Persembahan konsisten memberikan kelebihan buat Sarah Suhairi hingga dinobatkan sebagai juara program realiti, Big Stage yang dipancarkan secara langsung dari Dewan Auditorium Majlis Perbandaran Shah Alam (MBSA), Shah Alam di Astro Ria dan Ria HD.

Dengan kemenangan yang diraih, penyanyi yang popular menerusi lagu Pedih itu membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM100,000 berserta trofi.

Tempat kedua yang menawarkan hadiah wang tunai RM50,000 dan trofi pula disandang Syafiq Farhain.

Afieq Shazwan diumumkan sebagai pemenang tempat ketiga bersama ganjaran wang tunai Sebanyak RM25,000 serta trofi.

Ads

Wani Kayrie pula menduduki tempat keempat sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai RM10,000 berserta trofi dengan pungutan markah sebanyak 62.15 peratus.

Sementara Baby Shima di tempat kelima dengan membawa pulang wang tunai RM5,000.

Ads

Mengulas kemenangan itu dalam program yang mempertaruhkan bakat penyanyi angkatan baru itu, Sarah mengharapkan ia mampu membawa tuah buat dirinya untuk meneruskan kerjaya seni di masa akan datang.

“Harapan saya selepas ini adalah untuk terus menstabilkan kerjaya sebagai seorang penyanyi meski boleh dikatakan masih baru.

 

Bersyukur dan terima kasih pada keluarga, peminat, para cikgu dan semua krew terlibat. Pertandingan ini juga diharap menjadi medan untuk saya terus memacu kerjaya, insyaAllah,” katanya kepada MH.

Program Big Stage dihoskan oleh Alif Satar dan Sherry Alhadad, sementara penyanyi senior, Faizal Tahir dan Datuk Seri Siti Nurhaliza bertindak sebagai juri tetap.

Ads

Mas Idayu dan Mark Adam pula dijemput sebagai juri jemputan.

Saksikan sedutan sidang media final Big Stage menerusi FB Live MH.

#MHLive PC Big Stage Final

Posted by MEDIA HIBURAN on Sunday, 23 September 2018

Kredit Foto: IG Astro Gempak

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI