Awal pagi tadi, nama pelakon Aliff Aziz sekali lagi menjadi bualan hangat apabila dipercayai telah ditangkap khalwat bersama seorang pelakon wanita di sebuah kondominium di ibu negara.

Malah, video isterinya yang juga pelakon dan penyanyi, Bella Astillah dilihat berada di perkarangan pejabat Agama Islam turut diperkatakan ramai.

Disebabkan isu berkenaan, rata-rata netizen membanjiri ruangan komen di laman Instagram Bella.

“Saya Doakan Yang Baik-Baik Untuk Awak…,” – Netizen Pakat Beri Semangat Buat Bella Astillah “Saya Doakan Yang Baik-Baik Untuk Awak…,” – Netizen Pakat Beri Semangat Buat Bella Astillah

Kebanyakannya tampil memberikan kata-kata semangat selain turut mendoakan semoga Bella tabah menghadapi ujian.

“Kadang melepaskan beban adalah yang terbaik. Awak pun tak perlu risau-risau dan susah hati lagi. Fokus pada anak-anak sahaja.

“Penat jadi Bella. Memang penyabar betul.

IKLAN

“Cantik macam ni pun suami sanggup buat macam tu. Terus kuat Bella. Semoga dipermudahkan segala urusan

“Saya doakan yang baik-baik untuk Bella. Semoga kita wanita yang belum berkahwin dijauhkan daripada lelaki yang macam tu. Sekali menipu, selamanya menipu.

“Awak layak dapat yang lebih baik. Banyak kali dah beri peluang,” antara komen-komen netizen.

“Saya Doakan Yang Baik-Baik Untuk Awak…,” – Netizen Pakat Beri Semangat Buat Bella Astillah “Saya Doakan Yang Baik-Baik Untuk Awak…,” – Netizen Pakat Beri Semangat Buat Bella Astillah

IKLAN

Terdahulu, tular laporan berita melaporkan seorang artis berstatus suami orang dan pasangannya seorang pelakon wanita dicekup berkhalwat selepas didakwa bersekedudukan di sebuah kondominium mewah di ibu negara, awal pagi tadi.

Dua selebriti berkenaan yang difahamkan sedang menjalani penggambaran sebuah drama bersama itu ditahan di kediaman milik pelakon wanita terbabit.

Memetik laporan Harian Metro, Aliff dikatakan enggan membuka pintu unit kondominium tersebut sehingga Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) terpaksa menghubungi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

IKLAN

Aliff akhirnya akur selepas bomba mahu memecahkan pintu sekiranya mereka tidak memberikan kerjasama selepas hampir tiga jam pasukan penguat kuasa Jawi berada di hadapan unit kediaman tersebut.

Dalam operasi yang bermula kira-kira jam 10.30 malam tadi itu, pasukan penguat kuasa Jawi tiba dengan dua buah van.

Dua selebriti itu kemudian dibawa ke pejabat Jawi dengan menaiki sebuah kenderaan lain untuk proses selanjutnya.

Sementara itu, adik kepada Bella iaitu Didi Astillah mengesahkan abang iparnya, Aliff Aziz ialah individu yang dicekup bersama seorang pelakon wanita, sebagaimana yang dilaporkan.

Sebelum ini, Aliff pernah berhadapan dakwaan berlaku curang terhadap Bella dan pasangan ini bercerai pada 2019. Bagaimanapun mereka akhirnya memilih untuk kembali rujuk ketika dalam tempoh edah.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI