“Sampai Tersedak Nasib Tak Tercekik,” – Mawar Karim ‘Terkasima’ Jumpa Anuar Zain Depan Mata Masa Dinner

Share

Isteri kepada Fizo Omar, Mawar Karim nyata tidak dapat menyembunyikan perasaan terkejut bercampur gembira apabila secara mengejut bertemu empat mata dengan penyanyi pujaannya Anuar Zain.

Kejutan tersebut dibuat suami dan rakannya yang dikenali sebagai Sham dan Wawa itu ketika mereka sekeluarga sedang menikmati hidangan makan malam di kediaman rakan.

“Special thanks to my hubby, especially Abg Sham ng Kak Wawa suprise kan cheq tak tau Abg Anuar @anuarzain70 nak datang sampai tersedak nasib tak tercekik.

“Firstly Kak Wawa jemput dinner. Ingat kan tak dak sapa balik keja lepas magrib jalan kaki ja maklum la dekat ja,” tulisnya.

Mengakui tidak mampu untuk berkata apa-apa, Mawar turut memberitahu anaknya, Maryam turut sama teruja dengan kehadiran mengejut penyanyi Lelaki Itu.

“OMG. Speechless sampai kenyang la . Apa pun tengok betoi2 Maryam pun excited. Thanks a lot buat tuan rumah. (Apa pun abaikan sora2 kami ni ya n muka cheq dok ternganga makan tu),” tulis Mawar lagi.

Foto: Instagram Mawar Karim

IKLAN