Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan mencemar duli berangkat ke jualan penghabisan butik pereka fesyen terkemuka, Datuk Rizalman Ibrahim yang berlangsung di Kuala Lumpur.
Penampilan Tunku Azizah yang cukup sederhana dan merendah diri dalam menyantuni rakyat cukup menyentuh hati netizen.
Malah, netizen turut terharu melihat tindakan Raja Permaisuri Agong yang menyokong pereka tempatan melakukan jualan murah di butik.
Peserta paling muda dalam barisan finalis Hero Remaja 2020, Muhammad Hariz Muhammad Hamdan mengakui dirinya rasa terkejut dan bersyukur dengan keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang diambilnya, hari ini.
‘Hero’ berusia 18 tahun itu memperolehi keputusan 5A, 3B dan 1C menerusi sembilan subjek yang diambilnya dalam jurusan Sains Komputer.
“Alhamdulillah dan syukur dengan keputusan ini meski ia mungkin tidaklah secemerlang pelajar lainnya, namun keputusan dicapai adalah sesuatu yang di luar jangkaan saya sebenarnya.
“Ini kerana, ketika sesi percubaan sebelum ini, saya hanya raih 2A sahaja. Malah, saya tidak pernah capai markah lulus dalam subjek Matematik Tambahan dalam mana-mana peperiksaan.
“Cuma ketika pergi ambil keputusan, saya terkejut kerana markah Matematik Tambahan saya ialah B+. Pastinya saya gembira atas berkat tunjuk ajar pendidik dan usaha selain doa ibu bapa, semuanya dipermudahkan,” katanya kepada MH.
Ditanya apakah tips ulang kaji yang diamalkan remaja ini, Hariz menjelaskan sebulan sebelum SPM, dia giat melakukan belajar secara berkumpulan di luar waktu sekolah.
“Saya tidak malu untuk bertanya sebab kata orang, kalau kita segan bertanya, kita akan sesat jalan. Selain itu, saya juga kerap lakukan sesi belajar secara berkumpulan.
“Pada sesi tersebut, masing-masing saling bertanya dan daripada situ, kita dapat input,” jelas Hariz yang sudah merancang untuk menyambung pengajian selepas ini selain mengintai peluang dalam seni sejurus tamat saingan Hero Remaja 2020.
Tanggal 19 Mac, genaplah dua tahun usia permata hati penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza iaitu Siti Aafiyah Khalid.
Pengurus Siti Nurhaliza, Rozi Abdul Razak dilihat ada menitipkan ucapan istimewa buat si comel ini di ruang Instagram miliknya yang kemudiannya turut dikongsi kembali diva tersebut.
Kongsi Rozi, dia masih ingat sewaktu Siti mengidam mahukan ABC dan mahu menikmatinya ketika ia masih ‘keras’ dan tidak cair.
Namun lucunya, manisan tersebut hanya dijamah dua sudu sahaja.
“Sebelum tidur, buat ucapan buat Siti Aafiyah Khalid.
“Ketika dunia menyapamu Kali pertama,
Kau adalah kurnia, Di usiamu menginjak dua, Kau adalah syurga dan cinta. Mak Rozi, 19 Mac 2020.
“Aafiyah, masa Aafiyah teringin sangat nak minum Air Batu Campur (ABC), Mak Rozi dan aunty CF @cteafairuz bergegas mencarinya sebab Aafiyah tak sabar dah, Aafiyah nak dan-dan tu juga, siap bagi syarat, aisnya mesti tak cair bila sampai kat rumah Aafiyah.
“Takpe kalau Aafiyah tak ingat sebab Aafiyah masih dalam perut ibu lagi tapi Mak Rozi tau, Aafiyah yang teringin. Aunty CF bawa kereta punyalah laju dari Cheras-Kg.
“Pandan, cari ABC dari satu kedai ke satu kedai, kami waze, kami guna google map, akhirnya jumpa.
“Bila ABC siap, sekali lagi, aunty CF bawa kereta macam nak terbang, supaya sampai ke rumah Aafiyah sebelum ais mencair.
“Tergopoh-gapah tau, kami sampai saja, terus ke dapur, masukkan ABC dalam bekas dan siap terhidang di depan ibu Aafiyah. Aafiyah main-mainkan kami ya, Aafiyah saja mengusik ya? Hahaha.
“Aafiyah sebenarnya nak hirup 2 sudu je, Aafiyah bukan teringin sangat pun. Ibu Aafiyah minum ABC dua sudu saja untuk Aafiyah,” tulisnya.
Rozi pada masa sama turut berdoa agar puteri kesayangan itu membesar sebagai anak solehah.
“Tak mengapa, itu cerita lucu kami berkhidmat untuk Aafiyah. Setiap kali dapat isyarat daripada ibu Aafiyah, maka melompatlah kami! Hahaha.
“Jadi anak solehah, anak bijak, anak berbakti serta selalu merendah diri. Sejauh mana melangkah, tetap tahu yang benar dan salah, setinggi mana berada, tetap membumi akhlak terbina.
Siti Nurhaliza dan Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa disatukan pada Ogos 2006 dan dikurniakan seorang anak perempuan, Siti Aafiyah pada 19 Mac 2017 selepas 11 tahun berkahwin.
Foto : Instagram Siti Nurhaliza
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Instafamous, Mikhail Isaaq menyatakan walaupun akur akan sifat isteri yang gemar menyimpan, namun sebagai suami, dia tidak mampu berdiam diri andai isteri terpaksa memendam keinginan.
Dan atas sebab itu, sempena sambutan ulangtahun perkahwinan, dia memilih kereta mewah berjenama Audi R8 untuk isteri kesayangan.
“Wife aku jenis menyimpan, tapi aku jenis tak boleh if dia suka something mesti akan cuba mcm mcm cara jugak utk beli Audi R8 utk dia. Dia ingat aku beli R34 utk aku hahaha. Happy Anniversary sayang,” kongsinya.