Berita

“Saya Cuma Nak Bantu Keluarga,” – Masih Relevan Jadi Penyampai Radio Sebab ‘Cable’? Feeya Iskandar Tampil Jelaskan Soal Rezeki

Share

Pengacara dan penyampai radio, Feeya Iskandar, tampil memberikan respons apabila ada pihak yang mendakwa dia masih mampu bertahan sebagai penyampai radio hingga ke hari ini kerana mempunyai pengaruh atau ‘cable’ yang kuat.

Menurut Feeya, atau nama sebenarnya Nor Shafiza Iskandar Azizan, soal rezeki tidak seharusnya dipertikaikan.

Jelasnya, dia hanya berusaha mencari pendapatan yang halal demi menyara keluarga.

“Rezeki ini amanah, bukan untuk dipersoalkan. Saya cuma buat kerja saya.

“Saya cuma seorang anak yang nak bantu mak ayah, seorang isteri dan ibu yang cari rezeki halal untuk keluarga,” tulisnya.

Luahan tersebut dikongsikan oleh penyampai radio Suria FM itu menerusi satu hantaran di TikTok.

Fokus Kerjaya & Sokongan Netizen

Dalam pada itu, Feeya memaklumkan dia tidak mahu terkesan dengan sebarang provokasi.

Sebaliknya, dia memilih untuk terus fokus menjalankan tanggungjawabnya sebaik mungkin.

“Itu saja tujuan saya. Apa pun orang kata, saya tetap buat kerja saya. Doakan yang baik-baik,” kongsinya lagi.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen menasihatinya agar tidak melayan komen negatif. Mereka juga menyifatkan Feeya sebagai antara penyampai radio terbaik di negara ini.

Berikut antara komen-komen netizen;

“Rezeki orang jangan dipertikai. Saya hari-hati dengar Geng Pagi Suria dan Cik Piah Pot Pet. Baru semangat nak kemas dan memasak di rumah.”

“Sebak suara Cik Pia ke udara hari ini. Kuat Cik Pia. Kenapa awak masih relavan? Sebab aura dan bakat Cik Pia tak pernah pudar. Dj yang sentiasa relevan sebab memang berbakat besar dalam industri ini. Teruskan dan kami sayang awak.”

“Rezeki dia. Dia jaga amanah sebaiknya dan satu lagi, susah nak dapat penyampai radio yang boleh gantikan Cik Piah ni. Tengok sahajalah dia kerja macam mana dan dia bukan hanya sekadar penyampai radio. Cik Piah juga hebat jugak menjual.”

“Cik Piah tak tipu. Kapsyennya tu sama seperti apa yang dikeluarkan dari mulutnya sendiri sewaktu live di radio pagi beberapa tahun lalu dan saya masih ingat. Orang jujur ni percakapan sama dan tak berubah.”

Terdahulu, Feeya memulakan kerjayanya sebagai penyampai radio pada tahun 2013.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini

Sumber & Kredit Foto: Instagram & Tik Tok Feeya Iskandar

Published by
Aizam Manaf