Penyanyi senior, Datuk Jamal Abdillah menegaskan dia akan terus menjalankan tanggungjawab sebagai seorang bapa untuk membiayai pengajian anaknya yang juga penyanyi, Zaki Yamani.
Menurut Jamal, dia juga akan sentiasa menyokong apa sahaja pilihan anaknya itu.
“Sejak kecil, Zaki memang jarang ada dengan saya. Dia banyak bersama ibunya. Sebagai seorang bapa yang tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan, saya sentiasa bersabar dan relakan apa sahaja kehendaknya.
“Mengenai biaya pelajarannya, sebagai bapa, saya akan teruskan,” katanya kepada MH.
Penyanyi lagu Kekasih Awal Dan Akhir itu berkata sedemikian ketika ditemui pada sidang media Konsert Amal Night of Love & Compassion, baru-baru inu.
Jelas Jamal lagi, meskipun jarang berkomunikasi, dia juga enggan menambah tekanan di dalam hidup anaknya itu.
“Sebelum ini, saya ada bertanya tentang keputusan SPM Zaki tapi dia tidak menjawab apa-apa. Sehingga hari ini saya tidak tahu bagaimana keputusannya.
“Nenek dia ada bagitahu saya yang Zaki mahu melanjutkan pengajian di UiTM dalam bidang muzik. Namun, agak susah untuk dia lepas syarat kelayakan kerana dia perlu mahir satu alat muzik.
“Jadi, dia pilih ke universiti swasta. Itulah yang saya dengar kerana saya tidak dapat berita apa-apa. Saya faham situasi ini. Keputusan di rumah dan ketika bersama ibu adalah berbeza.
“Untuk tidak mengeruhkan keadaan dan mengganggu kehidupan dia, saya biarkan dan ikuti sahaja perkembangannya,” ujarnya lagi.
Ditanya adakah dia mengambil maklum mengenai keputusan Zaki yang ingin menanggung sendiri biaya pelajarannya di universiti, ini reaksi Jamal;
“Kita sendiri tak tahu keputusan itu datang dari mana. Adakah itu keputusannya sendiri? Apapun, saya akan tetap reda dengan segala pilihan anak-anak.
“Terpulanglah kepada mereka. Kita tidak boleh paksa ikut acuan kita. Sama juga seperti saya ketika muda dahulu. Arwah ayah saya nak saya jadi lain tapi saya pilih bidang seni,” katanya lagi.
Pada masa sama, Jamal turut memaklumkan dirinya akan terus menjalankan tanggungjawab sebagai bapa selagi hayatnya masih ada.
“Itu memang tanggungjawab saya. Saya berhentikan seketika haritu kerana dia sudah habis bersekolah. Seperti Usamah, saya masih tanggung kerana dia nak melanjutkan pengajian degree.
“Malah, dia duduk bersama saya. Namun, Zaki pula tinggal bersama ibunya. Saya faham keadaan dan situasi semasa dia.
“Sebagai ayah, saya akan tetap jalankan tanggungjawab terutamanya ketika mereka ingin sambung belajar,” akhirinya.
Terdahulu, Zaki mendedahkan dia sanggup berhabis sebanyak RM40,000 untuk menyambung pengajiannya dalam bidang muzik di sebuah IPTS.
Tambah Zaki, dia juga tidak memberitahu mengenai perkara itu kepada Jamal dan berkongsi khabar itu dengan orang terdekat
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Tahniah diucapkan buat usahawan kosmetik, Eriyca Baiduri Abdul Rashid atau lebih mesra disapa sebagai Madammu yang akhirnya mengesahkan dirinya kini hamil tiga minggu.
Pengumuman tersebut dikongsikan penaja utama Anugerah Juara Lagu ke-36 (AJL36) lalu itu menerusi hantaran yang dimuat naik pengguna TikTok @syhimran, pada Selasa.
Menerusi video berkenaan, Madammu dilihat mengusap-ngusap ‘baby bump’ sambil berjalan menuju ke kereta untuk menghadiri sesi temu janji dengan doktor.
“Tapi umur dia dah tiga minggu dah,” katanya ringkas sejurus ditanya mengenai usia kehamilan.
Sementara itu menerusi platform sama, Madammu turut meluahkan rasa syukur memandangkan usia kandungannya kini sebenarnya sudah mencecah usia lima minggu.
“Alhamdulillah selepas 7 tahun penantian #ivf#ladyofnoirmalaysia #noir #5weekspregnant,” tulisnya menerusi ruangan kapsyen buat tatapan umum.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata peminat yang turut sama teruja mengucapkan tahniah buat Madammu dan suami, Muhammad Azri Che Noh kerana akhirnya usaha mereka untuk memiliki zuriat akhirnya dimakbulkan.
Ini antara komen yang ditinggalkan pada hantaran terbabit;
“Congratulations madammuuu @Noir I’m happy for you. Cikma faham perasaan menunggu. Lama tu. Semoga satu hari rezeki cikma jugak dapat zuriat.”
“Allah tiupkan malaikat kecil dalam rahim puan, Allah tarik malaikat kecil dalam rahim isteri saya. perancangan dan rahsia Allah tiada siapa tahu, tahniah.”
“Alhamdulillah. Saya doakan untuk semua ibu ibu pejuang dua garis, yang saya pula senang lekat, sampai always kena jaga jaga.”
“Seronoknya, tahniah Madammu. Semoga satu hari nanti Allah tiupkan juga malaikat kecil dalam perutku dan perut ibu-ibu ttc (‘Trying To Conceive’, wanita yang cuba untuk mengandung) yang lain, amin.”
Terdahulu, Madammu menerusi MH ada membuat perkongsian mengenai hasrat serta keterujaaannya bercerita mengenai proses Persenyawaan In Vitro (IVF).
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri berkongsi satu video di laman Instagramnya semalam menunjukkan anak sulungnya, Ammar Ahyan sedang dimarahi.
Dalam video itu keihatan Ammar menahan sedu saat dimarahi bapanya itu.
Bagaimanapun, di ruangan kapsyen, Aliff berkongsi kisah panjang di sebalik kelahiran Ammar di mana waktu itu dia dan isteri masih tidak punya apa-apa.
“Kehidupan berkeluarga ni pasti ada manis dan pahitkan. Dia di lahirkan guna duit compny saya tak mampu nak bayar bill pun… sbb kawin awal dan masih makan gaji rm1800.
“Time dia lahir hadiah 1pun x ada yg kasi. Berlainan dgn kelahiran yusoff yg dpt beribu hadiah..Disebalik kisah #ohabangkosmetik yg happy byk kisah yg sy x share di youtube saya.
“Sebenarya Kami memang tegas menjaga anak2 sbb mak syg garang sgt mcm singa dulu lah zaman muda (kalau vedio yom dan minah blh tak post mcm ni??).
“Haha ni vedio lama sbb hilangkan baju sukan kat sekolah yg bernilai rm29 kami nak dia hargai bukan senang nak cari duit dan tak nak ajar dia rasa jadi anak org senang.
“Kalau wife saya marah anak2 saya pujuk kalau sy pulak yg marah dia akan pujuk anak2.. kalau korang nak tau … Anak sy @ammar_ahyan memang istimewa dari dulu waktu dia kecil2 ramai org pelik sbb kepala besar dan berkulit gelap.
“Waktu dia lahir kami susah br nk menapak jual jamu dan kosmetik family x tolong jadi kena berniaga dari pasar dan rumah ke rumah.
“Saya selalu fikir, apa la nasib anak saya ni nanti dgn keadaan skrg semua nak ada pakej dan rupa yg lawa ..saya tak nak nasib yg sama mcm saya dan isteri bodoh dlm pelajaran.. jadi sy selalu nak dia rajin belajar kalau rupa kurang.
“Sampai skrg dia ni malas nak bergaya walapun bermacm baju dan selamat bagai sy beli ttp baju buruk dia suka pakai ..malah sampai laaa ni Saya selalu suruh grooming dan yakin diri, puas dh marah sampai nangis2 dia.
“Saya ni kalau marah anak2 korg semua taulah kan mcmana. Tapi Alhamdulillah, skrg ni antara ramai2 anak dia ni la yg paling laju membaca, pandai ni hafaz Quran, selalu dpt no 1 dlm kelas malah pernah dapat best studen dan mula dia siap Ada di bilbord.
“Saya bangga dgn apa yg dia mampu buat skrg walapun dia pemalu tpi dia Ada bakat utk menjadi org yg berjaya…Baru2 ni dia tlg saya promot produk lagi. Laju je ckp omputih, tak mcm saya terkial2 lagi nk berckp dan tua bebal nak belajar lagi.
“Apa pun #biarapaorgkata yg penting kita buat jee yg terbaik dan termampu utk family kita walapun org panjang hina yg penting x ganggu hidup org lain.. dn sy nak dia jadi lebih hebat dari @aliffsyukriterlajaklaris,” tulisnya panjang lebar.
Sebagai seorang bapa, tentulah Aliff mahukan yang terbaik buat anak-anaknya kan? Sebelum ini pun, Aliff dan isteri, Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid dipuji netizen kerana cara mereka mendidik anak-anak.
Apa-apapun, all the best MH ucapkan kepada keluarga Aliff!
Foto/Instagram: DS Aliff Syukri
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Menerusi Berita Harian, dikhabarkan pengarah filem Cinta Kita, Kamal Ishak telah menghembuskan nafas terakhir pada pukul 2.02 pagi di kediamannya di Kulim, Kedah.
Perkara itu disahkan anak bongsunya, Muhammad Aliff Iman Kamal, 22.
Jelas Alif, kesihatan bapanya mula merosot ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan dan lebih banyak terlantar di katil.
Tambahnya lagi, bapanya menghembuskan nafas terakhir di hadapan ibu dan adik beradik yang lain.
“Ayah sudah lama uzur, tetapi keadaannya bertambah teruk, sejak sebulan lalu.
“Sebelum ini, arwah masih boleh berjalan, tetapi tidaklah terlalu gagah. Dalam keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan, arwah boleh dikatakan aktif.
“Hari demi hari kesihatan arwah semakin merosot sejak tempoh PKP. Ayah langsung tak boleh menjamah makanan dan akan termuntah apabila disuap makan.
“Bagaimanapun, selera ayah agak baik, sejak beberapa minggu ini.
“Saya tak menyangka ayah akan pergi secepat ini memandangkan dua jam sebelum menutup mata, ayah masih boleh bangun dan berjalan ke tandas.
“Arwah dijangka dikebumikan, jam 11 pagi di Tanah Perkuburan Masjid Taman Haruan, Kulim, Kedah.
“Kemungkinan pengebumian arwah akan lambat sedikit bagi menunggu anak-anak dari Kuala Lumpur untuk menatap jenazah buat kali terakhir,” katanya seperti yang dipetik.
Allahyarham meninggalkan seorang balu, Wan Noor Wan Chik dan sembilan cahaya mata.
Antara naskah terkenal ialah Nur-Ar-Rahman, Pak Gad, Tunggu Sekejap dan Budak Kampong.
Sumber : Berita Harian
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Ketua Pengarah Penyiaran Malaysia, Datuk Suhaimi Sulaiman telah dilantik sebagai Profesor Adjung Universiti Teknologi MARA (UiTM) bagi Fakulti Komunikasi & Pengajian Media (FKPM).Pelantikan beliau...