Nampaknya isu penyanyi Ziana Zain menangis di atas pentas persembahan mendapat perhatian ramai.

[VIDEO] Gagal Menahan Sebak, Ziana Zain Menangis Ketika Nyanyi Lagu Puncak Kasih!

Bukan sahaja di kalangan peminat, malah rakan-rakan selebriti serta pengasas serta usahawan kosmetik, Datuk Seri Vida yang cukup mengkagumi ketabahan Ziana Zain yang masih meneruskan kerjayanya walaupun sedang dihimpit dengan pelbagai masalah rumah tangganya.

Melalui mStar Online, Vida cukup kagum kerana Ziana masih boleh meneruskan kerjayanya dan cukup tenang menghadapi dugaan ini.

IKLAN

‘Saya Kagum Dengan Ziana, Dia Masih Mampu Teruskan Kerjaya’ – DSV

“Saya kagum dengan Ziana kerana ketika berdepan dengan ujian berat dia masih mampu meneruskan kerjaya.

 

“Dia tenang menghadapi dugaan dan pandai membezakan antara soal peribadi dan kerjaya. Ziana seorang wanita yang kuat dan tabah,” katanya kepada mStar Online.

Dalam masa yang sama, Vida turut menasihat penyanyi itu untuk jangan melayan perasaan sehingga memudaratkan diri.

IKLAN

‘Saya Kagum Dengan Ziana, Dia Masih Mampu Teruskan Kerjaya’ – DSV

IKLAN

Dia turut mengingatkan Ziana untuk sentiasa menyayangi diri serta mengutamakan anak-anak yang meningkat dewasa.

Bukan itu sahaja, Vida turut berkongsi dia turut pernah lalui ujian rumah tangga dan tetap cekalkan hati untuk teruskan kerjaya mencari hasil pendapatan demi anak-anak.

“Memang dugaan hidup ini menyakitkan tapi percayalah tuhan tak akan bagi ujian tanpa sebab dan akhirnya nanti ada hikmah terbaik.

 

“Pedulikan komen-komen orang kerana mereka tak tahu apa yang berlaku dan hanya menulis di laman sosial seperti tahu semuanya.

 

“Saya yakin Ziana mampu menangani perkara ini dan abaikan sebarang komen negatif netizen. Anggap sahaja apa yang mereka cakap hanya ‘hello dan bye-bye’,” katanya lagi.

SUMBER: mStar Online

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI