Anak kepada pelakon Abby Abadi, Marrisa Dania Hakim, 19, berpendapat dia tidak boleh menghalang warganet daripada terus memberikan pelbagai reaksi terhadap setiap hantaran yang dikongsikannya di media sosial.
Menurut Marrisa, perkara itu tidak boleh dikawal, namun hanya mampu memberikan reaksi terhadap situasi tertentu sahaja.
“Apa sahaja yang datang kepada kita, kita tak boleh nak kawal. Cuma ia mungkin boleh dikawal dengan bagaimana kita jawab dan respon terhadap sesuatu perkara.
“Jadi bagi saya, bila ia terjadi, saya tak boleh nak buat apa-apa. Saya tiada niat untuk raih perhatian orang. Setiap apa yang saya kongsi itu adalah untuk saja-saja (diri-sendiri),” katanya.
Malah Marissa turut menjelaskan situasi sama terjadi kepada ibunya apabila setiap hantaran yang dimuat naik di media sosial menerima sorotan ramai.
“Sama juga dengan hantaran yang dibuat Mama. Bukannya dia mahu bercerita dan beritahu kepada semua orang. Sebaliknya ia adalah untuk diri-sendiri.
“Cuma mungkin ada yang menganggap perkara itu adalah sebaliknya, atau ada yang terasa dengan hantarannya,” katanya lagi.
Ads
Marissa berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran perisa baru Berryfull bersama Abby Abadi di Damansara pada Sabtu.
Sementara itu, ditanya mengenai tindakannya meninggalkan komen di Instagram ibunya mengenai tidak menjawap pesanan WhatsApp, Marissa berkata niatnya hanyalah untuk bergurau.
“Saya dan mama tak ada apa pun sebenarnya. Memang saya nak menghubungi mama, tetapi niat saya ketika itu hanyalah untuk bergurau.
“Kami okay sahaja. Tempoh hari, mengenai perkara itu ada sebablah dan tak ada apa pun,” katanya.
Ads
Sementara itu, berkongsi keadaanya yang baru kehilangan bayi sulung bulan lalu, Marissa berkata dia dan suami reda dengan pemergian bayi itu.
“Tentulah kami sedih kerana kehilangan anak tapi kena kuatlah.
“Saya dan suami okay. Kami bersama-sama harungi dugaan ini dan anggap dah tak ada rezeki, jadi nak buat macam mana?” katanya.
Ads
Terdahulu, Marissa sebelum ini dikejarkan ke sebuah hospital apabila mengadu sakit perut selepas menghadiri sebuah acara pelancaran produk.
Susulan itu, Marissa dilaporkan bersalin ketika usia kandungannya berusia enam bulan namun bayi pra matang dilahirkan tidak dapat diselamatkan dan meninggal dunia.
Marissa yang juga isteri kedua Ahmad Aslam sebelum itu dikatakan mengadu sakit perut sebelum dibawa ke hospital bagi menjalani pemeriksaan.
Namun, bayi sulung mereka meninggal dunia ketika dilahirkan dan selamat dikebumikan sehari kemudian.
Marissa bernikah dengan Ahmad Aslam di Songkhla, Thailand pada 27 Disember 2023 sekali gus bergelar madu kepada isteri pertama lelaki terbabit iaitu Umisya Mazlan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon dan model, Meerqeen berkongsi cerita mengenai kisah hubungan percintaan bersama bekas kekasih yang telah berakhir sebelum ini.
Finalis Hero Remaja 2020 ini mengakui, dia sebelum ini berasa sukar untuk ‘move on’ selepas hubungan yang sedia terjalin selama hampir tiga tahun itu berakhir.
“Saya ni jenis bercinta untuk kahwin dan saya tak suka bila orang lain lukakan hati saya. Kita semua tahu macam mana perasaan bila dikhianati dengan pasangan.
“Jadi sebagai seorang lelaki, saya akui yang saya susah untuk ‘move on’ lepas putus cinta. Pada saya, orang lelaki ni mungkin dalam sebulan pertama lepas putus mungkin dia tak rasa akan kehilangan itu…
“Tapi bila dalam tiga atau empat bulan selepas itu, rasa kehilangan dan kesunyian itu mungkin wujud sebab saya rasa orang lelaki ni agar sukar nak ‘move on’. Itu pendapat sayalah.
“Apa pun, dalam tempoh tiga tahun bersama, diakui kami ada perasaan yang kuat dan sering bercakap soal kehidupan bersama. Namun kita hanya mampu merancang,” katanya.
Malah, Meerqeen atau nama sebenarnya atau nama sebenarnya, Muhammad Shameer Shauqeen Saiful Izam turut mendedahkan, dia ambil masa kira-kira 2 tahun untuk kembali bangkit selepas gagal dalam perhubungan sebelum ini.
“Sejujurnya saya ambil masa yang agak lama untuk ‘move on’, lebih kurang dalam tempoh 2 tahun.
“Hubungan percintaan itu agak serius sebab kami masing-masing kian matang. Cuma saya tak jangka akan berlakunya perpisahan sebab ia terjadi secara tiba-tiba.
“Iyalah, ketika itu saya masih belum bersedia untuk berpisah sebenarnya sebab kami tak pernah bergaduh pun sebelum ini,” katanya yang tidak mahu memikirkan lagi soal berkenaan kerana hanya mahu fokus pada kerjaya.
Dalam perkembangan lain, Meerqeen muncul dengan single sulung berjudul Menunggu yang sekaligus menjadi percubaan pertamanya dalam bidang nyanyian pula.
Menunggu ciptaan Aliff Iskandar itu boleh didapati di semua pelantar digital dan video liriknya sudah ditayangkan di saluran YouTube Indigital Music, sejak semalam.
Foto: Instagram Meerqeen
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Usahawan dan pelawak, Shuib memaklumkan anak bongsunya, Ayash Affan yang lahir secara pramatang pada 6 Ogos lalu sudah dikeluarkan dari inkubator di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Universiti Kebangsaan Malaysia, dua hari lalu.
Menurut Shuib, bayi lelaki yang kini berusia 3 minggu itu berkenaan menunjukkkan perkembangan yang baik selepas dikeluarkan dari Inkubator.
“Alhamdulillah, ‘baby’ dah pun dikeluarkan dari inkubator sejak dua hari lalu. Berat makin naik, alhamdulillah dia juga dah mula minum susu ibu (daripada sepupu Shuib).
“Begitulah perkembangannya dan doktor cakap dalam masa kira-kira tiga minggu, insya-Allah dia akan keluar (dibawa pulang ke rumah),” katanya memetik Harian Metro.
Sementara itu, Shuib baru-baru ini turut dilaporkan sudah bertemu calon sesuai untuk menjadi ibu susuan buat Ayash iaitu sepupunya sendiri.
“Syukur kepada Allah apabila dalam kalangan keluarga saya ada sepupu yang baru melahirkan anak kira-kira enam bulan lalu dan dialah ibu susuan Ayash,” katanya.
Terdahulu pada 9 Ogos lalu, isteri kepada bintang berkenaan yang juga penyanyi Siti Sarah Raissuddin telah meninggal dunia akibat Covid-19 di Unit Rawatan Rapi (ICU) HCTM.
Pasangan selebriti ini mendirikan rumah tangga pada 26 Februari 2011 dan dikurniakan empat cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, Dzahira Talita Zahra, Ariq Matin, dan Ayash Affan.
Sumber: Harian Metro
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pasangan penyanyi popular Indonesia, Mahalini Raharja dan Rizky Febian telah selamat menimang cahaya mata sulung pada 15 Februari yang lalu.
Berita gembira itu dikongsikan sendiri oleh pasangan tersebut dalam satu hantaran di laman Instagram sehari selepas anak mereka dilahirkan.
“Bismillahirahmanirahim. Telah lahir buah hati kami, Zairee Selina Quinlyn Kareema Febian dengan selamat walafiat pada tanggal 15 Februari 2025. Selamat datang bintang kecil,” tulis mereka.
Selain itu, pasangan bahagia itu turut mendoakan agar anak pertama mereka itu membesar sebagai individu yang berbakti dan solehah.
“Semoga kelak menjadi anak yg berbakti, solehah, dan memberikan berkah untuk orang banyak ya nak. Mohon doanya semuanya,” sambung mereka lagi.
Sekadar info, Mahalini dan Rizky Febian telah mendirikan rumah tangga pada 10 Mei 2024 dalam satu majlis di Jakarta.
Walaupun begitu, pasangan ini melakukan akad nikah sekali lagi pada 27 Disember tahun yang sama atas alasan akad terdahulu tidak sah dari sudut undang-undang syariah Indonesia.
Sebelum berkahwin dengan Rizky, Mahalini yang merupakan anak jati Bali merupakan penganut agama Hindu.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
"Selalunya benda yang baik ini (ke arah fasa perkahwinan), kita nak cepatlah.”
Itu kata usahawan, Ezwan Zain atau dikenali sebagai Mr E, 44, selepas ditanya...