“Saya Duet Dengan Datuk Jamal Abdillah. Tak Kanlah Nak Menyanyi Macam Gitu Juga Kan,” – Wany Hasrita Belajar Dari Pengalaman AJL32

Penyanyi Wany Hasrita menyatakan rasa syukur kerana berjaya membawakan lagu Belenggu Rindu ciptaan Hael Husaini dan Ezra Kong seadanya bersama rakan duet, Datuk Jamal Abdillah hingga menobatkan lagu tersebut di tempat ketiga keseluruhan.

Malah menerusi posting di Instagram, Wany turut mengenang memorinya saat pertama kali bersaing di pentas berskala besar itu, dua tahun lalu sambil turut berterima kasih kepada semua pihak terlibat.

“2 tahun lepas, malam #AJL32 saya tidur dengan tangisan. Alhamdulillah, 2 tahun selepas itu, Belenggu Rindu mendapat tempat ke-3 #AJL35.

“Semua ini sangat mustahil untuk digapai tanpa sokongan dari @fmcmusic @jamalabdillahofficial @sevocestudio dan komposer yang sgt berbakat @ezrakong & @haelhusaini. “Terima kasih juga kepada juri dan juga team @tv3malaysia.

IKLAN

“Terima kasih kerana mempercayai wany untuk membawakan lagu yang sangat istimewa ni. Wany hargai.

“Makeup @ynasakinah, Dress & Outfit Dato Jamal @rizmanruzaini, Style @tymfatimah, Photo @mv4r,” tulisnya memberikan kredit.

View this post on Instagram

A post shared by WH (@wanyhasrita)

Sementara itu, Wany menerusi sidang media sejurus acara kemuncak itu mengakui dia membuat persediaan yang rapi sebelum melangkah ke AJL kali ini, apatah lagi apabila berpeluang berduet dengan penyanyi senior berbakat besar.

Katanya, dia belajar dari apa yang berlaku sebelum ini dan turut berusaha demi majukan diri.

“Kita belajar daripada pengalaman. Sebelum ini saya bersaing di AJL32, saya mungkin tak buat persiapan dengan baik jadi kali ini, kita sudah tahu apa yang perlu dibuat dan lakukan dan sebagainya.

IKLAN

“Jadi kali ini ia lebih teratur dan sudah tentulah dari segi vokal saya kena mempertingkatkan mutu persembahan. Sebab saya berduet dengan Datuk Jamal Abdillah. Tak kanlah saya nak menyanyi macam gitu juga kan.

“Usaha kena datang daripada pihak saya juga. Datuk sudah setuju (duet) pun sudah cukup bersyukur.

“Selebihnya saya yang kena usaha lebih kerana sekurang-kurangnya, di atas pentas kena seiring dengan beliau,” katanya.

Foto: Instagram Wany Hasrita, TV3 Malaysia