Pempengaruh media sosial yang kini bergelar pelakon, Mek Yun menggesa pihak berkuasa mewujudkan undang-undang yang lebih ketat kepada mereka yang sewenang-wenangnya membuli dan melemparkan kata-kata kesat di media sosial.
Menurut Mek Yun atau nama sebenarnya Wee Yun Nee, dia tidak mahu tragedi menimpa seorang Tik Tokers Esha yang meragut nyawanya sendiri kerana menjadi mangsa buli siber berulang lagi pada masa hadapan.
“Pada saya, isu ini sangat serius sehingga telah meragut nyawa. Kita tak boleh ambil ringan. Pada masa hadapan, saya harap sangat pihak berkuasa akan lebih mengetatkan undang-undang agar perkara seperti ini tidak berulang.
“Orang lain mungkin ingat ia hanyalah sekadar komen, tapi bila kita berada di posisi orang melemparkan kata-kata negatif atau kesat, baru kita akan tahu bagaimana seseorang itu boleh terkesan.
“Kalau hal seperti ini berlaku lagi, kita patut wujudkan satu undang-undang dan hukuman berat jika ada yang memberikan komen kebencian secara melampau,” katanya kepada MH.
Mek Yun berkata sedemikian ketika ditemui di majlis sidang media drama Perang Nasi Dagang Kelantan VS Ganu yang berlangsung di ibu kota pada Selasa.
Pada masa sama, Mek Yun turur mendedahkan para pembikin konten ini memang terdedah dengan komen-komen negatif dan tidak semua orang mempunyai daya ketahanan mental yang kuat.
Ads
“Satu hal mengenai media sosial, kita tak boleh nak kawal ‘keyboard warriors’ dan setiap orang punyai pandangan berbeza.
Mereka boleh cakap apa mereka suka.
“Ada satu ketika, bila saya menerima komen negatif, saya pernah terdetik nak berhenti buat konten. Walaupun hanya satu atau dua komen, ia mampu beri impak.
“Namun, bila saya fikirkan semula, saya rasa tak berbaloi untuk biarkan orang seperti ini mempengaruhi minda kita. Mereka hanya di belakang skrin dan langsung tak kenal kita,” kongsinya.
Selain hina fikizal, Mek Yun turut memaklumkan dirinya ada juga merima komen-komen negatif berkaitan perkauman.
Ads
“Saya belum pernah menerima komen-komen kebencian yang terlalu melampau. Namun, kita tak boleh puaskan hati semua orang. Saya ada juga menerima komen dari mereka yang tidak berpuas hati dan berbentuk perkauman.
“Apa yang saya buat, saya tidak akan baca semua itu. Komen paling teruk saya pernah terima adalah hina fizikal. Sebelum ini saya agak berisi. Ada kata saya gemuk dan peha macam ‘drumstick’.
“Namun, saya tidak biarkan komen tersebut menjatuhkan saya sebaliknya saya jadikan ia pembakar semangat untuk turun turunkan berat,” ujarnya lagi.
Dalam pada itu, Mek Yun turut menitipkan pesan buat para netizen dan mereka yang ingin menceburi bidang ‘content creator’.
Ads
“Satu pesanan saya kepada mereka yang ingin menjadi pembikin konten, kita kena bina benteng dalam kehidupan agar komen-komen negatif ini tidak akan mempengaruhi minda kita.
“Kepada netizen pula, kata-kata anda mampu memberikan impak besar kepada kami sebagai pembikin konten. Fikir banyak kali sebelum nak komen apa-apa.
“Walaupun bagi anda ia perkara kecil, namun kita tak tahu tahap kesihatan mental orang lain. Jadilah orang yang baik dan sebarkanlah hal yang positif agar kita semua boleh mengecap kebahagiaan,” akhirinya.
Terdahulu, drama Perang Nasi Dagang Kelantan VS Ganu bakal mula bersiaran pada 19 Julai ini di saluran Astro Warna.
Selain Mek Yun, drama komedi arahan Issey Fazlisham ini turut dibintangi barisan pelakon seperti Sabri Yunus, Nora Danish, Adrina Kamaruddin dan Kimal Margasatwa.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Bagi setiap insan yang bergelar bapa pasti mempunyai pelbagai cara untuk menunjukkan rasa sayang terhadap anak-anak, termasuk pelakon Fauzi Nawawi.
Maklumnya menerusi Instagram, Fauzi atau nama sebenarnya Mohd Fauzi Mohd Nawawi berkata dia amat mengemari untuk mencium bau ketiak anaknya.
“Saya memang suka cium ketiak anak saya sebab saya suka bau ketiak anak saya.
“Bukan apa, anak saya yang kecil sekali baru berusia setahun lebih dan masih lagi bayi. Sebenarnya bayi ni dia macam ada satu bau yang unik dan saya amat tertarik dengan bau tu.
“Tambahan pula bau bayi ni yang buatkan saya kadang-kadang jadi ketagih sebab bau dia best.
“Saya akan cium ketiak anak saya hampir setiap hari, setiap kali saya bangun saya akan cari dia dulu.
“Tapi bila tak dapat anak, kadang-kadang emaknya pun jadi,” kongsi Fauzi sambil berseloroh.
A post shared by Media Hiburan (@mediahiburanofficial) on
Untuk rekod, Fauzi telah mendirikan rumah tangga bersama pelakon Lisdawati pada 9 September 2007 dan dikurniakan 4 orang cahaya mata.
Sekadar informasi, Fauzi dan rakan selebriti yang lain bakal muncul dalam program komedi pentas All Stars Buka Panggung bermula 6 September depan di saluran Astro Warna (CH132) dan Astro Warna HD (CH124)
Bintang filem Munafik 2 ini ditemui MH ketika sidang media program berkenaan yang berlangsung di Nicsmann, The Starling Mall, Damansara Utama, pada Selasa.
Program All Stars Buka Panggung merupakan sebuah pertandingan komedi pentas yang menguji dan mencabar pelakon beraksi dalam babak komedi pentas.
Pentas komedi tersebut bakal dihangatkan berasama para pelakon hebat lain seperti Datuk Rosyam Nor, Datuk Aaron Aziz, Datin Seri Umie Aida, Sharifah Sakinah, Rita Rudaini, Fahrin Ahmad, Izzue Islam dan ramai lagi.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Membuat kesimpulan bahawa rumah tangga bukan dijalin semata-mata atas nama cinta. Jelas usahawan, Rozita Ibrahim atau Bonda Rozita, sudah banyak hubungan terlerai walau pasangan itu saling mencintai.
Tegasnya, atas dasar apa perkahwinan itu terbina, andai tujuan utama semata-mata kerana cinta, lebih elok dielakkan kerana utuhnya rumah tangga bukan hanya bersandar pada cinta.
“Berapa banyak pasangan suami isteri yg dah bercerai ketika mereka pada awalnya mengatakn yg mereka jatuh cinta..? dn dah berapa banyak kita dapati wlupun pada awal perkahwinan mereka mendakwa saling mencintai satu sama lain..
“Kebanyakan kita mahukan perkahwinan yg berpanjangan dn bahagia… Sekarang ni.. apa yg kita sedang fikirkn utk bernikah dgn seseorang..? Adakah sbb dia kaya..? Adakah sbb dia cantik…? Adakah sbb dia menawan..?? dn adakah sbb cinta..?
“Adakah hak seseorang tu berkahwin hanya berdasarkn perasaan cinta..?? Lebih baik kita x melakukannya.. sbb sebuah pernikahan yg berkekalan bukan hanya berdasarkn cinta,” jelasnya.
Tambah ibu kepada Datuk Seri Aliff Syukri ini lagi, jangan sesekali bergantung kepada cinta untuk membina keluarga kerana pasangan itu akan bersama buat selama-lamanya dan rasa cinta boleh berubah sekelip mata.
“Jangan hanya bergantung dgn cinta utk membina sebuah keluarga..sbb kita bernikah bukan utk masa 1 tahun, 3 tahun atau 10 tahun.. kita bernikah adalah utk selama2nya..
“Ingat bahawa perasaan cinta ni sekelip mata shj boleh berubah.. kita perlu benar2 yakin dn mempunyai sebab kukuh utk bernikah,” tulisnya panjang lebar.
Pelakon terkenal, Zul Ariffin akui teruja apabila bakal berangkat ke Tanah Suci Mekah pada 10 Jun ini untuk menunaikan ibadah haji.
Menurut Zul, dia bakal berangkat sedikit lewat daripada jemaah-jemaah lain kerana ia merupakan jemputan khas.
“Saya akan berangkat menunaikan haji pada 10 Jun ini. Saya tak nervous sebaliknya okay sahaja. Sekarang ini, ada beberapa perkara yang perlu saya ambil tahu antaranya perkara-perkara yang akan dipelajari ketika kursus.
“Sepatutnya, saya sudah pun menjalani kursus tetapi saya terpaksa anjak sebab jadual penggambaran yang agak padat. Jadi, saya kena cepat belajar la nanti.
“Perjalanan pertama jemaah haji telah pun bermula pada 20 May lalu. Namun, saya telah mendapat jemputan untuk turut sama menunaikan haji. Ia bukan melalui Tabung Haji.
“Saya anggap peluang ini sebagai rezeki bila kami telah dijemput untuk menjadi tetamu Allah. Namun, banyak perkara yang harus saya catch up,” katanya kepada MH.
Zul berkata sedemikian ketika ditemui ketika sesi lawatan media ke set penggambaran filem, Sheriff yang berlangsung di Bandar Malaysia, Sungai Besi pada Isnin.
Katanya lagi, dia akan sedaya upaya mempersiapkan diri dari segi mental dan fizikal sebelum berlepas ke Mekah.
“Kalau ikutkan, saya masih lagi ada komitmen kerja bersama pihak Astro tetapi saya minta anjakkan kerana saya perlu buat persediaan.
“Kalau menunaikan umrah, saya dah punyai pengalaman dan tahu selok-beloknya. Namun, bila melibatkan ibadah haji, kita kena pergi awal untuk persediaan.
“Dengar khabarnya, keadaan orang di sana pun sangat ramai dan cuaca di sana pun sangat panas. Jadi, saya ada masa kurang dua minggu untuk mempelajari segalanya,” ujarnya lagi.
Dalam pada itu, Zul turut menyifatkan jemputan ini sebagai hikmah apabila hajatnya untuk menyambut Ramadan dan Syawal di Mekah tidak kesampaian
“Saya sangat teruja. Namun, saya tak boleh bayangkan lagi lautan manusia di sana nanti macam mana. Selalunya kita tengok di televisyen sahaja. Cuaca pun dikhabarkan mencecah 45 darjah celcius.
“Sepatutnya saya merancang untuk menyambut Ramadan dan Syawal di Tanah Suci tapi tak berkesempatan tapi perancangan Allah itu sangat cantik. Saya dijemput pula tunaikan haji,” akhirinya.
Terdahulu, Zul bakal membawakan watak sebagai Sherif yang juga merupakan seorang pegawai polis ‘rebel’.
Menerusi filem ini, Zul bakal bergandingan bersama nama-nama besar seperti, Datuk Aaron Aziz, Syafiq Kyle dan Azira Shafinaz.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Kredit Foto: Instagram Zul Ariffin
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Dunia hiburan Korea Selatan dikejutkan dengan laporan polis membabitkan pelakon popular, Lee Ji-hoon, selepas isterinya mendakwa dirinya dipukul dalam satu pertengkaran di kediaman mereka...