Meskipun pernah bertanding di pentas yang lebih besar dan bergelar pemenang Anugerah Juara Lagu (AJL), penyanyi, Haqiem Rusli menerima kekalahan di program Famili Duo 3 dengan hati yang terbuka.

Menurut Haqiem, kalah dan menang merupakan adat pertandingan walaupun dia harus tewas ditangan duo pelawak Sharif dan Syaiful.

“Saya Dah Lalui Situasi Ini Banyak Kali,” – Pemenang AJL Tewas Ditangan Pelawak, Ini Kata Haqiem Rusli

“Saya okay sahaja kerana saya telah mengharungi situasi seperti ini banyak kali. Ada pertandingan yang saya menang dan ada yang kalah.

“Malah, ketika menyertai pertandingan Mentor Milenia di sini dahulu, saya tersingkir diminggu pertama lagi. Ada anugerah yang saya menang dan ada yang bukan rezeki saya.

“Saya sudah terbiasa. Jadi, saya langsung tidak gemuruh pun ketika sesi pengumuman pemenang tadi (semalam),” katanya kepada MH.

Penyanyi lagu Tergantung Sepi itu berkata sedemikian ketika ditemui selepas selesai pentas akhir Famili Duo 3 yang berlangsung di Studio NTV7, Shah Alam pada Ahad.

IKLAN

“Saya Dah Lalui Situasi Ini Banyak Kali,” – Pemenang AJL Tewas Ditangan Pelawak, Ini Kata Haqiem Rusli

Jelas Haqiem lagi, program ini juga telah membuka ruang buat dia menjadi dirinya sendiri.

“Saya setuju dengan apa yang diperkatakan Mas Idayu. Kadang kala, ketika di luar, kalau saya tak berapa selesa, ada yang anggap saya sombong. Pakai kaca mata hitam lagi.

“Namun, kalau saya sudah selesa dengan sesuatu situasi itu, saya akan jadi diri sendiri. Mungkin selama ini orang melihat saya sebagai penyanyi balada yang sentiasa kelihatan sedih.

IKLAN

“Di Famili Duo 3 ini, orang boleh melihat sisi saya yang sebenar,” ujarnya lagi.

Katanya lagi, program ini juga telah memberikannya sebuah perspektif baharu untuk memantapkan skil persembahannya pada masa akan datang.

“Saya Dah Lalui Situasi Ini Banyak Kali,” – Pemenang AJL Tewas Ditangan Pelawak, Ini Kata Haqiem Rusli “Saya Dah Lalui Situasi Ini Banyak Kali,” – Pemenang AJL Tewas Ditangan Pelawak, Ini Kata Haqiem Rusli

IKLAN

“Sejujurnya, program Famili Duo ini telah membuka mata saya. Selepas ini, kalau saya ada jemputan persembahan, mungkin saya akan adakan sedikit konsep, menari atau berlakon.

“Pertandingan ini sangat bagus untuk saya memantapkan lagi kualiti persembahan dan cara pembawakkan diri,” akhirinya.

Terdahulu, Haqiem bersama sepupunya, Ariff Bahrah terpaksa berpuas hati untuk sekadar berada ditempat ketika dengan markah terkumpul sebanyak 58.3 peratus.

Tempat kedua pula diraih oleh duo adik beradik Adira dan Emma dengan markah sebanyak 60.6 peratus manakala juara pula disandang satu lagi duo adik beradik, Syaiful dan Sharif dengan markah 81 peratus.

Kemenangan tersebut membolehkan Syaiful dan Sharif membawa pulang hadiah utama berupa wang tunai berjumlah RM100,000 beserta trofi.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI