Bersempena dengan ulang tahun kelahiran, pelakon dan usahawan Zarina Zainuddin menitipkan ucapan buat pasangan anak kembarnya, Muhammad Razil Azrai dan Muhammad Raizal Azrai.
Genap menjangkau usia 26 tahun, Zarina atau nama lengkapnya Nur Zarina Zainuddin berkongsi titipan buat anak istimewanya itu menerusi hantaran terkini di Instagram.
Menerusi posting sama, Zarina menyifatkan mereka sebagai anak yang taat, rajin berkerja dan tidak boros berbelanja.
Apa yang menarik, pelakon berusia 51 tahun ini turut berseloroh soal jodoh buat anaknya.
“Happy birthday my Azal, Azil 26 years old now. Dah boleh jawin boss sorang ni. Siapa nak kawin dengan Azal angkat tangan.
Ads
“Azal anak yang taat dan rajin bekerja, tak membazir duit dan masa. Moto hidup Azal, dont waste my time.
“Malam ni nak dinner kat mana yea semperna birthday Azal,” tulisnya.
Sekadar informasi, Zarina diijabkabul dengan suami Datuk Seri Abdul Raihan Wan Jaafar pada 13 Julai 1993.
Hasil perkongsian hidup bersama mereka dikurniakan empat cahaya mata, iaitu pasangan kembar Muhammad Razil Azrai dan Muhammad Raizal Azrai, 26, serta Muhammad Naim Azraidan, 18, dan Muhammad Adam Azrai, 15 tahun.
Ads
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Zarina Zainuddin
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi dan penulis lagu, Faizal Tahir berharap agar anak-anaknya berfikir panjang terlebih dahulu sebelum mahu mengikut jejak langkahnya untuk meceburkan diri di dalam industri seni.
Menurut Faizal, mereka yang melibatkan diri didalam dunia seni ini harus mempunyai kekuatan mental dan fizikal.
“Saya tidak akan menentang tapi saya akan cuba nasihat ada pilihan dan pekerjaan yang lebih baik.
“Orang yang nak masuk industri ini, mereka kena kuat daripada segala aspek,” katanya kepada MH.
Katanya lagi, dia juga sudah mengambil iktibar daripada segala kontroversi yang pernah melanda dirinya sebelum ini.
“Ambil contoh, isu yang melibatkan saya ketika konsert 8TV 12 tahun lalu, di mana saya buka baju.
“Saya bernasib baik kerana pada ketika itu sosial media belum betul-betul digunakan oleh orang ramai. Ramai masih baca surat khabar. Masa itu boleh dikira agak teruk.
“Hampir sebulan saya masuk surat khabar. Siap muka depan lagi. Itu baru surat khabar.
“Bayangkan macam mana kalau sosial media dah berleluasa masa tu?
Mampus saya, rasanya saya dah balik kampung buat kerja lain,” jelasnya lagi.
Ketika ditanya adakah insiden buka baju itu masih berbekas di hatinya, penyanyi lagu Sampai Syurga ini memberitahu, segala apa yang diperkatakan adalah teguran buat diri sendiri.
“Tidaklah. Saya sebenarnya hanya suka bergurau. Apapun yang saya kata, semuanya ditujukan kepada diri sendiri.
“Biar orang tahu apa yang saya sebuat sebenarnya bukan untuk hemtam orang lain tapi untuk hentam diri sendiri,” akhirinya.
Terdahulu, Faizal baru sahaja melancarkan single terbarunya hasil kolaborasi bersama penyanyi, Amira Othman menerusi lagu Alah Bisa.
Single Alah Bisa kini sudah boleh mula didengari di seluruh platform penstriman manakala muzik videonya pula boleh ditonton di saluran Youtube Faizal Tahir.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon, Diana Amir akui teruja saat melihat anak-anaknya bersemangat untuk mempelajari ilmu menunggang kuda yang juga merupakan salah satu sunnah Baginda Rasulullah SAW.
Menurut Diana, meskipun ini merupakan kali pertama anak-anaknya itu melakukan aktiviti berkuda, namun tiada sedikit pun rasa gentar yang ditunjukkan oleh mereka.
“Anak-anak first time nak bermanja dengan kuda, alhamdulillah diorang tak takut. Hype kan diorang dari semalam and bila jumpa tu diorang rasa sayang dekat kuda.
“Cuma kesian Khadija 5 tahun. Tempat kitorang pergi semalam 6 tahun ke atas je boleh enroll horse riding session.
“Dia cuma boleh naik kuda yang jalan slow-slow tu, tapi Khadija nak belajar jadi pro juga lol. Ada tempat lain ke yang korang tau boleh bagi budak 5 tahun belajar? Boleh mummy nya join masuk kelas sekali,” tulisnya.
Kisah tersebut dikongsikan sendiri oleh pelakon filem, 7 Petala Cinta itu menerusi sebuah hantaran di laman Instagram.
Menerusi posting yang sama, Diana turut berkongsi beberapa video yang memaparkan telatah anak-anaknya sewaktu melakukan aktiviti bersama kuda.
Katanya lagi, dia juga sebolehnya mahu mendidik anak-anaknya itu untuk mencintai Rasulullah dengan mengikuti segala sunnah-sunnahnya sejak usia mereka masih kecil.
“Hidupkan sunnah berkuda dalam keluarga. Semoga anak-anak terus belajar dan memahami kelebihan dalam apa yang dicintai Nabi Muhammad SAW,” kongsinya lagi.
Terdahulu, Diana atau nama sebenar, Nurdiyana Amir Hisham mendirikan rumah tangga dengan Mohd Habibullah A Rahman pada 25 Oktober 2013.
Mereka dikurniakan tiga cahaya mata, Khaulah Al Azwar, Khadija Azzehra, dan Muhammad Khalid Al Habib.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Diana Amir
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi dan selebriti media sosial, Yazmin Aziz menzahirkan rasa syukur selepas impiannya memiliki kereta sendiri sebelum usia 21 tahun akhirnya menjadi kenyataan.
Menurut Yazmin, sejak berpindah ke Malaysia, dia sekeluarga bergantung harap pada sebuah kecil dan ada kalanya dia terpaksa menggunakan perkhidmatan kereta sewa atau e-hailing.
“Saya berdoa agar detik ini berlaku. Semenjak berpindah ke Malaysia daripada Manila sejak 10 tahun yang lalu, keluarga saya kalau pergi ke mana-mana, akan menaiki Myvi.
“Usianya lebih tua daripada adik perempuan saya. Kereta ini telah berkhidmat lama dan kami menyukainya.
“Bagaimanapun, keluarga kami sudah semakin besar dan masing-masing mula ada jadual sendiri. Untuk beberapa bulan sebelum ini, kami terpaksa meminjam kereta atau menggunakan perkhidmatan e-hailing,” tulisnya.
Kisah tersebut dikongsikan sendiri oleh bekas peserta Big Stage musim ke-4 itu menerusi hantaran terkini di laman Instagram.
Lantaran itu, bagi memberi keselesaan buat keluarganya, penyanyi kacukan Malaysia-Filipina itu bertekad untuk berkerja lebih keras demi merialisasikan impiannya itu.
“Kemudian, saya pasang impian untuk memiliki kereta sebelum usia saya mencapai 21 tahun. Tuhan memakbulkan permintaan saya sebelum hari lahir saya dan saya sangat-sangat bersyukur.
“Tak salah pun ada impian pada usia yang muda. Malah, impian itu juga yang membuatkan saya berkerja keras dan bersemangat bagi merialisasikannya apa yang saya inginkan buat diri sendiri.
“Kalau anda seperti saya, saya harap anda tak mudah mengalah. Jangan pernah berhenti bermimpi.
“Kalau anda tertanya-tanya, saya memang ingin memiliki sebuah kereta besar untuk keselesaan keluarga saya yang tercinta,” kongsinya lagi.
Sementara itu, Yazmin turut memaklumkan dia kini mahu mengalihkan fokus bagi memiliki rumah sendiri pula.
“Saya sangat berterima kasih kepada semua pihak yang telah menyokong saya selama ini. Terima kasih kerana jadi sebahagian daripada kisah saya.
“Seterusnya pula, saya mahu keluarga saya punyai rumah sendiri. Saya tahu perjalan ini tidak akan mudah tapi saya tidak akan berhenti berdoa dan bermimpi seterusnya berkerja keras untuk itu.
“Saya kini dalam usaha untuk mendapatkan lesen dan saya tidak akan memandu selagi urusan tersebut belum selesai.
“Saya bersyukur kerana memiliki ibu yang sentiasa ada mememani saya ke mana sahaja tempat yang saya ingin pergi,” akhirinya.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan selebriti turut tumpang gembira selain turut meluahkan rasa kagum dengan semangat yang ditunjukkan oleh Yazmin itu.
Sepanjang penglibatan dalam industri seni, Yazmin memiliki beberapa buah single seperti Soul Connection, Lihatlah dan Kosong.
Selain bergelar penyanyi, Yazmin juga aktif dalam menghasilkan konten-konten menarik di platform media sosial.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Yazmin Aziz
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon dan usahawan, Memey Suhaiza percaya setiap perkara yang berlaku dalam hidup pasti terselit hikmah, meskipun ada kalanya perlu berdepan pelbagai ujian dan cabaran.