“Satu Telah Pergi Sebelumku,” – Talha Harith Harap Nyawanya Diambil Terlebih Dulu

Share

Semalam merupakan Hari Ibu bagi memperingati insan yang telah melahirkan dan membesarkan kita.

Justeru, orang ramai termasuk para selebriti turut menitip ucapan manis buat ibu masing-masing dengan dengan tawa, peluk dan cium lalu dikongsikan di media sosial.

Bagaimanapun, pelakon Talha Harith Amir telah menitip ucapan sedih buat ibu tercinta yang telah kembali ke rahmatullah.

“Tanpa beliau berdua tiada nya saya disini… besar jasa beliau namun sehingga kini aku masih merasakan aku tidak lagi dpt membahagiakan mereka … namun satu perkara yg ingin mereka tahu bahawa Aku amat menyayangi mereka…

“Satu telah pergi sebelum ku ,aku harap ya Allah kali ini jika ingin kan lagi pilih lah aku dahulu sebelum nya,” tulisnya. 

Lalu, netizen terkesan dengan kapsyen dan gambar throwback yang dimuat naik pelakon drama Curi-Curi Cinta itu.

Lain orang, lain cara sambutan meraikan Hari Ibu. Semoga Harith tabah menghadapi ujian ini.

Foto : IG Talha

IKLAN