“Saya belum hamil, saja buat sebab suami belikan ujian kehamilam,” itu kata penyanyi, Kaka Azraff apabila menjelaskan mengenai sepotong video yang yang dimuat naik suaminya, Adam Azraff menerusi Insta Stories, minggu lalu.

Video yang dimuat naik itu menimbulkan spekulasi netizen memandangkan usia perkahwinan mereka belum cecah sebulan.

“Memang sengaja saya minta isteri buat sebab dia asyik mengadu sakit perut,” jelas suaminya.

Kaka bagaimanana pun seloroh mengakui dia sengaja ‘speku’ diri mengandung kerana tidak mahu melakukan kerja rumah.

“Biasalah, kami bergurau. Lazimnya sekarang kalau suami minta itu ini, saya akan cakap padanya ‘sayang i tak larat, i lan pregnant.

IKLAN

“Jadi bila dah banyak kali saya mengadu hal sama, lalu suami pun belikan kit ujian kehamilan dan saya secara spontan lakukan ujian, ia negatif.

“Saja gurau-gurau,” katanya kepada MH.

IKLAN

Ditanya mengenai soal zuriat, pasangan ini tidak merancang, sebaliknya menyerahkan soal anak kepadaNya.

“Kaka memang sukakan kanak-kanak, jadi saya terima saja kalau dapat zuriat cepat,” jelas Adam pula.

IKLAN

Terdahulu, pasangan ini ditemui pada majlis pengenalan visual produk Airish Cosmetics dan sambutan ulang tahun ke-35 pengasasnya, Datin Jann.

Majlis turut diserikan dengan kehadiran beberapa orang tetamu VIP antaranya Yang Berbahagia Profesor Emeritus Tan Sri Dato’ Sri Ir. Dr. Sahol Hamid bin Abu Bakar di Hotel Royal Chulan, Kuala Lumpur.

Selain Kaka, turut sama membuat persembahan ialah Datuk Hattan dan UNIC.

Foto: Instagram Kaka Azraff

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI