Usahawan terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri kini sudah berada di Pantai Timur untuk menyampaikan bantuan buat mangsa-mangsa banjir yang terjejas di Terangganu dan Kelantan.
Menurut Aliff, hatinya sayu bila mendengar rintihan mangsa-mangsa banjir yang terpaksa berdepan dugaan yang sama hampir setiap tahun.
“Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Doakan misi tiga hari dua malam kami untuk meringankan beban untuk mangsa banjir yang berlaku di Terengganu dan Kelantan.
“Banjir ini dah seperti bencana tahunan yang dihadapi ketika musim tengkujuh hujung tahun. Pilu hati saya mendengar luahan hati mereka yang terkesan.
“Ada yang sampai tidak terluah kata disebabkan setiap tahun hadapi benda yang sama. Banjir kali ini nampaknya lebih teruk berbanding tahun-tahun sebelum ini,” tulisnya.
Perkara itu dikongsikan oleh Alif menerusi sebuah hantaran di Instagram.
Antara yang turut menyertai misi bantuan ini adalah isterinya, Datin Seri Shahida dan sukarelawan yang terkenal dengan gelaran Abang Viva atau nama sebenarnya Azwan Omar.
Dalam pada itu, Alif turut menyeru kepada para usahawan dan orang-orang kenamaan untuk turut sama menghulurkan bantuan bagi meringan beban mangsa-mangsa yang terjejas akibat banjir.
“Saya harapkan lebih ramai usahawan atau ahli politik yang lain untuk turun bantu meringankan beban mereka yang terkesan dalam pada masa sama memberikan keceriaan kepada mereka yang sedang berduka.
“Diharapkan semua yang terkesan dengan musibah banjir ini tabah menghadapi ujian ini. Anda semua insan yang hebat yang diuji dan menempuh dugaan ini.
“Sebenarnya bantuan ini adalah hasil daripada sokongan pembeli-pembeli produk-produk papa,” kongsinya lagi.
Ads
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji usaha tersebut selain turut mendoakan semua Aliff sentiasa dimurahkan rezeki.
“Macam ni baru bagus Datuk. Lepas ni boleh bergabung dengan Abang Viva pula. Mana tahu murah lagi rezeki mereka selepas ini.
“MasyaAllah, semoga Datuk dan Datin semakin berjaya.
Ads
“Terima kasih Datuk dan Datin kerana beri bantuan buat mangsa-mangsa banjir.
“Terbaik Datuk dan Datin turun padang untuk sama-sama bantu. Semoga Datuk sekeluarga sentiasa dimurahkan rezeki dan selalu dalam lindungan Allah SWT,” antara komen-komen netizen.
Terdahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, hujan lebat antara 26 dan 30 November itu berlaku di luar jangkaan sehingga sebilangan besar penduduk di Kelantan dan Terengganu dipindahkan ke pusat perlindungan sementara (PPS).
Katanya lagi, hujan lebat selama lima hari di negeri Pantai Timur itu telah menyebabkan banjir bersamaan dengan purata hujan untuk enam bulan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan di sini.
“Biasalah akan ada yang suka dan tidak. Bagi saya, saya suka.”
Demikian kata penyanyi dan pelakon popular, Ayda Jebat sebagai mengulas pendapat segelintir pihak yang berpendapat lagu baharunya, Memerang tidak sesuai dengan usia dan statusnya sebagai isteri serta ibu kepada dua orang anak.
Ayda atau nama sebenarnya Nur Suhada Jebat, 33, bagaimanapun terbuka dengan kritikan dan mengakui dalam yang suka, pasti akan ada yang sebaliknya.
“Kalau nak kata lagu yang lebih matang, saya sudah pun lancarkan karya sedemikian sebelum ini. Bila kita keluarkan lagu yang ‘matang’, akaj ada yang tanya bila nak lancarkan lagu rancak macam Temberang dan Pencuri Hati?
“Atau pun contohnya, ada yang kata saya sesuai bawa lagu yang berentak rancak sahaja. Kita pun keluarkanlah lagu yang ada ‘vibe’ yang sama.
“Jadi kalau ada pula yang kata saya sudah boleh buat lagu yang bersesuaian dengan usia yang sudah ada anak dua, bagi saya itu suatu perkara yang subjektif,” katanya.
Ayda berkata demikian ketika ditemui pada Sidang Media Pelancaran Lagu Memerang di SkyWorlds Genting, Genting Highlands, baru-baru ini.
Memerang yang dicipta oleh Ezra Kong, ialah sebuah lagu percintaan yang mengisahkan mengenai seseorang yang licik dalam percintaan dan pandai memerangkap sesiapa sahaja melihatnya.
Ditanya mengenai sejauh mana harapannya terhadappenerimaan pendengar terhadap Memerang, Ayda percaya rezeki.
“Sudah tentulah harapan saya tinggi, perlu ‘kalahkan’ lagu Temberang atau Pencuri Hati. Tapi itu semua rezeki. Kalau kata lagu ini boleh viral, alhamdulillah. Kalau tidak, rezeki mungkin ada pada lagu lain.
“Sebab apa yang penting, saya dapat berikan apa yang peminat saya mahukan. Itu lebih utama. Malah bila selesai sahaja pelancaran ini, saya rasa sangat lega,” katanya lagi.
Dalam pada itu, muzik video lagu berkenaan turut menampilkan pempengaruh seperti Kasih Iris Leon, Ceddy dan selebriti Indonesia, Prince Gabriel di samping bintang senior, Liza Abdullah dan anak sulung Ayda, Ana Nayla.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini
Pelakon, Zalif Sidek berkongsi cerita bagaimana dirinya boleh melibatkan diri dalam industri seni tanah air, sekitar tahun 2007.
Zalif atau nama lengkapnya, Md Zalif Naquiyudin Wan Abu Bakar Sidek mendedahkan dia memulakan karier seninya selepas terbabit dalam satu iklan daripada syarikat telekomunikasi, DiGi mengenakan maskot kuning, dikenali sebagai Yellow Man.
Malah dia turut mendedahkan bahagian maskot diisi dengan span bagi memberikan efek seperti yang diinginkan.
“Harap-harap lepas post ni line internet korang okay ye…td member VC dia kata “PKP PKP ni line D.G. asyik Problem.. Tak Pahammm AKU” Abg Standby jap pakai Sut YellowMan.
“Ye ini first job sy dlm Industri Seni Malaysia .. Kene Cat Kuning bertepek kat muka sampai kering peluh kering peluh sampai lah pakai Baju Maskot yg penuh sumbat dgn Sepan sampai ketat BUNCIT…,” tulisnya.
Pada masa sama, pelakon berusia 35 tahun ini turut menceritakan cabaran yang dialami sepanjang pengambaran iklan tersebut dijalankan.
“Zippp xde kan haaa KAT BELAKANG DIK, bila time shooting nak terkucil kene break half and hour tunggu & kene pasang balik.
“Fuhh… Banyak dugaan Job masa ni tp Memang Fun & Happy bila Director sentiasa bg Mood yg terbaik utk Kami.
“Dah kalau nk cerita semua sampai esok pun tak habis oo..SAYALAH ANTARA YELLOWMAN DIGI MALAYSIA #MaskotDigi #200720082009,” tulisnya mengimbau kenangan.
Penyanyi terkenal Amerika Syarikat, Tamar Braxton, mendedahkan dirinya baru sahaja melalui pengalaman getir apabila nyaris maut selepas ditemui tidak sedarkan diri dalam keadaan berlumuran darah oleh seorang rakan karib.
Menurut laporan media antarabangsa, Tamar, 48, mengalami kecederaan serius termasuk patah hidung, kehilangan beberapa batang gigi serta masalah pergerakan selepas insiden misteri yang berlaku hujung minggu lalu.
Dalam perkongsian menerusi laman Instagram, adik kepada diva r&b tersohor Toni Braxton itu menzahirkan rasa syukur kerana masih diberi kesempatan bernafas. “Terima kasih tuhan kerana membangunkan saya hari ini,” tulisnya ringkas, memberi bayangan trauma yang sedang dihadapinya.
Tamar turut memuat naik petikan ayat daripada kitab Proverbs 31 yang menyentuh mengenai kekuatan seorang wanita, selain mengiringi catatan dengan muzik rohani bertajuk Spirit Lead Me.
“Saya rasa semakin hari keadaan makin sukar, namun insiden ini telah mengubah sepenuhnya pandangan saya tentang kehidupan,” katanya seperti dipetik portal hiburan Page Six.
Berita mengenai kejadian itu pantas menimbulkan reaksi daripada peminat di seluruh dunia. Rata-ratanya membanjiri ruangan komen dengan doa serta kata-kata semangat agar bintang R&B itu segera pulih.
Pihak pengurusan Tamar dalam kenyataan ringkas pula memaklumkan artis tersebut kini sedang berehat serta menerima rawatan lanjut di bawah pengawasan doktor.
Tamar sebelum ini cukup dikenali menerusi lagu-lagu popular serta penampilannya dalam program realiti keluarga Braxton Family Values. Insiden yang hampir meragut nyawa ini sekaligus menimbulkan kebimbangan terhadap tahap kesihatannya, namun perkembangan terkini memberi harapan beliau bakal kembali pulih.
Sedikit info mengenainya, walaupun memiliki kakak yang popular dan ikonik, Tamar tidak kurang hebatnya. Album solo keduanya berjudul Love & War pernah menduduki tangga kedua dalam carta Billboard.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!