Bulan lalu penyanyi, Fynn Jamal ada berkongsi di akaun Instagramnya bahawa dia bakal menimang anak angkat perempuan.

Awal pagi tadi, Fynn turut berkongsi berita gembira tentang kelahiran puteri angkatnya dengan menunjukkan gambar tapak kaki bayi itu. Di ruangan kapsyen pula Fynn telah menulis nama anak perempuannya, Sakti Kencana Fitri.

“sakti kencana fitri says assalamualaikum,” tulis Fynn.

A post shared by فصبر جميل (@fynnjamal) on

Rata-rata pengikut dan peminat Fynn telah menghujani ruang komen dengan mengucapkan tahniah kepada penyanyi ini.

IKLAN

aidura_mohamed: Wa’alaikumsalam.. Tahniah Fynn and family.. Semoga menjadi anak yg solehah..

hazylazyla: Walaikumusalam sakti semoga menjadi Insan yg solehah & berjaya Dunia akhirat

ramarama_terbang: wsalam, sakti kencana fitri..wow nma dia smoga awk mbsr dgn baik n dpt mberi manfaat kpd mummy n daddy..abg Bakti Arjuna Fitri be a good abg ye..kpda ibu yg mlahirkan slmt bpantang..smga sglanya baik2 saja..

IKLAN

ya_arman: Waalaikummussalam dedek..i’m so happy u are finally here..tahniah fynn & family

Menerusi satu lagi perkongsian Fynn, dia ada berkongsi tips untuk ibu angkat yang mahu menyusukan anak angkat.

IKLAN

A post shared by فصبر جميل (@fynnjamal) on

“this shot is superfresh from when she was only few seconds old. subhanallah. tengoklah kerut kedut jarinya. dgn pucat belum sempat lalu darahnya. her smell. allahu akbar.

 

“sedikit tips untuk ibu angkat yang mahu menyusukan anak angkatnya utk naiktaraf jadi hubungan susuan:

 

“start from day one. sebab hari pertama, baby sekadar perlukan susu sebanyak besar kacang tanah je.

 

“so kalau kita dah start pumping sebulan sebelum due date baby, insyaAllah setakat besar kacang tanah tu, boleh dapat dah.

 

“tips lebih detail ada di #FJSusuan. mana2 memanfaat, dipersilakan utk gunakan.

 

“sakti dan mummy alhamdulillah settle kenyang pertama subuh tadi. she’s a sport. tak susah langsung nak latching. first few hours mmg kelakar2 lah. sebab dia macam pebende neh. kita macam kamon yuken duit, sakti. hahahaahah.

 

“alhamdulillah for our first few hours. thank you الله for the chance untuk direct breastfeeding ini. setakat mana yang الله izinkan mampu— kita teruskan. please make du’a.

 

“hati ini mengharapkan selama mungkin— how almost impossible— sebab inilah antara bonding yang memang aku look forward to:

 

“direct breastfeeding macam aku dan juna. cuma dulu terberhenti awal sebab juna sakit jantung. aku stress dan lepas selesai urusan susuan, aku memang nak fokus pada juna disihatkan. itu je.

 

“semoga sihat, sakti. itu je harapan daddy dan mummy.

 

“terima kasih utk doa2 kalian. terima kasih kerana bersama2 aku dalam journey kedua ini. terima kasih sebab sudi jadi a somewhat kinda family.

 

“segala ini – penuh sakti,” tulis Fynn.

Diharapkan tips yang dikongsi oleh Fynn ini dapat membantu para ibu yang mengambil anak angkat.
Semoga Sakti membesar dengan sihat dan menjadi anak yang solehah buat ibu dan bapanya.

Sumber: Instagram Fynn Jamal

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI