Selepas dikritik gara-gara memilihuntuk menjadi suri rumah berbanding memeruskan kerjayanya sebagai doktor gigi di klinik kerajaan, isteri kepada penyanyi, Nubhan iaitu Dr. Afifah Tawfek tampil menjelaskan mengenai keputusannya itu.

Menurut Afifah, dia sebenarnya telah ditawarkan untuk berkhidmat secara tetap sebagai Pegawai Pergigian Gred UG41 di Jabatan Kesihatan Negeri Johor namun dia memilih untuk menolak.

“Salah Ke Nak Berbakti Untuk Kelurga?,” – Keputusan Berhenti Kerja Dipersoal, Ini Pula Penjelasan Isteri Nubhan

“Ramai yang cakap saya ni dah habis kontrak la, takda tempat di klinik kerajaan la, macam-macam andaian yang bukan-bukan orang cakap pasal saya.

“Salah ke nak berbakti untuk keluarga?
Ini bukti saya ditawarkan sebagai doktor permanant di kerajaan dan suami memberikan saya 100% support samada terima atau tolak,” tulisnya.

IKLAN

Kenyataan tersebut dikongsikan oleh ibu kepada dua orang cahaya mata itu menerusi sebuah entri yang dimuat naik di laman Instagram.

Jelasnya lagi, meski pun dia sudah tidak lagi berkhidmat di hospital kerajaan, Afifah mendedahkan dia mempunyai perancangannya yang tersendiri mengenai masa depan diri dan juga keluarganya.

“Tapi sebaliknya saya pilih keluarga dan saya ada perancangan saya sendiri. Tak semua perkara saya perlu share dengan semua.

IKLAN

“Tolong hormat dengan keputusan saya hentikanlah andaian yang buruk-buruk. I love you gais!,” katanya lagi.

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen memberikan kata-kata semangat selain turut mengucapkan selamat maju jaya buat Afifah dalam apa jua bidang yang akan diceburinya nanti.

IKLAN

“Salah Ke Nak Berbakti Untuk Kelurga?,” – Keputusan Berhenti Kerja Dipersoal, Ini Pula Penjelasan Isteri Nubhan “Salah Ke Nak Berbakti Untuk Kelurga?,” – Keputusan Berhenti Kerja Dipersoal, Ini Pula Penjelasan Isteri Nubhan

Sebelum ini, nama Afifah hangat diperkatakan selepas suaminya, Nubhan ada membuat kejutan sempena hari terakhirnya berkhidmat di Klinik Pergigian Seremban baru-baru ini.

Video sambutan tersebut turut dikongsikan melalui saluran Youtube milik Nubhan.

Sumber: Instagram Dr. Afifah Tawfek

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI