Pendakwah bebas terkenal, Ustaz Ebit Lew meluahkan rasa sayu dan simpati terhadap nasib remaja, Siti Nor Azizah yang telah disamun oleh perompak, pada hujung Ogos lalu.
Difahamkan, gadis berusia 17 tahun itu bersama teman lelakinya telah menjadi mangsa samun oleh tiga lelaki sewaktu menaiki motorsikal di Jalan Kuching menghala ke Jinjang dalam kejadian 12.15 tengah malam.
Terbaru, Ebit telah berkesempatan untuk menghulurkan sedikit sumbangan ketika melawat Nor Azizah di kediamannya.
Dalam pada itu, Ebit turut berkongsi cerita dan perkembangan terkini Nor Azizah yang telah kehilangan tangan kanan akibat insiden tersebut bersama pengikutnya.
Ads
“Sebak sayu sangat rasa ziarah adik Siti Nur Azizah yang disamun ketika kerja jual online dan menghantar barang dengan motor.
“Cedera parah sehingga tangan kanan kena dipotong sehingga bahu. Motornya dicuri.
“Saya hadiahkan Iphone dan sedikit wang tunai buat adik ni dan maknya. Adik ni baik sangat.
Ads
“Dia tiada hp untuk buat online berniaga di instagram.Nanti saya tag di instagram buat yang membeli padanya,
“Ayah meninggal dunia 3tahun lepas. Semenjak itu Nur Azizah kerja berniaga online live bundle dari 3tahun lepas. Tak sekolah kerana nak bantu keluarga,
“Syukur ada ramai juga yang membantu. Saya bersama ketua blok dan jiran-jiran tadi ziarah adik ni.
Ads
“Saya kongsi doa dan amalan saat diuji. Semoga Allah rahmati keluarga adik Nur Azizah. Ya Allah jagakanlah keluarga ini,” tulisnya.
Keputusan pihak Olahraga Para Dunia untuk membatalkan pingat emas yang dimenangi oleh atlet para negara, Ziyad Zulkifli menerusi acara final lontar peluru kategori F20 di temasya Sukan Paralimpik Tokyo 2020 nyata menimbulkan kemarahan di hati jutaan rakyat Malaysia.
Menerusi hantaran terkini di laman Instagram, Ziyad dilihat telah pun membuat permohonan maaf buat seluruh rakyat Malaysia berhubung insiden berkenaan.
“Saya minta maaf buat seluruh rakyat Malaysia. Terima kasih memberi sokongan kepada saya,” tulisnya ringkas.
Antara yang turut sama meluahkan rasa kecewa termasuklah pelawak, Harith Iskander.
Jelas Harith, Ziyad sebenarnya tidak perlu membuat sebarang permohonan maaf kerana jutaan rakyat Malaysia sudah pun mengetahui mengenai kemampuan sebenar dirinya yang telah memecahkan rekod dunia dalam acara akhir yang berlangsung pada Selasa.
“Satu permintaan maaf yang TIDAK PERLU. You are a TRUE CHAMPION with a WORLD RECORD BEATING putt.
RESPECT,” katanya.
Bagi pelakon, Ummi Nazeera pula, dia berasa amat kecewa dengan sikap yang dipamerkan oleh atlet daripada negara Ukraine itu yang disifatkan sengaja ingin merampas kemenangan pingat daripada Ziyad.
“Eeee geram sangat laaah! Saya bantah gold medal Ziyad ditarik balik. Bantah.
“Sian Ziyad. Ziyad pecahkan world record kot. Itu pun pecahkan record sendiri. You know for sure Ziyad is that good, Ukraine,” ujarnya.
Sementara itu, pengacara dan penyanyi nasyid, Fakhrul UNIC turut menyifatkan Ziyad sebagai juara di hati seluruh rakyat Malaysia meskipun tidak dapat membawa pulang pingat emas seperti yang diidam-idamkan.
Terdahulu, malapetaka menimpa atlet lontar peluru F20 negara, Muhammad Ziyad Zolkefli pada Paralimpik Tokyo 2020 apabila kemenangannya menerusi acara itu telah dibatalkan.
Ia selepas dia serta dua lagi peserta lain dari Ecuador dan Australia difahamkan menerima protes daripada kem Ukraine kerana dikatakan lambat memasuki ‘call room’ atau bilik persediaan atlet sebelum turun beraksi.
Sumber: Instagram Ziyad Zulkifli, Harith Iskander, Ummi Nazeera, Fakhrul UNIC & Team Malaysia
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Sesiapa sahaja yang melihat Damian pasti menyangka yang dia seorang perempuan kerana raut kecantikan wajahnya laksana seorang supermodel. Namun percayalah dia seorang jejaka yang bertuah kerana mewarisi genetik ibunya yang merupakan seorang pelakon, model dan juga usahawan terkenal, Elizabeth Hurley.
Merupakan anak tunggal Elizabeth Hurley hasil perhubungan dengan jutawan, mendiang Steve Bing, Damian membesar bersama ibunya seumur hidup. Ini disebabkan dia merupakan anak yang dilahirkan luar nikah, dan ujian DNA terpaksa diambil bagi mengesahkan yang dia merupakan anak mendiang.
Pada pertengahan Julai tahun ini namanya telah dibuang dari senarai untuk menerima harta warisan keluarga sebelah bapanya oleh datuknya hanya kerana dia dilahirkan luar nikah dan mendakwa bahawa Damian tidak pernah dibesarkan dalam keluarga mereka mahupun bertemu dengan mendiang ayah kandungnya sendiri.
Akibat tindakan datuknya itu, dia terlepas untuk mewarisi harta keluarga untuknya yang bernilai lebih RM1 billion. Untuk pengetahuan pembaca, moyang Damian di sebelah bapanya merupakan seorang pemaju hartanah berjaya yang memulakan empayar di New York sekitar tahun 1920an lagi.
Berusia 19 tahun kini, dia memulakan langkah di dalam dunia seni ketika berusia 14 tahun apabila dipilih untuk memegang watak sebagai Prince Hansel von Liechtenstein di dalam siri popular, The Royals, terbitan E!. Pada tahun 2018 dia bernaung di bawah agensi peragaan Tess Management dan bermula tahun 2020 telah direkrut untuk bernaung di bawah agensi peragaan terkenal dunia, IMG.
Tahun lalu dia telah menghiasi kempen produk kosmetik Pat MacGrath Labs bergandingan bersama supermodel, Irina Shayk. Dengan ketinggian 185cm, tidak mustahil dia bakal bergelar supermodel lelaki ulung pada masa akan datang.
Usahawan, Iqbal Zulkefli tampil mendedahkan dia tidak akan lagi berkeras untuk memperisterikan pengasas kosmetik, Datuk Seri Vida sekiranya wanita terbabit tidak cenderung untuk kembali kembali mendirikan rumah tangga.
Dia pada masa sama turut memohon maaf atas isu tular berpanjangan melibatkan hal yang berkaitan, selain akui perlu hormati perasaan dua anak Vida, Cik B dan adiknya, Kacak.
“Assalamualaikum semua. Pertama, saya memohon maaf atas viral yang berleretan tentang hubungan saya dengan Dato Seri Vida. Keputusan saya, saya tidak akan lagi berkeras untuk jadikan Dato Seri Vida sebagai isteri; seandainya beliau sendiri tidak menuju kearah perkahwinan.
“Saya perlu hormati perasaan Cik B dan Kacak. Harus menjaga maruah diri saya yang bertahun-tahun memperjuangkan untuk bernikah,” jelasnya.
Perkara tersebut dikongsikan bekas pembantu peribadiVida itu menerusi Insta Stories, pada Jumaat.
Menyifatkan apa yang berlaku bukan satu strategi marketing, ahli perniagaan asal Kelantan itu turut mendedahkan dia tidak pernah terfikir untuk mengambil harta selain reda andai mereka tiada jodoh.
“Demi Allah, ini bukan marketing semata meskipun benar beliau ada diselitkan promosikan produk dan saya memberitahu kepada Dato Seri Vida, jika saya lebih dikenali saya mahu bantu menaikkan sales syarikat beliau.
“Seperti mana saya telah merekodkan jualan tertinggi di syarikat Vida Beauty sebelum ini dengan jualan RM300,000 setiap hari secara konsisten (retail). Namun, perancangan kami untuk berkahwin adalah bukan marketing.
“Sepanjang hampir 7 tahun saya mengenali beliau, saya tidak pernah menerima apa-apa pemberian barangan besar kecuali pakaian kerja. Namun, tidak dinafikan banyak wang beliau telah laburkan untuk saya.
“Itupun, cara saya membalasnya adalah menggantikan dengan lakukan jualan lebih 10 kali ganda setiap kali beliau keluarkan bajet untuk saya. Demi Allah, saya tidak pernah mencuri wang beliau.
“Saya tetap menyayangi beliau seperti biasa. Saya reda jika kami tidak berjodohan. Saya fikir, ini bukan terlalu awal saya mengalah.
“Setiap waktu saya serius katakan bahawa saya mahu berkahwin. Saya banyak perjuangkan hubungan ini, namun saya risau cinta beliau tidak seteguh seperti pengorbanan saya.
“Saya risau, di saat saya sakit, jatuh adakah beliau sanggup ada bersama saya,” tulisnya lagi.
Iqbal pada masa sama meminta untuk tidak memutuskan hubungan baik yang sedia terjalan di antara mereka.
“Cuma satu perkara saya minta, jangan putuskan hubungan baik saya dengan Dato Seri Vida. Saya perlu jaga beliau. Saya tiada masa untuk main-main kerana saya juga ada tanggungjawab serius.
“Terima kasih kepada semua media yang banyak bagi kerjasama kepada saya. Kepada semua yang mendoakan kebaikan, saya akan balas dengan lebih banyak berbakti kepada masyarakat,” tulisnya.
Pada akhir statusnya, Iqbal akui andai dia berkahwin dengan Vida dia akan dianggap mahu tumpang harta penyanyi lagu I Am Me itu.
“Andai saya berkahwin dengan Dato Seri Vida, selamanya saya dianggap menumpang harta Dato Seri Vida meskipun saya yang menaikkan bisnes beliau di saat saat kerap kali jualan jatuh.
“Saya tidak suka ungkitkan, namun terpaksa kerana tiada seorang pun berkata hal sebenar bagaimana saya telah berjuang untuk lakukan terbaik segalanya.
“Saya sendiri punya pendapatan sendiri walau tidak setinggi beliau. Cukup untuk saya miliki apa sahaja yang saya mahu,” tulisnya lagi.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Berbelas tahun bersahabat baik, pereka fesyen terkenal Rizman Ruzaini menghadiahkan busana perkahwinan berwarna biru buat primadona alaf baru, Erra Fazira.
Menurut Rizman Nordin, adalah menjadi...