
Malam bersejarah tercipta buat pelakon Anna Jobling apabila dinobatkan sebagai penerima trofi Outstanding Asian Star – Malaysia di pentas berprestij Seoul International Drama Awards 2025 (SDA) yang berlangsung di Yeouido KBS Hall, Seoul, Korea Selatan.
Majlis penuh gemilang itu turut disiarkan secara langsung menerusi saluran SBS TV.
Kemenangan ini membuktikan kehebatan Anna sebagai bintang yang bukan sahaja memikat hati penonton Malaysia menerusi lakonan berkesan dalam drama Hai Cinta, Dengarkanlah!, malah berjaya menawan perhatian peminat antarabangsa.
Dengan pengiktirafan ini, Anna kini berdiri sebaris dengan bintang-bintang Asia lain yang turut diiktiraf di pentas global melalui SDA, salah satu anugerah drama paling berprestij dunia.
“Saya benar-benar terharu dan amat bersyukur atas pengiktirafan ini. Terima kasih kepada Seoul International Drama Awards kerana membuka ruang untuk Malaysia bersinar di pentas antarabangsa.
“Kemenangan ini sangat bermakna kerana ia bukan sahaja untuk diri saya, tetapi untuk seluruh peminat, keluarga, serta pasukan produksi yang tidak pernah berhenti menyokong saya.
“Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Tonton dan TV3 kerana sentiasa menjadi sebahagian daripada perjalanan seni saya.
“Trofi ini adalah kebanggaan bersama, hadiah istimewa yang saya bawa pulang untuk Malaysia,” luah Anna.

Kemenangan Diraikan
Dalam pada itu, kejayaan ini sekaligus membuka lembaran baharu buat Anna yang semakin melangkah jauh ke arena antarabangsa selepas mencipta nama di tanah air.
Sebagai bintang muda yang sedang bersinar, Anna juga berazam untuk menjadi inspirasi kepada generasi pelakon baharu Malaysia agar berani bermimpi besar dan menapak lebih jauh.
Baginya lagi, kemenangan ini bukan sekadar pengiktirafan peribadi, tetapi simbol bahawa industri seni lakonan Malaysia kini semakin mendapat tempat di pentas global.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!




