Berita

“Saya Hanya Minum, Telan Air Liur, Marah Dan…,” – Zul Ariffin Jalani Rutin Diet Ekstrem, 17 Hari Tak Makan Demi Badan Cantik Dalam Filem

Share

Pelakon Zul Ariffin sanggup menjalani rutin diet ekstrem demi mendapatkan bentuk badan ideal untuk membawakan watak Firdaus dalam filem The Furious: Pertaruhan Maruah.

Menurut Zul, sepanjang 17 hari pertama, dia berjaya menurunkan sebanyak 10 kilogram hanya dengan bergantung kepada air tanpa mengambil sebarang makanan.

“17 hari pertama, sata tak makan langsung. Saya berjaya turun 10 kilogram. Saya hanya minum, telah air liur, marah dan tidur. Rasanya seperti tiada kehidupan.

“Namun, takkanlah saya nak nampak buruk ketika di set nanti. Padahal, saya sendiri yang beriya minta penerbit pilih saya untuk bawakan watak ini.

“Jadi, saya tolak tepi keinginan nak makan. Tak payah nak kira kalori sangat. Ketika itu, badan saya agak besar. Pinggang saya daripada saiz 36 turun ke 31.

“Ketika saya berlakon filem Tombiruo pada 2016, saya turun dalam 12 kilogram (KG). Untuk filem ini saya berjaya turun 23.5KG. Berat asal saya 103 kilogram, kini jadi 79.4KG,” katanya kepada MH.

Zul berkata demikian ketika ditemui pada acara tayangan gala filem The Furious: Pertarungan Maruah, baru-baru ini.

Baca Artikel Lain;

https://www.mediahiburan.my/saya-takkan-minta-maaf-pada-akaun-penunggang-kesihatan-zul-ariffin-janji-tak-muat-naik-video-merokok-lagi-terima-baik-teguran/

Komitmen Besar Demi Watak

Tambah Zul, dia sanggup memberikan komitmen sepenuhnya demi membalas kepercayaan penerbit yang memilihnya sebagai pelakon utama filem tersebut.

“Walaupun susah, saya memang nak sangat watak ini. Jadi, saya sangguplah nak buat apapun. Ini pertama kali saya pitch diri sendiri. Saya cuma nak usaha ini berbaloi.

“Saya tak nak menyesal bila tengok di layar nanti. Hari ini, bila saya tengok filem ini, saya rasa jika diberi lebih masa, saya boleh buat lebih lagi.

“Alhamdulillah saya tetap bersyukur dengan hasil akhirnya. Filem ini bukan sekadar aksi, ada banyak lagi elemen lain,” ujarnya.

Fizikal & Mental Turut Diuji

Dalam masa sama, Zul memaklumkan persediaan untuk watak tersebut bukan sahaja menguji fizikal, malah memerlukan kekuatan mental yang tinggi.

“Setiap hari, saya tidak boleh ambil lebih daripada 600 kalori. Paling tinggi pun sampai 800 kalori sahaja. Sebiji burger pun sudah 400 kalori.

“Pelakon lain kena tambah berat. Saya berlatih empat jam sehari. Selepas berlatih saya tak makan. Saya banyak kali muntah, pening kepala, pitam tiga kali dan hidung berdarah dua kali.

“Saya pitam depan tv dan dalam tandas sampai kena singki. Bila bangun mengejut, saya terus tumbang sebab kurang air,” kongsinya lagi.

Ketika ditanya sama ada dia mendapatkan nasihat doktor sebelum menjalani rutin diet ekstrem itu, Zul memaklumkan dia hanya melakukan penelitian sendiri berdasarkan pengalaman terdahulu.

“Saya tak minta nasihat doktor pun. Pada akhirnya, sejauh mana kita mampu pergi untuk menjayakan sesuatu watak. Semua orang boleh buat tapi perlu berlawan dengan masa.

“Kena ada sistem dan pengetahuan. Selama dua bulan ini, saya hanya fikir soal berat sahaja,” akhirinya.

Selain Zul, filem ini turut dibintangi barisan pelakon seperti Sky Iskandar, Ikmal Amry, Zamarul Hisyam, Marissa Yasmin dan Sandra Lim.

The Furious: Pertarungan Maruah bakal ditayangkan di pawagam bermula 28 Mei ini.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini

Published by
Aizam Manaf