Ads

“Saya Juga Sudah Menghukum Anak Saya Mengikut Hukum Agama,” – Nora Ariffin

Susulan video dua remaja yang turut melibatkan anak perempuannya yang menjadi tular baru-baru ini, penyanyi Nora Ariffin ada memberikan pendiriannya terhadap apa yang berlaku.

Menerusi satu posting terkini di Instagram, penyanyi Naluri itu mengakui sudah pun mendengar semua pengakuan daripada individu yang terkait.

Dia pada masa sama turut memaafkan semua orang.

“Assalamualaikum. Saya sudah mendengar semua pengakuan.

Ads

“Saya juga sudah memaafkan semua orang.

“Saya juga sudah menghukum anak saya mengikut hukum agama,” tulis Nora.

Ibu berusia 47 tahun ini juga mengharapkan agar mereka bertaubat dan dirinya hanya berserah pada Yang Maha Kuasa.

Ads

“Biarlah dia bertaubat & meminta ampun pada kpd Allah swt.

“Buat masa ni, saya hanya berserah pada Allah swt.

“Moga menjadi pengajaran & iktibar buat semua.

Ads

In Shaa Allah,” jelasnya lagi.

Terdahulu, tular sepotong video yang memaparkan aksi bercumbu anak Nora, Putri Nor Dahlia dan remaja berkenaan yang dikenali sebagai Zuher.

Video terbabit mendapat kecaman netizen dan dianggap telah mencalarkan reputasi Nora sebagai artis yang bersih dari kontroversi selama ini.

Bagaimanapun, pihak terlibat secara baik telah pun memohon maaf dan atas apa yang berlaku.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Gosip Artis Lain

“Banyak Rezeki Lain Di Muka Bumi Ini,” – Ditawar RM500,000 Tapi...

Kekal dengan prinsip untuk terus istiqamah mengenakan hijab, pelakon dan pengacara, Elly Mazlein sanggup menolak tawaran kerja berjumlah RM500,000 daripada sebuah jenama terkenal yang mahu melantiknya sebagai duta.
error: Hello. Cannot.