Tidak dinafikan, bagi mengekalkan kecantikan wajah bukanlah satu perkara yang mudah.
Malah, ia sudah semestinya memerlukan rutin dan disiplin yang tinggi dalam menjaga penampilan.
Lalu, Amyza Aznan ada berkongsi sekeping foto di akaun Instagram miliknya.
Menurut Amyza, ada segelintir peminat yang mempersoalkan kecantikan wajah Amyza apabila menonton lakonan pelakon berusia 43 tahun itu di kaca TV.
Secara seloroh, pelakon kelahiran Alor Gajah, Melaka ini memberikan penjelasan mengenai perkara tersebut.
“Ok.. meh kak kaaia explain skit psl drama ulangan smlm. SEBAGAI BANDUAN kak kaaia tak pakai makeup langsung. 100 BARE FACE. hanya tissue shj tuk lap peluh.dats all.
“so ada komen cynical yg ckp, dlm penjara pon cantik,suka kak kaaia tegas kan disini,this is my 100 percent bare face. nak buat camne.. tak makeup pon CANTEK,” tulisnya.
Pelakon dan model, Raja Ilya ada berkongsi satu video misteri lama yang dirakamkan lalu dikongsikan menerusi Instagram buat tatapan para pengikutnya.
Menurut Ilya, objek berupa seakan-akan belola api itu tidak pernah dilihatnya sepanjang menjadi kru kabin selama lima tahun sebelum ini.
Jelasnya lagi, objek tersebut yang turut disedari penumpang lain dirakam ketika mengikuti penerbangan dari Kota Kinabalu menuju ke Kuala Lumpur sejurus tamat penggambaran drama lakonannya, Syurgaku Tak Sempurna.
“Ape tu ? What is that ? Unsolved puzzle. Till today I still can’t believe, 5yrs fly jadi cabin crew x pernah nampak benda Macam ni.
“This happened flight malam dari kk balik KL lepas habis shoot #syurgakutaksempurna . APAKAH ITU?,” tulis Ilya.
Penyanyi popular, Datuk Seri Siti Nurhaliza akui teruja malah tidak menyangka apabila bakal sepentas dengan maestro muzik terkenal India, AR Rahman sebagai penyanyi jemputan pada Konsert AR Rahman – Secret of Success – Live in Malaysia 2023 di Stadium Nasional Bukit Jalil, hari ini.
Menurut Siti, pertemuan bersama AR Rahman di kediamannya beberapa tahun lalu mengeratkan hubungan persahabatan antara mereka yang seterusnya membuka peluang mencipta momen indah dalam kerjaya seni masing-masing.
“Sebenarnya beberapa tahun lalu saya pernah menjemput AR Rahman untuk datang ke rumah selepas dimaklumkan beliau berada di Malaysia.
“Saya ada menghubungi pihak penganjur dan tak sangka dia menyambut baik pelawaan tersebut.
“Bermula dari situ, kami saling berbalas emel untuk berkongsi segala perkembangan dan terbaru saya dapat tahu dia akan buat konsert di sini. Beliau juga ada maklumkan dan bertanya mengenai jadual seni saya.
“Bagaimanapun saya beritahu yang saya bercuti panjang di luar negara, kemudian beliau mempelawa saya untuk berkolaborasi dengannya pada tarikh yang diberikan. Saya pun apa lagi, ibarat pucuk dicita ulam mendatang, terus bersetuju,” katanya.
Pada konsert terbabit, Siti bakal menghiburkan peminat dengan sebuah lagu Tamil hasilan AR Rahman.
“Saya agak gementar untuk menjayakan persembahan ini kerana pertamanya saya bekerjasama dengan idola saya selain perlu memastikan sebutan lagu ini disampaikan dengan betul.
“Mujur ada kawan baik Datuk K (Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa) yang berbangsa India sudi mengajar dan membantu saya. Hari pertama dengannya, saya hanya belajar sebutan, kemudian saya ambil masa dua hingga tiga hari untuk menghafal lirik.
“Lagu yang bakal disampaikan nanti adalah sebuah lagu lama yang cukup terkenal ciptaan AR Rahman. Jadi setiap hari saya berlatih dan pastikan sebutannya jelas dan betul,” katanya yang berharap agar perjalanan persembahan nanti dipermudahkan.
Terdahulu, selepas enam tahun, AR Rahman, 56, kembali ke Malaysia untuk mengubat rindu peminat pada Konsert AR Rahman – Secret of Success – Live in Malaysia 2023 yang bakal dilangsungkan di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Selain Siti, konsert yang dipersembahkan DMY Creation Sdn Bhd itu turut menampilkan barisan artis India yang terkenal di persada antarabangsa.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Joy Revfa atau nama penuhnya Siti Arifah Mohd Amin yang bergelar usahawan kosmetik ada berkongsi foto bersama seorang wanita yang dipanggil adik, Dr.Affa Rovna.
Malah, perkara itu dikongsikan Joy menerusi akaun Instagramnya.
“Tak puas spend time dgn my lil sister Affa smlm.
“Rindu sgt… insyallah nanti kakcik dtg kat Sabah pula spend time dgn Affa,” tulis Joy sambil disertakan swafoto bersama gadis manis itu.
Selepas pertemuan pada Febuari lalu, pelawak Ali Puteh akui sudah lama tidak bertemu dengan anak buahnya yang juga merupakaan anak kepada pelawak, Allahyarham Abam iaitu Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey.