Pelakon, Redza Rosli,28, memilih untuk terus pandang ke depan dan menerima segala apa yang berlaku dalam sisi peribadinya sebelum ini sebagai penguat semangat.
Malah pemilik nama lengkap Ahmad Redza Rosli ini turut menyifatkan kini dirinya lebih matang.
“Setiap apa yang terjadi mungkin boleh terjadi pada orang lain juga. Bagi saya, kita tidak boleh lari daripada segala yang telah ditetapkan atau ditakdirkan.
“Apa yang saya letakkan pada diri, hidup perlu pandang ke depan. Saya tidak kisah apa yang orang nak cakap fasal saya kerana hanya saya yang tahu dan nilai diri sendiri.
“Saya terima dengan hati terbuka, buat saya lebih kuat dan matang untuk teruskan kehidupan,” katanya kepada MH.
Kini sibuk di lokasi drama rantaian terbaru lakonannya, Juliet untuk siaran RTM terbitan Zeel Production, Redza pada masa sama juga terbuka mengenai soal siapa jodohnya selepas ini.
“Saya sebenarnya tak minat sangat nak bercinta, sebab saya bukan senang nak suka terhadap seseorang perempuan.
Ads
“Saya tidak kisah soal siapa jodoh di masa depan sebab itu semua ketentuanNya. Lagipun bagi saya apa yang terjadi adalah sebab Dia nak uji sejauhmana hambaNya bersyukur.
“Mungkin Allah uji saya dengan kesusahan, untuk buatkan saya agar lebih berusaha.
“Mungkin juga Allah uji orang lain dengan kesenangan untuk melihat sejauhmana hambaNya bersyukur dengan apa yang ada,” katanya.
Ditanya mengenai dirinya kini rapat dengan mana-mana wanita ketika ini, Redza menjelaskan dia lebih selesa berkawan terlebih dahulu.
“Saya lebih suka berkawan dulu. Belum sedia nak bercinta, bagi saya ia buang masa nak suai kenal ni. Maksud saya macam ‘malas’.
Ads
“Daripada saya nak bercinta dengan orang lain, lebih baik saya ‘bercinta’ dengan keluarga sendiri,” jelas Redza lagi.
Sementara itu menerusi Juliet yang mempunyai 26 episod itu, Redza memegang watak sebagai Ashraf.
“Saya pegang watak sebagai Ashraf, anak tunggal yang disayangi. Bagaimanapun saya tidak tahu, bapa saya berkahwin dua dan mungkin saya punyai adik-beradik lain.
“Daripada situlah bermulanya konflik yang berlaku di dalam keluarga ini. Misalnya dari segi perhubungan, perebutan harga dan sebagainya.
Ads
“Saya teruja dengan drama ini sebab ia ada gandingan sama pelakon baru dan lama. Malah setiap kali mahu terima tawaran berlakon itu, saya lebih suka lihat kepada watak dan jalan ceritanya dulu.
“Soal memilih pelakon untuk digandingkan itu tidak, cuma saya memilih untuk sentiasa bekerja dengan orang baru. Mungkin daripada situ saya dapat ilmu serta pengalaman baru juga.
“Jika bergandingan dengan pelakon baru misalnya, saya tidaklah kedekut ilmu sebab ilmu yang saya dapat pun daripada pelakon senior juga seperti Zul Huzaimy, ibu Fauziah Nawi dan ramai lagi.
“Jadi ilmu yang saya ada, saya kongsikan misalnya kepada Rita Nadira semoga kami senang untuk kerjasama dalam drama ini.
“Biar masing-masing rasa selesa,” akhiri Redza yang bakal le lokasi drama Tak Sumpurna Mencintaimu untuk siaran Akasia juga terbitan Zeel Production selepas ini.
Juliet yang turut membariskan pelakon hebat lain seperti Rita Nadira, Rozita Che Wan, Haliza Misbun, Azza Elite, Sofia Ibrahim, Louisa Chong dan ramai lagi ini diarahkan oleh Datuk Ahmad Tamimi Siregar.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Usahawan dan pengacara terkenal, Neelofa mendedahkan dirinya bakal tampil dengan program televisyen terbaru berjudul Next To Neelofa.
Program yang akan bersiaran di Astro Ria itu bakal menampilkan aktor, Datuk Hans Isaac sebagai tetamu undangan bagi episod pertama.
Menurut Neelofa, ada banyak sebab mengapa dia memilih Datuk Hans untuk muncul di episod pertama programnya itu dan salah satunya adalah disebabkan untuk menjadi kayu pengukur bagi episod-episod seterusnya.
Banyak sebab kenapa Lofa pilih Hans Isaac to be my first guest for Next To Neelofa. Ive been telling him about the concept of the show since 5 years ago and of course he’s the perfect one to set the flow and pace. I hope you guys will love the first episode as much as i do. pic.twitter.com/OU5UUgnFWW
“Banyak sebab kenapa Lofa pilih Hans Isaac to be my first guest for Next To Neelofa.
“Ive been telling him about the concept of the show since 5 years ago and of course he’s the perfect one to set the flow and pace.
“I hope you guys will love the first episode as much as i do,” tulisnya.
Kenyataan tersebut dikongsikan oleh bekas pengacara program Meletop itu menerusi akaun Twitter miliknya.
Menerusi sebuah entri di ruangan Instagram pula, Neelofa ada menitipkan ucapan terima kasih buat Hans kerana sudi menjadi tetamu undangan program bual bicaranya itu.
Penceramah selebriti, Pencetus Ummah (PU) Azman ada memberikan penerangan mengenai isu rogol yang sedang hangat diperkatakan ketika ini dari sudut pandang Islam.
Menurut PU Azman, perogol akan dihukum sebagai pesalah dan cara wanita berpakaian pula bukanlah alasan untuk menghalalkan jenayah terkutuk ini.
Dalam fiqh Islam, perogol tetap dihukum sebagai pesalah. Perempuan seksi bukan alasan untuk "halalkan" jenayah rogol. Tapi perempuan seksi memang wajib tutup aurat. Bukan semata-mata nak elak dirogol, tetapi itu adalah perintah Allah.
“Dalam fiqh Islam, perogol tetap dihukum sebagai pesalah.
“Perempuan seksi bukan alasan untuk ‘halalkan’ jenayah rogol,” tulisnya.
Kenyataan tersebut dikongsikan oleh PU Azman menerusi akaun Twitter.
Tambah juara program Pencetus Ummah musim ke-2 itu lagi, wanita sememangnya wajib untuk menutup aurat bukan disebabkan untuk mengelak rogol tetapi kerana perintah Allah SWT.
“Tapi perempuan seksi memang wajib tutup aurat.
“Bukan semata-mata nak elak dirogol, tetapi itu adalah perintah Allah,” kongsinya lagi.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen memuji penerangan yang diberikan oleh PU Azman itu.
Baru-baru ini, isu jenayah rogol telah menjadi topik hangat sehingga telah menimbulkan perbalahan beberapa pihak di platform media sosial.
sumber: Twitter Pu Azman
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Usahawan yang juga jurulatih kecergasan, Coach Yin ada memuat naik foto wanita yang tidak didedahkan identitinya di Instagram, pada Selasa.
Lalu entri yang merakamkan figura gadis bertelekung itu nyata mengundang perhatian ramai, lebih-lebih lagi apabila pemilik nama lengkap Mohd Tishrrin Mohd Adnan itu memberikan bayangan si dia merupakan teman istimewanya.
Malah, Yin turut meminta ramai agar mendoakan yang terbaik.
“Saya sent gmbr ni dekat bonda sy..dia ckp. “manis orgnye,” tulisnya di ruangan kapsyen.
Lalu, warga maya turut memberikan reaksi masing-masing.
Sementara itu menerusi posting terdahulu, bintang media sosial asal Kelantan itu ada memuat naik sepotong video pendek yang memaparkan Yin membuat kejutan dengan menghadiahkan si dia seutas jam berjenama.
Pelakon dan aktivis seni, Datin Seri Umie Aida menzahirkan rasa sedih atas pemergian suami kepada rakan artis, Datin Seri Zizie Izette Abdul Samad, Allahyarham...