Posting terkini pelakon Intan Najuwa di Instgram mengundang perhatian ramai apabila dia dirakam ‘ketakutan’ sewaktu mahu mengambil suntikan vaksin sebelum berangkat ke tanah suci bagi menunaikan umrah.

Menerusi video yang dimuat naik, pelakon berusia 22 tahun itu berkongsikan pengalaman mendapatkan suntikan di sebuah hospital baru-baru ini.

“Sakit tak? Panjangnya jarum.

IKLAN

“Mommy tolong… Sakit tak,” antara kata yang diungkapnya dalam video pendek yang dikongsi.

“Kebetulan tadi shooting kat Hospital. Alang-alang ambik injection before pergi umrah.

IKLAN

“Ha hambik satu production kena pujuk heret taknak bagi takut, @shah_peel  @aniezajaafar, Dasarrr penakutttt,” tulisnya pula di ruangan kapsyen.

IKLAN

Serentak dengan perkongsiannya itu, rata-rata peminat terhibur seterusnya meninggalkan pelbagai reaksi di ruangan komen.

Foto: Instagram Intan Najuwa

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI