Para peminat muzik alternatif dan pop moden bakal dibawa menyelami gelora emosi mendalam pada 24 Januari depan menerusi konsert istimewa, ‘Malam Simfoni Luka.’
Konsert ini bakal menampilkan tiga nama besar iaitu For Revenge, Insomniacks dan Midnight Fusic yang akan berlangsung di Megastar Arena, Kuala Lumpur bermula jam 8 malam.
Konsert ini dijanjikan sebagai pengalaman sonik luar biasa yang menggabungkan unsur duka, cinta serta harapan melalui melodi dan lirik yang mencerminkan perjalanan jiwa generasi muda masa kini.
Gabungan hebat menerusi paduan tenaga For Revenge sebagai band post-hardcore dengan reputasi penuh emosi yang digandingkan pesona pop moden Insomniacks serta nuansa dreamy alternatif Midnight Fusic.
Ads
Ia pastinya menjadikan ‘Malam Simfoni Luka’ malam yang bakal menggetarkan jiwa setiap pencinta muzik tempatan dan serantau!
“Konsert ini bukan sekadar hiburan, tapi satu pertemuan emosi antara artis dan peminat.
“Ia tentang luka, tentang bangkit, dan tentang bagaimana muzik menjadi terapi,” ulas wakil penganjur dalam satu kenyataan.
Selain persembahan utama daripada tiga kumpulan ini, produksi ‘Malam Simfoni Luka’ turut akan diserikan dengan pencahayaan sinematik, susunan muzik live eksklusif serta visual khas.
Ads
Set hebat ini akan membawa penonton menyelami setiap bait emosi yang terkandung dalam lirik lagu yang dipersembahkan.
Tiket sudah pun mula dijual sejak 14 November lalu melalui laman rasmi www.ticket2u.com.my.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Konsert Gegar Vaganza musim ke-12 (GV12) minggu keempat malam tadi menyaksikan Datuk Elaine Kang & SHY8 diumumkan sebagai bintang yang tersingkir.
Menerusi persembahan duet bersama pasangan artis jemputan, masing-masing akur dengan keputusan berkenaan selepas menyampaikan lagu Yesterday Once More dan Siapa Dia Sebelum Daku.
Kedua-duanya akur dengan keputusan tersebut selepas berada di kedudukan paling rendah iaitu SHY8 dengan 52.00% dan Datuk Elaine Kang 46.75%.
Bagaimanapun, saingan minggu ini menyerlahkan kehebatan Iskandar Ismail yang berjaya berada di tempat pertama dengan markah keseluruhan sebanyak 84.25 peratus.
Persembahan mantapnya bersama Liza Aziz menerusi lagu I Want To Spend My Lifetime Loving You dinilai sebagai satu persembahan hebat oleh juri tetap, Datuk Ramli MS.
Berikut ialah senarai markah lengkap semua peserta GV12 minggu keempat:
Iskandar ft Liza Aziz:I Want To Spend My Lifetime Loving You (84.25%)
Nubhan ft Mawi:Kian (78.25%)
Krisya ft Azmi Saat:Fantasia Bulan Madu (69.00%)
Mendua ft Kaer Azami:Izinku Pergi (68.25%)
Mark Adam ft Mimifly:Jangan Kau Mimpi (66.25%)
Shae ft Tomok:Cari Jodoh (65.75%)
Mel Sakura ft Naqiu:Dua Insan Bercinta (65.50%)
Ruri Repvblik ft Didi Hijau Daun:Suara Ku Berharap (64.25%)
Freshies ft Ina Freshies & Mamat Exists:Rahsia Pohon Cemara (63.25%)
Rahmat Ekamatra ft Ayai Ilusi:Tiara (61.50%)
Korie ft Saiful Apek:Hanya Nyanyian Dalam Sepi (57.00%)
SHY8 ft Farahdiya:Siapa Dia Sebelum Daku (52.00%)
Datuk Elaine Kang ft Dia Fadila:Yesterday Once More (46.75%)
13 bintang GV12 terdiri daripada Nubhan, Mark Adam, Datuk Elaine Kang, Krisya, Korie, Rahmat Ekamatra, Mell Sakura dan Freshies (Ejie dan Shima).
Dari Indonesia, pentas GV12 diserikan oleh Shae, Ruri Repvblik serta trio Mendua (Pungky, Sasha & Diana), manakala Singapura bangga diwakili oleh Iskandar Ismail.
Menambah warna tersendiri, SHY8 tampil sebagai peserta wildcard musim ini, menjanjikan sentuhan seni yang unik serta kejutan segar dalam GV-Verse.
Gegar Vaganza tahun ini masih mengekalkan barisan juri profesional Datuk Syafinaz Selamat, Hetty Koes Endang dan Datuk Ramli MS, manakala Nabil Ahmad dan Sherry Alhadad mengendalikan acara sebagai pengacara utama.
GV12 bersiaran secara langsung dari MBSA Shah Alam setiap Ahad, jam 9 malam menerusi Astro Ria (104), bermula 2 November 2025 untuk tempoh 12 minggu.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Wakil Malaysia ke pertandingan Miss International 2025, Allyson Ee, bakal mengangkat martabat seni dan budaya negara apabila mempersembahkan kostum nasional kaya identiti tempatan di pertandingan berprestij tersebut yang berlangsung di Jepun.
Busana berwarna-warni yang dinamakan ‘Kurik Kundi’ itu adalah hasil kreativiti dua pereka, Faizal Azhar dan Helmy Sharip, yang mengekalkan elemen tradisi sebagai teras utama rekaan.
Berinspirasikan busana Puteri Perak, kostum berkenaan turut diperkemas dengan perhiasan Wau yang cukup sinonim dengan kebudayaan Melayu, menjadikannya tampil lebih bermakna dan berkarakter.
Keunikan rekaan terserlah melalui penggunaan fabrik songket, batik dan pua kumbu, tiga warisan tekstil yang menjadi lambang kepelbagaian budaya Malaysia.
Setiap helaian diolah dengan teliti bagi memberi penegasan terhadap mutu seni kraftangan tempatan yang semakin mendapat perhatian di arena antarabangsa.
Bagi mengukuhkan sisi dramatik dan nilai estetika, bahagian bahu kostum tersebut dihiasi elemen bunga kebangsaann iaitu Bunga Raya dan Bunga Bunga Pakma yang tumbuh di hutan Malaysia, sekali gus menambah daya tarikan visual ketika dipersembahkan di pentas.
Dengan pengalaman serta keyakinan yang dimiliki, gandingan Allyson bersama keunikan “Kurik Kundi” dijangka memberi impak positif dan memperlihatkan kekayaan budaya dan seni Malaysia.
++ Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi TikTok, Instagram, Facebook & Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Rumah produksi Kembara Sufi Production Sdn. Bhd kini menyusun perancangan untuk memperbanyakkan lagi program berbentuk travelog pelancongan yang menampilkan keindahan budaya serta panorama alam ciptaan Allah SWT.
Selain memperkenalkan lokasi dan destinasi percutian terbaharu yang jarang dikunjungi pelancong, Pengarah Urusan Kembara Sufi Sdn Bhd, Muhammad Al-Fadzil, menyifatkan dokumentari sebegini mampu menjadi medium informasi sambil menghayati kebesaran ciptaan Allah.
“Selain masih aktif menerbitkan tele-filem, pihak kami juga akan meneruskan projek baharu iaitu dengan menerbitkan rancangan travelog memandangkan kami mempunyai kelebihan menerusi Kembara Sufi Travel & Tours Sdn Bhd.
“Alang-alang teroka destinasi baharu, mengapa tidak untuk kita jayakan program sedemikian yang secara tak langsung boleh memperkenalkan destinasi ini kepada pelanggan kami.
“Sebab saya percaya, ada di antara kita yang lebih berminat untuk mengetahui destinasi percutian yang jarang-jarang diketahui umum berbanding lokasi popular yang sedia ada,” katanya yang turut mementingkan konsep patuh syariah dalam setiap karya yang dihasilkan.
Kembara Sufi Production Sdn. Bhd sebelum ini pernah menerbitkan beberapa siri travelog dan drama seperti Travelogue Backpakers Balkan, Travelogue Backpakers Mesir, Anak Sena, Terlajak Subuh dan banyak lagi.
Dalam perkembangan lain, pihak produksi itu juga bakal menerbitkan projek drama terbaharu yang sedang dalam peringkat perancangan bagi memperkukuhkan lagi portfolio kreatif mereka.
Dalam pada itu, Kembara Sufi Travel & Tours Sdn Bhd turut melakar sejarah apabila dianugerahkan Business Excellence in Travel and Tourism Services Award sempena Bumiputera Business Excellence Awards (BBEA) 2025, di Hotel Sheraton Kuala Lumpur, malam tadi.
Pencapaian ini menandakan detik membanggakan untuk terus komited memberikan pengalaman perjalanan bermakna, perkhidmatan berkualiti dan penyelesaian pelancongan yang berfokus kepada pelanggan di seluruh Malaysia.
Muhammad Al-Fadzil menzahirkan penghargaan atas pengiktirafan tersebut dan menganggapnya sebagai satu kejayaan yang besar.
“Anugerah ini lebih daripada sekadar pengiktirafan tetapi mencerminkan kepercayaan para pelancong yang telah bersama kami sejak dahulu.
“Setiap perjalanan kami rangka dan urus berpandukan keyakinan bahawa pengembaraan harus memberi makna, keselamatan dan pengalaman.
“Kami amat bersyukur menerima penghormatan ini dan ia memberi semangat untuk terus berkhidmat dengan keikhlasan dan penuh komitmen,” katanya.
Sebagai sebuah ‘gergasi’ kembara, mereka memberi penekanan terhadap aspek makanan halal, waktu solat dan cara bersuci untuk mereka yang bermusafir, selain sesi perkongsian berkaitan sejarah tempat lawatan dan ilmu fiqh pengembaraan oleh ketua rombongan.
Pendekatan itu telah membantu membina komuniti pelanggan setia dan mengukuhkan kedudukan dalam industri pelancongan Malaysia yang semakin kompetitif.
“Industri pelancongan bukan sekadar melihat tempat baharu tetapi ia tentang hubungan, pembelajaran dan mencipta kenangan.
“Kami berbangga dapat menjadi sebahagian daripada pengalaman itu dan bekerja keras agar setiap perjalanan menjadi lancar dan bermakna,” jelasnya lagi.
Tambah beliau, beberapa perancangan khusus telah dirangka bagi memperluaskan perkhidmatan dan meraih kepercayaan pelanggan untuk kekal utuh sebagai jenama yang disegani.
“Fokus kami adalah untuk berkembang seiring dengan perubahan industri, namun tetap berpijak pada prinsip yang membentuk jenama ini.
“Justeru, anugerah yang diterima ini sudah tentu menjadi dorongan kuat untuk kami terus belajar, memperbaiki dan menyediakan perkhidmatan pelancongan yang boleh diharapkan oleh rakyat Malaysia,” katanya.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Bayangkan bagaimana seorang wanita menjalinkan hubungan cinta yang bermula dengan satu muslihat. Sudah tentu ia bukan sesuatu yang mudah dan memerlukan kekuatan jiwa yang...