Memiliki tubuh badan yang cantik dan jelita merupakan sebuah impian setiap wanita.
Pelakon, Ruhainies atau nama sebenarnya Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas misalnya ada memaklumkan berita gembira bersama peminatnya di akaun Instagram miliknya.
Kongsi pelakon berusia 27 tahun itu, dia telah berjaya menurunkan berata badan sebanyak 2kg dalam masa seminggu.
“Swimming is the best cardio. I’ve lost 2kgs in a week! Korang suka buat activiti apa during free time? Cycling ? Hiking?,” tulisnya.
Pelakon dan pengacara, Yana Samsudin terkejut melihat rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) dalam rumahnya apabila anaknya,Aisy Mateen ‘mengusik’ Fadzil Zahari yang sedang menunaikan solat.
Kongsi pelakon filem Strawberi Cinta ini, tenyata perkara itu menyebabkan Fadzil tidak menjawab panggilannya.
“Ya Allah!!! patut la call tak angkat… tengok cctv diorang tengah solat,” tulis Yana sambil berkongsi rakaman menerusi IGTV.
Tidak dinafikan, bagi mengekalkan kecantikan wajah bukanlah satu perkara yang mudah.
Malah, ia sudah semestinya memerlukan rutin dan disiplin yang tinggi dalam menjaga penampilan.
Lalu, Amyza Aznan ada berkongsi sekeping foto di akaun Instagram miliknya.
Menurut Amyza, ada segelintir peminat yang mempersoalkan kecantikan wajah Amyza apabila menonton lakonan pelakon berusia 43 tahun itu di kaca TV.
Secara seloroh, pelakon kelahiran Alor Gajah, Melaka ini memberikan penjelasan mengenai perkara tersebut.
“Ok.. meh kak kaaia explain skit psl drama ulangan smlm. SEBAGAI BANDUAN kak kaaia tak pakai makeup langsung. 100 BARE FACE. hanya tissue shj tuk lap peluh.dats all.
“so ada komen cynical yg ckp, dlm penjara pon cantik,suka kak kaaia tegas kan disini,this is my 100 percent bare face. nak buat camne.. tak makeup pon CANTEK,” tulisnya.
Bekas bintang Korea Selatan yang kini bergelar Youtuber, Kim Jae Han (Jay Kim) membuat pengumuman pada Rabu lalu apabila dia sah memeluk Islam.
Malah, dia juga ada berkongsi video yang melihatkan sedang mengucap dua kalimah syahadah di sebuah pejabat agama di Korea.
“Finally I became a Muslim | The moment of Shahada Bismillah In the name of God the Most Gracious ,the Most Merciful.
“Assalamualaikum Since I became interested in Islam, many things in my life have changed. Actually I am not fully prepared, but I will try to be a good Muslim step by step.
“Although I have previously sinned a lot, I want to repent my sins and stand in front of Allah. . Although I am not a born-Muslim, I know that Allah is always with me. Thanks to Him to give me the Signal and help me to recognize it.. Thanks to Him to show me the right path,” tulisnya.
Memilih Daud sebagai nama Islam kerana ia mirip dengan nama Khatoliknya iaitu David.
Malah, Daud kini memiliki lebih dari 500,000 subscriber dan merupakan antara Youtuber terkenal Korea yang sebelum ini pernah mencipta nama sebagai seorang penyanyi dan penulis lagu di bawah syarikat Media Bridge.
Sehingga kini, video tersebut telah mendapat satu juta tontonan dan ribuan komen dari orang ramai.
Program realiti terbaharu, Borneo Rising sudah mula mencipta impaknya tersendiri menerusi saingan minggu pertama, apabila barisan peserta masing-masing tampil dengan persembahan yang meyakinkan.