Pelakon senior, Edika Yusof baru-baru ini berkongsi satu video di laman sosial Instagram bersempena ulang tahun perkahwinan bersama isteri, Nor Hidayah Yusri yang ke-18.
Terdahulu, peminat sedia sedia maklum mengenai kecekalan bintang berusia 54 tahun ini yang setia menjaga isterinya yang lumpuh separuh badan lebih 15 tahun lalu.
Menerusi posting yang dimuat naik baru-baru ini, Edika yang sinonim menerusi filem Maria Mariana menitipkan ucapan romantis buat isteri tersayang.
“I’m the luckiest husband to have you beside me. A wife like you is a blessing. I am thankful to Allah for having you. Happy Anniversary dear wife,” tulisnya bersama beberapa hashtag.
Meninjau ke ruangan komen, posting yang sudah pun mendapat tontonan lebih 60,000 kali itu dibanjiri tahniah selain ada yang kagum dengan pengorbanan seorang suami buat orang rumahnya.
Ads
Malah rata-ratanya turut mendoakan agar bahtera perkahwinan yang dibina berkekalan buat selamanya.
Ads
Terdahulu, menerusi temu bual bersama isterinya oleh Majalah Nona, Hidayah mengakui dia tidak mampu untuk membalas budi serta pengorbanan yang dilakukan suami.
“Memang dengan apa cara sekalipun saya tidak akan dapat membalas budi dan pengorbanan yang telah Edika lakukan.
“Ketika terlantar sakit sampailah sekarang, saya telah ditatang umpama seorang bayi yang masih kecil. No words can describe apa yang saya rasa, memang susah nak terangkan,” katanya.
Foto: Instagram Edika Yusof, Majalah Nona
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Nama penyanyi dan rapper, Chubb-E mencetuskan perdebatan dalam kalangan warganet selepas memenangi kategori Artis Baharu Lelaki Popular pada Anugerah Bintang Popular (ABP) tahun lalu.
Tanpa mahu membiarkan dirinya terus dibuli dengan komen dan kritikan yang dilemparkan di media sosial, Chubb-E, 22, atau nama sebenarnya Muhammad Sharul Ashlyn AG Ashrul Affandy menjelaskan kemenangannya adalah hasil usaha dan kerja keras peminat yang mengundi.
Malah, Chubb-E mengambil pendekatan untuk membiarkan perkara itu sehingga akhirnya suara-suara itu berhenti dengan sendirinya.
Terbaharu, bintang muda ini telah pun melancarkan single duet bersama penyanyi, Amir Masdi menerusi lagu Biru Malam terbitan syarikat rakaman Future Music Entertainment, ciptaan sepenuhnya Chubb-E yang menggambungkan eleman Hip Hop dan Balada Rock.
Menurut Chubb-E, ia adalah ekperimen dalam kerjaya seninya terutama dalam bidang penciptaan lagu selain mengetengahkan gabungan muzik yang tidak pernah dihasilkan sebelum ini.
“Lagu ini adalah ciptaan saya sepenuhnya yang diisiapkan pertengahan September tahun lalu. Lagu ini bercerita mengenai mengenali diri. Kita sebagai manusia kadang tanpa sedar, apa dibuat di dunia ini, sebenarnya ada perkara yang kita tak nak buat pun, tapi kita buat semata-mata untuk mengambil dan menjaga hati orang lain.
“Disebabkan itu saya memilih tajuk Biru Malam yang mana mengenal diri pada waktu malam. Kita manusia kena ada masa untuk mengenal dan mencari diri semula. Tengok apa yang dibuat, apa yang patut dan tak patut kita buat.
“Kalau boleh lakukan sesuatu perkara itu bukan untuk puaskan hati orang itu, tapi untuk gembirakan diri sendiri. Sayangi diri sendiri dulu barulah fikir orang lain,” katanya.
Mengenai kerjasama dengan Amir Masdi, Chubb-E berkata, finalis Anugerah Juara Lagu ke-35 (AJL 35) itu adalah pilihan kedua bagi menggantikan penyanyi asal lagu berkenaan.
“Sejujurnya, lagu ini sudah dirakamkan oleh penyanyi lain. Memang niat saya buat lagu ini untuk mereka sebab mereka minta lagu daripada saya. Malah, ketika menghasilkan lagu ini saya berada dalam fasa sedang mengenali diri. Jadi, ilham lagu ini ikhlas dari hati.
“Namun, disebabkan ada beberapa isu yang timbul, jadi saya terfikir untuk menyanyikan sendiri lagu ini. Apabila saya nyanyi, saya boleh buat lebih lagi.
“Kebetulan saya memang merancang satu projek khas dengan Amir. Disebabkan itu, saya menawarkannya untuk berduet dalam lagu ini.
“Saya anggap apa yang terjadi ada hikmah termasuk pemilihan Amir. Pendek kata Amir adalah pilihan tepat. Sudah lama nak mencari ilham lagu baru bersama Amir, tapi tidak ada idea.
“Kiranya, lagu ini adalah rezeki kami berdua untuk berkolaborasi. Apatah lagi ini juga projek eksperimental daripada saya yang mana memang sudah lama nak buat genre Hip Hop dan Balada Rock,” katanya.
Sementara itu, Amir Masdi, 25, atau nama sebenarnya Amir Syazwan Masdi berkata, dia terlebih dahulu sudah mendengar lagu Biru Malam malah mengetahui ia bakal dinyanyikan penyanyi lain.
“Ketika itu saya memang tahu ini projek khas Chubb-E dan akan dinyanyikan oleh penyanyi lain. Cuma, perancangan untuk kami berduet sudah lama, tapi belum ada lagu sesuai. Kali pertama saya dengar lagu, saya terus cakap sedap.
“Saya tanya, kenapa tak nyanyikan sendiri. Dalam masa sama, saya ada bergurau kenapa kami tidak berduet saja untuk lagu ini.
“Saya tidak serius pun sebab sudah tahu ia memang dihasilkan untuk penyanyi lain. Malah, ketika proses rakaman dibuat, kebetulan saya ada di studio. Saya dengar dan hayati lagu ini.
“Diakui memang sedap. Itu sebab apabila dapat tawaran lagu ini, saya terus cakap ‘on’ sebab sudah tahu melodi dan lirik.
“Jadi, kami terus tetapkan tarikh rakaman dan buat sedikit perbincangan dari segi gubahan muzik. Sebab nak tambah bunyi dan instrument lain supaya lagu ini lebih menarik untuk didengar,” katanya.
Menurutnya lagi, dia perlu menyeimbangkan cara nyanyiannya memandangkan lagu Biru Malam bergenre Hip Hop dan diterapkan elemen Balada Rock.
“Lagu ini lebih kepada eleman Hip Hop, tapi bukan macam lagu lain yang banyak unsur rap. Lagu ini lebih banyak menyanyi, tapi masih dlm genre itu. Apabila saya ada dalam lagu ini, saya tambah elemen nyanyian dan rock, sebab saya memang genre muzik itu.
“Bukan mudah bagi saya. Malah, untuk bahagian saya agak lama juga proses rakaman dibuat. Mungkin sebab ini kali pertama menyanyikan genre sebegini. Dalam masa sama nak kena kelalkan muzik rock saya, tapi tidak boleh berbunyi kasar. Jadi, agak susah untuk saya.
“Pada mulanya fikir senang, tapi apabila proses rakaman bermula memang susah. Lagi satu, lenggok nyanyian genre Hip Hop adalah berbeza. Disebabkan itu, saya kena seimbangkan cara nyanyian saya,” katanya.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Ketika ini, musibah banjir yang melanda beberapa buah negeri sejak Ahad lalu dilaporkan bertambah buruk dan jumlah mangsa yang dipindahkan juga dikatakan semakin meningkat hari demi hari.
Perihatin dengan nasib yang menimpa mangsa, ramai diantara kita yang dilihat tidak putus-putus mengulurkan bantuan terutamanya berbentuk barangan keperluan asas bagi meringankan beban buat mereka yang terkesan.
Terbaru, pelakon dan penyampai radio, Sharifah Shahirah memaklumkan dia akan menghantar bantuan berbentuk pakaian dalam buat mangsa-mangsa banjir di Pahang.
Menerusi sebuah entri yang dimuat naik pada Rabu, Shahirah menjelaskan, mungkin sesetengah daripada kita menganggap perkara tersebut sebagai satu bahan jenaka tetapi hakikatnya barangan tersebut merupakan keperluan yang sangat penting.
“Ni cakap terus terang ye, seluar dan baju dalam baru saya nak kena beli. Sangat diperlukan.
“Aku nak kena pergi beli. Size nasib la main beli ni. Ke banyak xl keatas? I faham sangat. Benda dah terdesak nak pakai. I donate lain daripada lain sebab tu pun penting,” tulisnya di Instagram.
Sebelum ini, kakak kepada pelakon, Sharifah Sakinah ini ada memaklumkan dia akan menghantar bantuan air bersih memandangkan ianya amat terhad buat para mangsa banjir.
“Okay ni pun I campur-campur duit korang bagi beli air beli barangan dalaman. Seluar dan bra. Dekat mana murah nak cari ni? Borong dekat mana ek? Nak gelak, gelak la. Tapi ni sangat penting,” jelasnya lagi.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen memuji usaha tersebut selain turut memberikan respon terhadap pertanyaan Shahirah itu.
Selain, Shahira antara selebriti lain yang turut giat menghantarkan bantuan adalah seperti Datuk Seri Siti Nurhaliza, Shuib dan Siti Sarah, Datuk Seri Aliff Syukri, Ustaz Ebit Lew dan ramai lagi.
Sumber: Instagram Sharifah Shahirah
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Usahawan yang juga merupakan personaliti media sosial, Hafiz Mahamad memaklumkan dirinya kini telah disahkan positif Covid-19 dan harus menjalani tempoh kuarantin.
Menurut Hafiz, perkara tersebut membuatkan dirinya berasa sangat sedih kerana dia baru sahaja memasang niat untuk meluangkan lebih masa bersama isteri dan anak ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini.
“Harini hari pertama PKP & hari pertama saya sebagai #PositiveCovid19. PKP ni ingat nak spend time dengan family dekat rumah sebab sebelum ni jarang ada waktu free sepenuhnya.
“Nah, bangun je pagi bila terima result dan terus amik bag bawa ke bilik bawah untuk saya quarantine,” tulisnya.
Menerusi perkongsian di Instagram, Hafiz bagaimanapun meluahkan rasa lega selepas hasil ujian menunjukkan isteri dan anaknya tidak dijangkiti wabak berkenaan.
“Saya kerap buat swab test untuk pastikan diri saya okay. Balik dari kerja luar negeri atau beri bantuan mana-mana pun, Alhamdulilah result masih negative
“Last week saya dan keluarga ada juga buat swab test, still negative tapi harini first day PKP saya disahkan positive. Alhamdulilah Allah makbulkan doa saya bila isteri, anak saya negative
“Hopefully awak semua berada dalam keadaan baik tau. Siapa yg positive macam saya, insyaAllah kita doa baik baik dan bertenang,” katanya lagi.
Dikesempatan itu juga, Hafiz turut menyeru kepada orang ramai supaya menggunakan waktu yang terluang ini sebaiknya bersama keluarga di rumah.
“Mungkin ada kurangnya saya menjaga keselamatan diri dan insyaAllah sama sama kita repair perkara ni.
“Siapa yang masih sihat dan negative, jaga diri baik/baik waktu PKP ni, gunakan waktu ni bersama dengan keluarga awak sepenuhnya dkt rumah. Doakan saya dan keluarga baik-baik tau,” katanya lagi.
Entri tersebut kemudiannya tular selepas meraih hampir 150,000 tanda suka selain turut dihujani ribuan komen.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan artis memberikan kata-kata semangat selain turut mendoakan semoga semuanya baik-baik sahaja buat Hafiz dan keluarga.
Sumber: Instagram Hafiz Mahamad
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Dengan undian lebih 120 juta, penyanyi Ernie Zakri dinobatkan sebagai bintang paling popular pada malam kemuncak Anugerqh Bintang Paling Popular ke-37 (ABP37) yang berlangsung di Primiera Hotel, Kuala Lumpur pada Jumaat.