Pelawak dan penyampai radio, Shuib Sepahtu menzahirkan rasa gembira bersama sayu apabila melihat akan kesungguhan mereka yang hadir mencari peluang pekerjaan bersama jenama BubbleBee miliknya.

Membuka peluang pekerjaan untuk melengkapkan kekesongan bagi 100 jawatan terpilih, suami kepada penyanyi Sarah Raissuddin itu turut menambah, ada di antara peserta temuduga yang hadir adalah luar dari Lembah Klang.

“Syukur alhamdulillah, saya sendiri tidak menyangka sambutan yang diterima sangat luar biasa. Ibu pejabat yang terletak di Puchong, Selangor dipenuhi mereka yang ingin bersama-sama mengembangkan kerjaya dengan kami.

“Kalau lebih 300 orang yang datang dan masing-masing mempraktikan penjarakan sosial dengan jarak sekurang-kurangnya 1 meter, boleh jadi sepanjang 3 kilometer juga panjangnya tu,” jelasnya.

Berkongsi lanjut, Shuib turut menambah sesi temuduga terbuka itu dijalankan selama dua hari bermula 10 Jun lalu.

Pada masa sama, Shuib juga terkesan apabila ada di antara mereka yang hadir sebenarnya baru sahaja hilang pekerjaan impak dari krisis pandemik Covid-19 yang menyebabkan banyak syarikat ditutup dan mengakibatkan mereka hilang mata pencarian.

IKLAN

Malah, dia turut memahami serta dapat merasai sendiri kepayahan mereka yang mencari kerja memandangnya dirinya juga pernah berada pada situasi sama satu ketika dahulu.

“Saya dah melaluinya dahulu. Datang temuduga kerja jauh-jauh tapi akhirnya tak dapat. Bila melihatkan kesungguhan mereka, hati jadi sayu.

“Kalau boleh saya mahu mereka semua dapat pekerjaan tapi apakan daya, peluang yang disediakan agak terhad. Saya doakan urusan mereka dipermudahkan dan diluaskan rezeki.

“Terima kasih buat yang sudi luangkan masa dan hadirkan diri pada sesi tersebut. InsyaAllah yang berjaya akan dihubungi tidak lama lagi,” katanya.

IKLAN

Berkongsi lanjut mengenai perkembangan BubbleBee pula, Shuib menjelaskan ia bakal membuka enam lagi cawangan baharu dalam tempoh terdekat.

“Sebab itu saya menyeru kepada rakan-rakan artis atau orang perseorangan yang lain yang mempunyai modal tapi tak tahu nak berniaga apa, datanglah kepada kami.

“Setidakya mereka boleh berniaga di samping membuka peluang pekerjaan baharu buat orang lain juga. Ini sebenarnya kepuasan sebenar bila berniaga dan bukannya sekadar mengaut keuntungan semata-mata,” tambahnya jujur.

IKLAN

Sementara itu, Sarah pula menerusi satu posting di Instagram turut menyatakan rasa syukur atas sambutan baik yang diterima terhadap BubbleBee.

Perkara itu dijelaskan penyanyi Semakin ini menerusi satu klip yang merakamkan sesi temuduga yang berjalan.

“MasyaAllah. Alhamdulillah, dengan izin Allah ianya berlaku. Sejujurnya niat kami (saya dan shuib) adalah untuk membantu orang ramai dengan peluang perkerjaan, antara niat kami yang menjadi kenyataan.

“Saya doakan agar anda semua dimurahkan rezeki,” tulis Sarah.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI