Minggu lalu heboh di media sosial tentang filem Jibam bakal dihentikan tayangan di pawagam kerana kurang mendapat sambutan daripada penonton.

Rentetan dari hal itu ramai di antara rakan-rakan artis yang turut sama membantu mempromosikan filem Jibam ini di akau media sosial masing-masing.

Ternyata sifat membantu sesama artis ini dilihat sangat bagus dan secara tidak langsung membuka mata masyarakat untuk menonton filem ini.

A post shared by Actor/25 (@syafienaswip) on

IKLAN

Salah seorang daripada pelakon filem ini Syafie Naswip memberitahu kepada MH, dia sebagai pelakon yang menerajui filem ini berasa amat sedih ketika mengetahui ada pawagam yang bakal menghentikan tayang filem tersebut kerana kurang mendapat sambutan.

“Perasaan saya sangat sedih sebab kita berlakon kan dan itu hasil kerja kita. Sya tak kisah sangat kalau filem tu tak box office cuma bila filem tu dihentikan masa tu saya jadi ralat sikit lah.

 

“Tapi saya dengan para pelakon yang lain kami cuba usaha untuk naikkan filem tu balik dan kita promote dekat Instagram dan kami lebih bersatu untuk buat promosi,” katanya kepada MH.

Dalam pada itu, Syafie juga turut berterima kasih kepada rakan-rakan artis yang lain kerana sama-sama membantu mereka untuk mempromosikan filem Jibam.

“Terima kasih banyak-banyak saya nak ucapkan sebab kalau mereka tak tolong mungkin tayang filem ini memang dah lama akan dihentikan.

 

“Atas dasar kepercayaan dan persahabatan dorang sanggup untuk sama-sama tolong promote dan bagi good feedback, dorang pergi menonton dan ajak orang ramai untuk tonton filem Jibam ni.

 

“Itu adalah satu penghargaan untuk filem Jibam dan kitorang semua. Jadi tak kisah lah siapa pun pelakon tu bila mereka sanggup bantu macam tu, saya sangat-sangat terhutang budi,” katanya.

A post shared by Actor/25 (@syafienaswip) on

IKLAN

Menurut pelakon ini lagi, sambutan semakin positif dan bertambah baik selepas promosi yang dibantu oleh rakan-rakan artis yang lain.

“Mungkin yang tengok sebelum ni hanya beberapa orang sahaja, jadi selepas promosi dan bantuan rakan-rakan artis yang lain kita nampak banyak perubahan panggung dah mula penuh dan ramai orang dah mula alert dengan hashtag Jibam. Gelombang Jibam tu dah mula ke depan walaupun hanya ada masa beberapa hari sahaja lagi sebelum habis tayangan wajib,” katanya.

Akhir kata daripada pelakon ini, dia sangat berharap setiap yang menonton enjoy dan lebih ramai yang datang menonton dan menyokong filem Jibam.

IKLAN

Katanya lagi, Jibam merupakan sebuah filem yang santai, enjoy, jujur dan filem sebegini perlu ada untuk lebih dekat dengan masyarakat.

Apapun MH seru kepada anda semua untuk tidak melepaskan peluang menonton filem Jibam. Marilah kita berasama-sama menyokong industri filem negara.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI