Pelawak dan pengacara, Jihan Muse menyifat pemilihan selebriti versatil, Elly Mazlein sebagai penggantinya selaku hos Gegar Vaganza 9 (GV9) nyata memberikan nafas baru buat program tersebut.
Menurut Jihan, dia bersyukur kerana pihak GV9 telah memilih pengacara yang tepat untuk mengedalikan program berkenaan.
“Bila saya tahu tarikh bersalin sangat hampir dengan tarikh mulanya GV9, saya ada berbincang dengan pihak Astro untuk melewatkan sedikit program ini tapi tak boleh disebabkan faktor penajaan dan lain-lain.
“Saya pun dah mohon maaf sebab tak boleh nak terlibat pada edisi kali ini. Saya tertanya-tanya juga siapa yang akan gantikan saya tapi saya boleh agak dah kalau tak Sherry Alhadad, mesti Elly Mazlein.
“Dalam hati saya kata, tak kisahlah siapa pun hos, yang penting program tersebut best. Saya memang mengharapkan individu yang menggantikan saya itu boleh menjadikan program tersebut lebih padu,” katanya kepada MH.
Tambah ibu kepada dua orang cahaya mata ini lagi, dia juga seronok melihat energi bertenaga yang diberikan Elly sepanjang bergandingan dengan Nabil.
“Saya seronok melihat gandingan mereka. Sebagai kawan, saya memang tahu kebolehan dan cara kerja Kak Lina. Saya gembira progam ini sukses dan lebih ‘boom’ daripada tahun-tahun sebelumnya.
Ads
“Sebagai penonton, kita pun mahukan sesuatu yang baharu dan lebih segar. Saya yang di rumah pun sangat puas hati. Impaknya sangat padu.
“Fasa PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dah habis. Jarak sosial pun tiada lagi. Dua tahun kita rindukan suasana happening sebegini,” kongsinya lagi.
Jihan ditemui selepas sidang media memperkenalkan hos Anugerah Juara Lagu 37 (AJL37) yang berlangsung di PJ Pac, 1 Utama, Damansara pada Rabu.
Ads
Dalam pada itu, Jihan turut menjelaskan sebagai anak seni dan seorang pengacara, dia sudah terbiasa dengan senario yang sering beralih daripada satu projek ke projek yang lain.
Lantaran itu, tiada timbul rasa iri hati sesama rakan industri.
“Iri hati? Eh tak adalah, kerja ni sama sahaja, bila kita rehat, orang lain ganti. Saya rasa itu kerja masing-masing.
“Pada ketika itu pun saya sendiri yang cuti. Bukannya saya di buang kerja atau apa.
Ads
“Saya positif sebab pada saya kerja kita sebagai pengacara ni memang inilah kerja kita. Kita makan gaji. Pihak stesen tv lebih tahu soal rating. Jadi, kalau bukan yang ini kita ada kerja lain,” akhirinya.
Baru-baru ini, nama Elly Mazlein menjadi mendapat pujian netizen kerana berjaya mengendalikan GV9 dengan baik bersama Nabil Ahmad.
Malah ada juga yang memberikan saranan agar program Gegar Vaganza pada musim hadapan boleh menggandingkan tiga nama besar, Jihan, Nabil dan Elly untuk mengendalikan program itu.
Terdahulu, Jihan yang kini kembali aktif selepas setahun berehat bakal membuat kemunculan semula sebagai hos Anugerah Juara Lagu ke-37 (AJL37) bersama gandingannya Sherry Alhadad.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Kredit Foto: Instagram Jihan Muse
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Kejayaan konsert ulang tahun ke-30 OAG yang berlangsung pada 25 Disember lalu menjadi detik terakhir perjalanan karier buat pemain drum mereka, Qi Razali yang nekad mengambil keputusan untuk berundur daripada kumpulan itu.
Menerusi akaun Twitter miliknya, Qi atau nama sebenar, Qushairi Mohammed Razali Wong, 46, berkata dia berbuat demikian adalah demi kebaikannya sendiri.
“Okay, enough OAG, Qi is me again.
“Saya dah berfikir masak-masak dan buat keputusan.Itu (konsert ulang tahun ke-30 OAG) adalah persembahan terakhir saya untuk OAG.
“Pilihan jalan hidup yang mendorong aku buat keputusan ini.Band tu tetap akan terus wujud, jangan risau.Kekuatan band itu bukan pada drummer.So boleh sahaja ganti mana-mana pun.
“Pilihan aku adalah untuk kebaikan aku.Kalau kalian support kerjaya aku, sokonglah langkah aku kali ini,” tulis Qi.
Qi yang juga merupakan seorang pelakon dan pengacara turut memuat naik status mengatakan 2023 adalah tahun untuk dirinya menjadi seorang yang lebih ‘mementingkan diri sendiri’ dan enggan bercampur dengan individu yang berperangai toksik.
“Jangan tanya kenapa aku buat keputusan ni.Aku ada hak.Ini hidup aku.Aku pilih jalan hidup aku.Lu stay lu punya lorong okay?
“Adakah sebab aku ni terlalu lembut sampai orang pijak aku?Tahun ni takde lagi ok?Kalau aku kerek atau nampak macam aku pentingkan diri sendiri, ya, aku pentingkan diri aku tahun ni.Bye bye toxic people.Shoo… shoo.. go away,” tulisnya lagi.
Selain Qi, OAG yang popular dengan lagu Slumber dan 60’s TV ini turut dianggotai vokalis, Radhi, Nizam (gitaris), Nazrin (bassist), Izmir (keyboardist) dan Ammal Bellamy selaku gitaris dan vokalis sampingan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Usahawan terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri mendedahkan tahap kesihatannya kini tidak berada dalam keadaan yang baik selepas tulang belakangnya dilaporkan patah.
Kecederaan yang mula disedari sejak minggu lalu itu telah menyebabkan dia sukar berjalan dan perlu memakai pelindung di bahagian pinggangnya itu.
“Saya ada masalah di bahagian pinggang. Sampai sekarang saya masih lagi rasa sakit. Kata doktor, pinggang saya patah. Kecederaan tersebut berlaku minggu lepas.
“Saya masih lagi menjalani rawatan susulan. Dalam enam bulan ini, saya akan dipantau pihak doktor. Saya juga masih pakai pelindung di bahagian pinggang. Berjalan pun agak bermasalah,” katanya ketika ditemui MH baru-baru ini.
Jelas penyanyi lagu Cuba Bahagi ini lagi, tulang belakangnya itu patah mungkin disebabkan kecederaan-kecederaan lama ditambah pula ketika ini dia sangat aktif melakukan aktiviti senaman.
Bagaimanapun, Aliff memutuskan untuk tidak menjalani sebarang pembedahan sebaliknya mahu mencuba rawatan alternatif.
“Kecederaan ini mungkin berlaku kerana saya kerap menjalani senaman yang perlu mengangkat beban berat. Mungkin juga kerana saya pernah terjatuh motosikal. Kemudian, saya pergi hiking pula. Makin lama makin teruk.
“Tulang saya memang rapuh sebab saya tak suka minum susu. Doktor saran untuk menjalani pembedahan tapi saya tak nak kerana saya masih muda.
“Saya nak dapatkan nasihat daripada doktor pakar lain pula. Buat masa sekarang, dah dua orang doktor kata perkara yang sama. Kini, saya nak cuba rawatan alternatif pula,” kongsinya lagi.
Ditanya mengenai kebimbangannya jika penyakitnya itu melarat, bapa kepada lima orang cahaya mata ini memberitahu, dia akan cuba bertahan selagi mampu.
“Saya bimbang juga tapi bila memikirkan fasal pembedahan, saya akan cuba bertahan selagi saya mampu berjalan. Orang mungkin nampak saya segak berjalan tapi saya sedang menahan sakit.
“Saya kini hanya boleh berjalan maksimum 15 minit. Selepas itu, saya kena duduk. Segalanya masih diperingkat baru. Doakan saya,” akhirinya.
Aliff juga berharap agar semua pihak dapat mendoakan semoga pinggangnya itu dapat kembali pulih seperti sedia kala.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Kredit Foto: Instagram Aliff Syukri
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon dan usahawan, Nur Fazura tampil memberikan responnya berhubung tindakan segelintir pihak yang sering mengaitkan namanya apabila timbul isu melibatkan selebriti lain.
Jelas Fazura atau nama sebenarnya Nur Fazura Sharifuddin, dia kini lebih selesa untuk memberikan sepenuh tumpuan terhadap diri serta keluarganya kerana merasakan dia tidak mempunyai kuasa untuk mengawal segala tindak tanduk orang lain.
“Saya tiada pesanan dan tak tahu pun nak pesan apa kepada orang luar. Ketika ini, apa sahaja yang saya buat, saya hanya fokus kepada diri sendiri dan keluarga.
“Saya juga mahu memperbaiki setiap kelemahan diri saya. Kalau ada netizen nak kaitkan nama saya untuk apa-apa isu, saya tidak boleh menghalang mereka.
“Saya hanya terima apa sahaja yang positif dan teruskan sahaja dengan kehidupan. Saya tak nak fokus kepada perkara-perkara negatif ini,” katanya kepada MH.
Meskipun terpaksa membahagikan masa demi bisnes dan keluarga, isteri kepada pelakon Fattah Amin ini tetap bersyukur kerana segala urusan sentiasa dipermudahkan.
“Alhamdulillah, saya sangat tenang sekarang. Sudah tentu saya kena pandai membahagikan masa saya untuk menguruskan anak, suami dan bisnes.
“Allah telah permudahkan segalanya. Saya pun susun segalanya dengan baik. Saya rasa sempurna walaupun ada rintangan dan dugaan, saya anggap ia perkara biasa,” ujarnya lagi.
Dalam pada itu, Fazura turut mengumumkan dirinya kini sedang merancang untuk menimang cahaya mata kedua.
“InsyaAllah, saya kini dalam perancangan untuk menimang cahaya mata kedua. Saya tengah bersedia nak ‘buka kilang’ tapi saya kena rancang betul-betul memandangkan saya juga punyai komitmen-komitmen lain.
“Saya berdoa semoga Allah permudahkan segala hasrat saya untuk tahun 2023,” kongsinya lagi.
Meskipun mengharapkan kehadiran cahaya mata lelaki, pelakon filem Gol & Gincu ini tetap percaya dengan segala aturan yang telah ditetapkan oleh Allah SWT.
“Mudah-mudahan…kerana rezeki datang daripada Allah SWT. Memang saya mengharapkan anak lelaki tapi kalau anak perempuan pun saya terima. Itu ketentuan yang maha Esa.
“Di luar sana, masih ramai lagi yang mengharapkan zuriat. Tak kisah apa jantinanya, asalkan sihat,” akhirinya.
Terdahulu, Fazura merupakan salah seorang penerima anugerah Nona Superwomen 2022 bagi kategori Nona Hijab Business Award.
Untuk rekod, Fazura berkahwin dengan Fattah pada 27 November 2017 dan dikurniakan cahaya mata, Fatima pada 2 Oktober 2020.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Kredit Foto: Instagram Nur Fazura
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Selepas 11 tahun melalui kehidupan sebagai ibu tunggal, Erra Fazira mengakui keputusan untuk kembali mendirikan rumah tangga bukan sesuatu yang mudah selepas sekian lama...