Kini memasuki saingan suku akhir, konsert Big Stage 2020 (BS2020) menyaksikan Nana Sheme dan Hafiz Zainal diumumkan sebagai peserta keempat dan kelima yang tersingkir selepas mendapat undian online terendah.
Terdahulu, saingan minggu ini menguji lapan peserta bertanding apabila masing-masing perlu menyelesaikan dua persembahan.
Dua tema dipertandingkan ialah Rotasi 36T iaitu kesemua bintang akan menyanyikan genre lagu yang lari dari zon selesa mereka selain kejutan persembahan secara ‘battle’.
Ads
Berbeza dengan nasib Nana Sheme dan Hafiz Zainal, Dinie Rashid masih berjaya meneruskan saingan pada minggu hadapan apabila pihak juri bersepakat menggunakan imuniti terakhir bagi menyelamatkan bintang muda itu.
Sementara itu, Azzam Sham dipilih sebagai BBNU Paling Gempak bagi konset keenam selepas mendapat undian tertinggi peminat.
Ads
Mas Idayu diundang sebagai juri jemputan di samping Ajai, Dayang Nurfaizah dan Faizal Tahir yang menduduki kerusi juri tetap.
Elly Mazlein pula sekali lagi diundang sebagai Presiden Netizen khusus bagi mewakili suara orang ramai di laman sosial.
Ads
Fadh Majis mengumpul markah paling tinggi minggu ini iaitu sebanyak 77.7 peratus.
Dihoskan oleh Alif Satar dan Sherry Al Hadad, juara BS2020 akan membawa pulang wang tunai RM100,000, tempat kedua dan ketiga bakal meraih RM50,000 dan RM25,000.
Program hiburan realiti ini bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 16 Ogos 2020, jam 9 malam di saluran Astro Ria HD (104) dan Astro Ria (124).
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon Shiqin Kamal menerusi Insta Stories ada meluahkan rasa terhadap sikap seorang pelawak yang didakwa telah melakukan ‘body shaming’ terhadapnya.
Malah bintang itu turut berkongsi mesej yang diterima daripada pelawak yang dimaksudkan kepada kira-kira 117,000 pengkutnya di Instgaram.
“Inilah contoh artis Malaysia yang suka body shaming i.
“Jangan risau aku tak emo pun, cuma aku rasa nak kenalkan kau dekat peminat aku dan hargai usaha kau selama ini,” katanya dengan disusuli emoji senyum.
Sementara itu menerusi muat naik seterusnya, berusia 29 tahun ada menjelaskan dia tidak teragak-agak untuk mendedahkan individu andai melakukan perkara yang sama, tidak mengira selebriti terkenal atau sebaliknya.
Shiqin pada masa sama ada mendedahkan, ada juga yang sudah berkahwin turut menyentuh soal fizikal dirinya.
Terdahulu, Shiqin atau nama sebenarnya, Nur Ashiqin Mohd Kamal memulakan kerjaya seninya kira-kira 10 tahun lalu dan filem Legenda Budak Setan antara naskhah terawal lakonannya yang mencuri perhatian.
Foto: Instagram Shiqin Kamal
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon dan usahawan, Syatilla Melvin menjawab dakwaan dirinya yang sanggup menggunakan cara pemasaran yang berani untuk menjual produk terbarunya yang kini mulai diperkatakan di media sosial.
Syatilla dan suaminya yang juga pelakon Shaheizy Sam didakwa menggunakan foto berunsur lucah dan ‘double meaning” bagi mempromosikan minuman jamu Pengaseh yang dikeluarkan mereka.
“Saya sengaja guna foto pelbagai makna dan saya sendiri dah rasakan pastinya ia mendapat perhatian ramai. Tetapi bagi saya, kalau mereka rasa perkara terbabit lucah atau negatif, maka secara automatik menjadi lucah dan negatif.
“Ia berbeza kalau ada yang memandangnya secara baik dan positif. Jadi, bila ada isu, apa yang kami sampaikan berjaya.
“Sejujurnya, tak ada niat pun nak jadikan perkara ini nampak lucah, tapi kalau ada wargamaya nak rasakan ia negatif, kami sendiri tak dapat nak kawal pemikiran orang,” katanya.
Tambah pelakon drama bersiri Ramadan Yang Hilang ini lagi, setiap kata-kata negatif yang diberikan l semenjak mula bergelar selebriti menjadi penguat semangat.
“Sepanjang melibatkan diri dalam dunia seni, saya menerima kecaman yang diberikan dengan baik. Saya tukarkan ia kepada sesuatu yang positif.
“Saya tak mahu terasa kerana perkara terbabitlah menjadikan saya kuat dan membentuk Syatilla Melvin yang ada sekarang,” katanya lagi.
Terdahulu, bintang yang pernah menyertai Pencarian Dewi Remaja sezaman Neelofa ini ditemui pada majlis pelancaran produk kosmetik maskara Hijab Mata Kekasih menerusi jenama Kekasih by The Melvins di Shah Alam Convention Centre, Shah Alam, baru-baru ini.
Pada majlis berkenaan, The Melvins yang turut dianggotai oleh Syatilla bersama tiga adik beradiknya, Syifa, Syida dan Syafiqa telah melancarkan 60 papan tanda iklan di seluruh negara bagi produk kecantikan tersebut.
Kekasih by The Melvins menawarkan beberapa pilihan produk kecantikan seperti krim bedak asas, matte bibir, eyeshadow dan blusher.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon Shakilla Khoriri terkejut sekali gus tidak dapat menahan rasa sebak apabila kehadiran suami, Fizi Ali dan anak tunggal mereka Ameena Sofia ke set penggambaran di Melaka nyata mengubat kerinduan.
Ini kerana, kunjungan mengejut dua insan istimewa di dalam hidupnya itu Jumaat lalu benar-benar bermakna selepas Shakilla tidak bertemu mereka kira-kira 2 minggu kerana komitmen kerja.
“Pada suatu petang yang panas lagi terik pada hari Jumaat datang lah seorang bapak bersama anaknya buat kejutan apa entah dekat aku.
“Aku paling pantang orang datang set aku walau sekadar nak tengok atau apa. tak suka dari dulu sampai sekarang.
“Tapi kali ni aku tak mampu nak kata apa sebab aku rasa kedatangan kali ni betul-betul bermakna buat aku. TERSANGAT!
“Rasa jantung nak pecah. Hilang rasa demam hilang sakit badan hilang semuanya. SUMPAH!
“Aku tak sangka aku demam rindu. Bodo lah. Sepengkid-pengkid aku akhirnya aku tewas dengan perempuan kecil ni. Thank you @fiziali_ you are the best! Thank you so much.
“Can’t wait to see you again baby girl @ameenasofia_,” tulisnya pada kapsyen video yang dimuat naik di Instagram.
Meraih hampir 20,000 tanda suka pada hantaran tersebut, sedutan spontan itu turut mengundang rasa para pengikutnya termasuk rakan selebriti.
Sebagai imbasan, pasangan selebriti ini mendirikan rumah tangga pada Februari 2018 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Ameena Sofia yang mencecah usia lebih.
Foto: Instagram Shakilla Khoriri
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi dan pelakon, Amira Othman merakamkan ucapan menyentuh jiwa buat suami tercinta yang juga aktor, Fattah Amin selepas selamat melahirkan cahaya mata sulung pada petang, Selasa.