Terpalit dengan pelbagai cerita kontroversi melibatkan rumahtangganya sejak dua minggu ini, Video penyanyi Ziana Zain gagal menahan sebak ketika membuat persembahan di Malam Anugerah Mood Republik viral dan menyentuh hati netizen.

Apa yang MH boleh katakan, lirik lagu Puncak Kasih yang menaikan namanya itu bagaikan punyai maksud yang cukup mendalam buat penyanyi primadona ini.

Menurut laporan sebuah akhbar, suasana menjadi pilu apabila penyanyi ini menangis di atas pentas Hotel JW Marriot.

Ads

Simpati dengan apa yang dilalui, akhbar tersebut menyatakan penonton kebanyakan memberi kata semangat kepada Ziana yang tidak mampu meneruskan persembahan tersebut dan hanya membiarkan muzik dimainkan sambil disahut dengan penonton menyanyi.

MH dapat rasakan kesedihan diva ini dan percaya dirinya benar-benar sedang bergelut dengan macam-macam perasaan agar terus kuat dan teguh.

Ads

Bagi MH, inilah lagu Puncak Kasih paling Syahdu yang pernah dinyanyikan oleh penyanyi ini.

https://youtu.be/KpGtIJSbFAo

Ads

 

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI