Sarat Hamil 7 Bulan, Beby Maembong Mahu Jantina Kandungan Kekal Rahsia Hingga Bersalin – “Korang Rasa Boy Ke Girl?”

Share

Usahawan yang juga kakak kepada Emma Maembong iaitu Beby Maembong mahu merahsiakan jantina kandungannya yang kini berusia tujuh bulan.

Menurutnya, dia tidak mahu mendedahkan terlalu awal kerana mahu menjadi teka-teki bersama peminat.

“Alhamdulillah @bebyeejunior dah 29weeks @ 7bulan.

“Jantina sampai sekarang biarkan suprise sampai bersalin nanti.. Korg Rasa rasa boy ke girl?,” tulisnya.

Dalam masa sama, Beby berdoa agar diri dan kandungannya berada dalam keadaan baik dan sihat.

“Semoga baby mummy sihat dan membesar dengan sempurna dalam perut mummy.. Sbb mummy pon dah kembang sgt ni demi kamuuu.

“Excited Nak beli brg baby.. Tp satu apa belum beli lagi… Patut dah beli ke tunggu lagi?.

“Experience aisy dulu premature 32 minggu dia dah nak tgok dunia.
Tp alhamdulillah sihat dan sempurna,” tulisnya.

Untuk rekod,Beby dan suaminya, Nazri berkahwin pada 2008 dan dikurniakan empat orang cahaya mata.

Semoga urusan bersalin Beby Maembong dipermudahkan. Tak sabar nak tengok baby!

Foto: Instagram Beby Maembong

IKLAN