, Siti Elizad atau dikenali sebagai Elizad kini sedang mengerjakan umrah di tanah suci bersama suami, Shamsul Baharin Rahman.
Elizad telah memuat naik beberapa keping gambarnya bersama dengan suami di Instagram sekitar di tanah suci.
Yang menariknya, Elizad telah memuat naik satu gambar berserta kapsyen yang mengatakan ingin membalas dendam membebel dan berleter kepada suaminya.
“Para suami kalau dapat isteri yg suka menyentap , memetir , membebel , boleh bawak para isteri masing2 ke sini . Sbb kat sini tak ley menjawap , nanti Allah byr cash . Contoh mcm aiii , Encik suami bagi kepujian tertinggi tau..
“Baik betullah isteri i ni , bercakap lemah lembut jeeeee , sopan bak bidadari “ . Sambil kau balas dgn senyuman..
“Dlm hati “ Dia x tak tau ke , aku tgh collect point nak bawak balik Mesia “ . Anyway , kami dah doakan utk semua yg mengirimkan doa , nanti ke Madinah kami sampai kan salam buat Rasullullah pula ya,” tulisnya.
Pelakon dan aktivis seni, Datin Seri Umie Aida menzahirkan rasa sedih atas pemergian suami kepada rakan artis, Datin Seri Zizie Izette Abdul Samad, Allahyarham...