‘Saya Dan Zul Tiada Hubungan Istimewa’ – Heroin Titian Cinta, Farah Nabilah

Sebut sahaja nama Aisy yang menjadi watak utama dalam drama Titian Cinta pasti membuatkan penonton rindu dengan drama tersebut.

Watak heroin tersebut dipegang oleh seorang pelakon cantik, Farah Nabilah dan lakonannya sungguh hebat sehingga membuatkan ramai yang masih memanggilnya dengan Nama Aisy.

Namun kali ini bukan soal lakonannya yang kami mahu kongsikan tetapi menurut satu sumber, Farah menyedari ramai peminat yang mengharapkan kisah cinta antara Aisy dan Harris dalam drama tersebut menjadi realiti di luar set penggambaran.

IKLAN

Penonton mahukan Farah dan hero drama itu, Zul Ariffin benar-benar bercinta di dunia yang nyata. Namun begitu Farah berkata dia dan Zul tidak bercinta.

“Saya dan Zul tiada apa-apa hubungan istimewa, apa yang ditonton hanyalah lakonan semata-mata demi menjayakan watak.

 

“Kami hanya bertemu di set penggambaran dan untuk acara promosi sahaja. Selesai kerja, kami jalani kehidupan masing-masing.

 

“Biasalah kalau ada peminat jodoh-jodohkan artis kesukaan mereka, saya tak kisah tentang hal itu,” katanya kepada Mstar Online

Buat penonton di luar sana, janganlah terlalu obses sehingga meminta pelakon yang hanya berlakon untuk sesebuah drama atau filem bercinta.

Setiap pelakon pasti mempunyai kehidupan peribadi masing-masing yang perlu kita hormati.

Walau bagaimanapun, permintaan peminat ini setidak-tidaknya memberi satu petanda bahawa lakonan yang dilakonkan oleh Farah dan Zul benar-benar berjaya. Ini menunjukkan kedua-duanya merupakan pelakon yang hebat.

IKLAN

Buat Farah dan Zul teruskan usaha dalam memberikan lakonan yang bermutu untuk peminat dan semoga anda terus berjaya di masa hadapan.

Sumber: Mstar Online