Penyanyi Aliff Iskandar, 21, atau nama sebenarnya Nor Aliff Iskandar Norazmi mengakui dia mempunyai prinsip tersendiri dalam membina kerjaya seninya.
Ditanya sama ada dia cenderung untuk mencipta gosip, gimik atau ‘buat content’ demi glamor, bintang yang kini muncul dengan single Takdir itu memilih untuk terus percaya kepada rezeki.
“Saya akan fikirkan terlebih dulu sama ada ia boleh jejaskan maruah atau sebaliknya. Yang penting saya sebolehnya mahu menjaga nama baik dan orang di sekeliling saya.
“Tambahan pula saya bakal guru, jadi itu jawapan paling relevan mengapa saya pilih untuk tidak terlalu terdesak untuk melakukan perkara tersebut.
“Rasanya masih banyak lagi cara dalam soal bina karier. Saya percaya dengan rezeki yang Allah bagi,” kata ‘top 5’ Artis Baharu Lelaki Popular pada Anugerah Bintang Popular ke-34 itu.
Ads
Aliff pada masa sama tidak menafikan ada di antara kenalan yang turut memberi idea sedemikian sekiranya mahu meraih populariti dalam masa singkat.
“Ada juga yang beri cadangan untuk saya buat ‘begitu begini’. Misalnya buat joget-joget atau guling-guling di TikTok. Akan tetapi saya tetap akan jelaskan pendirian yang sama.
“Apa pun, setiap pandangan orang berbeza-beza kan? Mungkin dia melihat dari sisi lain dan begitu juga dengan saya. Terpulanglah kepada diri masing-masing.
“Bagi saya, ia bergantung pada situasi. Misalnya kalau perlu saya menari dengan irama yang betul kerana komitmen dalam pertandingan dan sebagainya, itu lain cerita,” katanya lagi.
Ads
Dalam pada itu, berkongsi mengenai penghasilan single Takdir, Aliff berkata lagu itu merupakan karya ciptaannya, manakala lirik dihasilkan bersama penerbit, Jaja Ishak.
Lagu yang merungkap soal hubungan cinta yang tidak kesampaian itu turut menjadi runut bunyi untuk drama Saat Ku Takluk Cinta Ini, bersiaran di slot Samarinda TV3 bermula 20 Disember lalu.
Ads
“Sebagai orang baru, saya rasa gembira dan bersyukur bila Jaja mahu lagu ini menjadi runut bunyi drama terbitannya. Lagu ini diinspirasikan daripada kisah orang sekeliling saya.
“Apabila saya menulis lirik Takdir, saya membayangkan sebuah perhubungan. Ini kerana, tiap orang mampu merencanakan hubungan apa yang mereka mahu tetapi pada akhirnya, takdir jua penentu segala,” katanya.
Takdir merupakan lagu terbitan Jaja Ishak Channel dengan kerjasama Indigital Music serta Alternate Records.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Menerusi ruangan komen pula, rata-rata turut menitip ucapan hari jadi buat ibu kepada hos Big Stage ini.
Dalam perkembangan lain, Alif bakal menggalas tanggungjawab sebagai pengacara Anugerah MeleTOP Era 2020 (AME2020), bersama-sama Nabil dan Jihan Muse.
Bertemakan ‘Yang Epik, Yang Legend’, AME 2020 dijadualkan berlangsung pada 12 April ini di Axiata Arena, Bukit Jalil, Kuala Lumpur pukul 9 malam di Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123).
Foto : Instagram Alif Satar
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Lagi berbaki dua hari untuk menyambut Ramadan, namun Ariz Forteen berkongsi perkhabaran duka apabila bapanya, Haji Abdul Hamid telah meninggal dunia pada 22 April pada pukul 11.00 pagi.
Walau bagaimanapun tiada sebarang punca dinyatakan.
“Al-fatihah buat pemergian Abah saya, Haji Abdul Hamid bin Haji Ibrahim pada jam 11 pagi tadi.
“Semoga rohnya ditempatkan bersama mereka yang beriman dan beramal soleh. Amin,” kongsinya.
Baru-baru ini satu trend di laman sosial Twitter yang mana kebanyakan individu berusia 30 tahun ke atas berkongsi atau ‘flex’ gambar terbaharu mereka dengan menyatakan usia sebenar masing-masing.
Salah seorang yang tidak ketinggalan menyertai sama ‘hype’ tersebut ialah pelakon Datin Sofia Jane yang kini meniti usia 51 tahun.
Pelakon kacukan Melayu-Inggeris itu turut memuat naik foto terbaharunya selain berbangga dengan proses penuaan (aging) yang pastinya akan berlaku kepada setiap individu apabila usia semakin meningkat dari tahun ke tahun.
Meninjau di ruangan komen balas, ramai peminat tidak menyangka aktres itu kini sudah mencecah usia 51 tahun kerana wajahnya yang kelihatan awet muda.
“How do you not even aging?” tanya seorang netizen sebelum dijawab Sofia, “Ageing happily” (menikmati hari hari tua dengan gembira).
Sofia turut berpesan kepada peminatnya yang kehidupan ini adalah singkat, jadi gunakan masa yang ada dengan menikmati proses kehidupan dengan ceria dan sebaiknya.
Untuk rekod, Sofia mendirikan rumah tangga dengan Datuk Meor Zain Azman Mohamad Taib pada9 September 1995.
Hasil perkahwinan, Sofia dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Arissa, Khadijah dan Soraya.
Antara filem hebat lakonan Sofia yang sehingga kini masih menjadi sebutan ramai ialah seperti Perempuan, Isteri dan…, Sayang Salmah dan Kekasih Awal Dan Akhir yang kesemuanya diterbitkan pada awal tahun 90-an.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon Nora Danish menzahirkan rasa syukur apabila anak sulungnya, Putra Rayqal Ramli, berjaya menamatkan pengajian di Kolej Tuanku Ja’afar, Negeri Sembilan, baru-baru ini.
Turut hadir...