Pelakon dan pengarah, Farid Kamil menyatakan rasa rindu yang amat berat terhadap dua orang anaknya, Muhammad dan Aurora.
Menerusi sebuah video yang dikongsikan di laman Instagram, Farid atau nama sebenarnya Farid Kamil Zahari memaklumkan dirinya sudah tidak mampu lagi untuk memendam perasaan tersebut.
“Rindunya pada mereka Ya Allah… sampaikan pada mereka ya Allah kerana aku tidak mampu,” tulisnya.
Video berkenaan memaparkan momen-momen indah ketika Farid sekeluarga sedang menunaikan ibadah umrah di Kota Suci, Mekah baru-baru ini.
Malah, foto isterinya yang juga merupakan pelakon, Diana Danielle turut dijadikan muka depan di video tersebut.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen memberikan kata-kata semangat selain turut mendoakan agar kemelut rumah tangga yang sedang dilalui Farid dan Diana dapat diperbaiki.
Ads
“InsyaAllah, semoga dipermudahkan urusan.
“Doa yang baik-baik. Hati ini milik Allah SWT.
“InsyaAllah Allah permudahkan. Banyakkan berdoa. Hubungan anak-anak dengan ayah tidak akan putus. Doa yang baik-baik.
“Ambil berkat bulan mulia ini berdoa bersungguh-sungguh. Minta bantuan Allah pemilik segala hati. InsyaAllah yakin.
Ads
“Sabar itu indah. Hadapi dugaan dengan senyuman. InsyaAllah ada kemanisan di sebalik kepahitan,” antara komen-komen netizen.
Sementara itu, menerusi sebuah posting berasingan, pelakon filem, Lagenda Budak Setan itu percaya segalanya akan baik-baik sahaja sekiranya di meletakkan sepenuh kepercayaan kepada Allah SWT.
“Alhamdulillah. Semuanya akan baik-baik sahaja. InsyaAllah. Ingatlah. Sesungguhnya kepunyaan Allah apa yang ada di langit dan di bumi. Sesungguh janji Allah itu pasti, tetapi kebanyakkan manusia tidak mengetahui,” ujarnya
Ads
Baru-baru ini, dunia hiburan tanah air digemparkan dengan berita Diana atau nama sebenarnya, Diana Danielle Danny Beeson memfailkan permohonan cerai terhadap Farid pada awal bulan ini.
Permohonan cerai tersebut atas alasan tiada persefahaman dan telah berlaku shiqaq (perbalahan berpanjangan).
Bagaimanapun, Farid enggan melafazkan cerai. Sehubungan itu, Hakim Syarie, Shukran Yusof memerintahkan pasangan itu untuk menjalani proses Jawatankuasa Pendamai (JKP).
Farid dan Diana mendirikan rumah tangga pada November 2012. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan sepasang cahaya mata, Muhammad dan Aurora.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Farid Kamil
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penerbit dan pengarah popular, Shahrulezad Mohameddin berpendapat bekas penyanyi Mizz Nina bijak di dalam mengawal ujian yang dihadapinya tanpa perlu membuka pekung sesiapa.
Menurut Shahrulezad yang sinonim disapa sebagai Budak Ijat, atas hal tersebut, wargamaya juga tidak turut sama terheret dalam membuat spekulasi yang boleh mendatangkan dosa.
“Mizz Nina jugak yang kelas. Senyap senyap dia dapat apa yang dia mahukan tanpa melondehkan aib masing masing di depan kita semua.
“Tahu tahu settle dan move on. Dan kita pun tak berdosa kepoh sama,” tulisnya menerusi sebuah hantaran yang dikongsikan di Facebook miliknya buat tatapan umum.
Sehingga kini, hantaran berkenaan sudah pun menerima ratusan komen dan dikongsikan kembali wargamaya.
Meski Shahrulezad tidak menyentuh nama atau membandingkan mana-mana pihak, namun ruang komen dipenuhi dengan reaksi pelbagai pengguna Facebook.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Usahawan dan selebriti terkenal, Neelofa akhirnya mengakui dirinya sedang hamil anak kedua dan usia kandungannya kini sudah memasuki trimester kedua.
Neelofa, 34, berkata dia memilih untuk berkongsi mengenai perkara itu susulan ramai yang mulai melihat perubahan fizikal pada dirinya.
Malah Neelofa berkongsi, kehamilannya kali ini lebih mudah berbanding anak pertama dahulu.
“Iya, doakan yang terbaik untuk saya. Rasanya semua sudah nampak kan (baby bump). Usia kandungannya kini sudah ‘half way to go’.
“Alhamdulillah setakat ini semuanya baik-baik sahaja. Bukan mudah sebenarnya sebab Bilal pun masih lagi lagi. Tapi syukur semua mendoakan saya,” katanya kepada MH.
Neelofa ditemui ketika majlis pelancaran Warisan Neelofar di KL East Mall, Kuala Lumpur.
Dalam pada itu, Neelofa juga tidak kisah mengenai jantina anak kedua dan kini sedang melakukan persiapan bagi menyambut cahaya mata kedua tidak lama lagi.
“Dari anak pertama lagi saya dan suami memang tidak kisah mengenai gender anak, memadai jika bayi dalam keadaan sihat dan baik.
“Syukur, setakat ini saya tidak ada alami alahan yang teruk. Memandangkan ini pun sudah anak kedua. Jadi sudah saya sydah biasa dan lebih mudah untuk mengatur semuanya,” jelasnya.
Untuk rekod, Neelofa mendirikan rumah tangga dengan Haris pada 27 Mac 2021 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan cahaya mata sulung diberi nama Muhammad Bilal pada 29 Januari tahun lalu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Sesi Jawatankuasa Pendamai (JKP) yang berlangsung selama dua jam melibatkan pasangan Syamsul Yusof dan Puteri Sarah Liyana di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Kuala Lumpur hari ini gagal menemui jalan penyelesaian.
Puteri Sarah, 38, tetap nekad dengan keputusannya untuk berpisah dengan Syamsul.
“Saya tidak mahu berjumpa dan saya tegaskan dekat sini, saya masih dengan keputusan saya. Saya nak bercerai, tak nak berdamai.
Menerusi sesi tersebut, Sarah diwakili adiknya, Sofea Megat manakala Syamsul pula diwakili sepupunya.
Terdahulu, Sarah memfailkan permohonan penceraian dan sebutan pertama kes tersebut pada 7 Mac lalu, Syamsul enggan menceraikan isteri pertamanya itu kerana yakin masih ada sinar dalam hubungan mereka.
Susulan itu, hakim syarie telah memerintahkan kedua-duanya melantik wakil JKP bagi tujuan perbincangan.
Untuk rekod, Sarah dan Syamsul mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014 dan hasil perkahwinan, pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 4 tahun.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin yang juga suami kepada aktres terkenal, Datin Seri Zizie Ezette dilaporkan meninggal dunia pada usia 66...