Pada penghujung November tahun lalu, Paris Hilton mengumumkan yang dia sudah menimang cahaya mata kedua. Walaupun mendedahkan jantina sebagai perempuan namun dia tidak mendedahkan wajah anaknya itu kepada umum.

Hanya selepas lima bulan, akhirnya penyanyi, model dan usahawan itu mendedahkan wajah serta nama penuh puterinya itu.

Diberi nama London Marilyn Hilton-Reum, Paris dilihat bangga memangku anak perempuannya dalam satu hantaran di Instagram kelmarin.

“Memperkenalkan London Marilyn Hilton-Reum. Sepanjang ingatan saya, saya selalu mengimpikan untuk memiliki anak perempuan yang dinamakan London. Saya sangat bersyukur dia berada di sini akhirnya.

“Saya sangat menghargai momen bersama saat kami meluangkan masa bersama. Bersama Pheonix, mereka berdua telah menunjukkan kepada saya betapa mendalamnya sebuah kasih sayang setelah bergelar ibu,” kongsi wanita berusia 43 tahun mengenai anaknya.

Sekali Lagi Guna Ibu Tumpang, Paris Hilton Dedah Kepada Umum Wajah Anak Kedua

IKLAN

 

BACA JUGA: Kecewa Fizikal Anak Jadi Bahan Kejian Netizen, Paris Hilton Terasa Hati

Terinspirasi dengan fasa bergelar seorang ibu, Paris telah melancarkan sebuah lagu baharu bersama penyanyi dan komposer tekenal, Sia. Lagu yang diberi judul Fame Won’t Love itu disifatkan sebagai sebuah lagu yang sangat peribadi baginya.

IKLAN

“Lagu ini bertindak sebagai satu peringatan tentang ikatan dan perasaan yang ada kepada anak, suami dan keluarga saya. Ia lebih berharga mengatasi segala-galanya di dunia.

“Lagu ini menjadi sebuah lagu rasmi yang memperkasakan anda untuk memegang hubungan suci anda dekat di hati sama ada dengan kelaurga, sahabat dan juga diri sendiri,” ujarnya bercerita tentang lagu tersebut.

Imbas kembali, sebelum London, Paris terlebih dahulu memiliki seorang anak lelaki yang diberi nama Pheonix Barron Hilton-Reum yang dilahirkan pada Januari 2023 dan kini berusia 15 bulan.

IKLAN

Ini bermakna London berkongsi tahun kelahiran yang sama dengan Pheonix dan beza usia mereka hanyalah 10 bulan. Menurut laporan, Paris menggunakan khidmat ibu tumpang atas faktor kesihatannya yang tidak mengizinkan.

++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI