Pelakon, Siti Saleha ada berkongsi sekeping foto di akaun Instagram miliknya.
Menerusi entri berkenaan, Saleha berkongsi swa-foto bersama seniwati, Fauziah Datuk Ahmad Daud.
Menurut pelakon berusia 29 tahun ini, dia ada menjalani sesi mengasah bakat lakonan bersama bintang filem Ali Setan.
“Thank you sudi ajar asahkan lagi lakonan. I never think I’m good and always strive to do better and better.
“Acting is a never ending process. A lot to learn! Thanks for your time and teachings today @fauziahahmaddaud.official,” tulisnya.
Untuk rekod, Saleha merupakan adik kepada penyanyi Sam Bunkface dan telah dilahirkan pada 14 Mac 1990.
Sisi peribadinya, bintang drama bersiri 7 Hari Mencintaiku itu telah mendirikan rumah tangga bersama Ahmad Lutfi Azhar pada 28 Julai 2017.
Foto: Instagram Siti Saleha
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Sekali Lafaz, Usop Sah Bergelar Suami Nur Fatihah – “Saya Ingin Jadi Suami Terbaik.”
Naib juara program Mentor Milenia 2017 dan Big Stage 2020, Usop atau nama sebenarnya Muhamad Saiful Naim B. Mohd Noor 24, selamat mendirikan rumah tangga bersama gadis pilihannya, Nur Fatihah Md Hashim,25, hari ini dengan sekali lafaz.
Majlis akad nikah pasangan itu dilangsungkan secara tertutup di Kompleks Darul Hidayah, Permatang Tok Gelam, 13100 Penaga, Pulau Pinang yang telah disempurnakan oleh Penolong Pendaftar Nikah Butterworth, Pulau Pinang, Ustaz Haji Harun Idris dan berwalikan bapa pengantin perempuan, Md Hashim Nordin.
Dalam majlis pernikahan ini menyaksikan hantaran sembilan dulang dari pihak perempuan dan berbalas tujuh dulang dari pihak lelaki.
Mas mas kahwin sebanyak RM3,000.00 serta seutas gelang tangan.
Usop Dan Nur Fatihah atau Teha mengikat tali pertunangan pada 4hb Nov 2021.
Majlis bagi pihak perempuan akan berlangsung pada malam ini dan majlis resepsi bagi pihak lelaki akan diadakan pada 13hb Feb 2022 di Kulim, Kedah.
Berkongsi mengenai perjalanan kisah cinta mereka, perkenalan Usop dan Teha sejak 2 tahun lalu dan diteruskan kepada ikatan pertunangan sebelum bergelar pasangan suami isteri.
Teha berkhidmat sebagai kakitangan bahagian pentadbiran di sebuah syarikat Pulau Pinang selain membuat kerja sampingan iaitu berniaga barangan kosmetik.
Menurut Usop, dia memohon doa yang baik-baik daripada semua dan agar mendoakan kebahagiaan mereka sehingga ke anak cucu.
“Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua ahli keluarga kedua-dua belah pihak serta mereka yang terlibat dalam menjayakan majlis ini.
“Walaupun usia saya boleh dikatakan masih muda, tapi saya harap dapat membimbing dan memegang tanggungjawab ini dengan sebaik mungkin.
“Saya ingin menjadi suami yang terbaik buat Fatihah. Ini adalah janji saya kepada keluarga bagi memastikan ikatan ini terus berkekalan,” katanya.
Menyentuh mengenai cahaya mata, penyanyi lagu Sejarah Cintaku ini percaya kepada rezeki.
“Soal zuriat saya dan isteri tidak terburu-buru sebaliknya saya serahkan kepada rezeki. Saya percaya masa yang tepat akan tiba.
“Tapi buat masa ini fokus kami berdua adalah untuk membina kehidupan sebagai suami isteri terlebih dahulu. Saya ingin melihat Fatihah bahagia bersama saya,” katanya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Foto: @kakiklikphotography
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Kita Keturunan Yang Mulia,” – Tegur Fasal Aurat, PU Syed Minta Sharifah Sakinah Jaga Nama Baik Keturunan
Pelakon, Syarifah Sakinah mendedahkan dirinya ada menerima mesej terbuka daripada penceramah dan pendakwah bebas, Pencetus Ummah (PU) Syed yang menegurnya mengenai perihal aurat.
Menerusi mesej tersebut, PU Syed turut menasihati Sakinah agar dapat menjaga nama baik keturuan Syed dan Sharifah.
Katanya lagi, ahli keluarga yang terdahulu pasti akan turut bersedih sekiranya mereka mengetahui ada dikalangan keturunan mereka yang berkelakuan seperti ini.
“Assalamualaikum us harap saudari jagalah aurat dan jagalah nama baik keturunan.
“Assalamualaikum..Maaf jika saya menegur. Kita keturunan yang mulia. Dari nasab sebaik-baik nasab. Alangkah sedihnya datuk kita melihat anak cucu berpakaian seperti ini,” tulisnya.
Pendedahan tersebut dikongsikan oleh pelakon drama, Aku Yang Kau Gelar Isteri itu menerusi entri terkini yang dimuat naik di laman Instagram.
Jelas PU Syed lagi, dia berharap agar Sakinah dapat menerima teguran ini dengan hati yang terbuka.
“Mohon sangat-sangat jaga adab dalam berpakaian. Jika ada pengikut yang akan follow cara berpakaian seperti yang ditunjukkan, pasti dosa akan mengalir masuk dalam buku catatan kita.
“Mohon baca nasihat ini dengan mata hati,” katanya lagi.
Menerusi ruangan kapsyen, Sakinah turut berharap agar orang ramai dapat mendoakan yang terbaik buat dirinya.
“#Sedarasedara done tegur. I’m sorry. Doakan yang baik-baik,” balasnya.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen memberikan kata-kata semangat selain turut memuji cara Sakinah menerima teguran tersebut.
Sumber: Instagram Sharifah Sakinah
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“7 Tahun Habiskan Penyelidikan…,”-Ahmad Idham Berjaya Genggam Ijazah Kedoktoran di UUM, Mahu Jadi Inspirasi Anak PD
Pelakon dan pengarah, Dr Ahmad Idham Mohd Nazri menzahirkan rasa syukur selepas usahanya untuk maraih Ijazah Doktor Pengurusan di Universiti Utara Malaysia (UUM) akhirnya membuahkan hasil.
Menurut Ahmad Idham, meskipun jadualnya agak padat selepas proses penamaan calon di Port Dickson, namun dia tetap tidak mahu melepas momen bersejarah di dalam hidupnya itu.
“Alhamdulillah hari ini merupakan hari yang penuh bersejarah dan sangat bermakna buat saya apabila dapat menggenggam skrol Ijazah Doktor Pengurusan dalam Majlis Konvokesyen ke-34 Universiti Utara Malaysia (UUM) 2022, Sintok yang disempurnakan oleh KDYMM Al-Aminul Karim Sultan Salehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah.
“Usai pengumuman penamaan calon parlimen Port Dickson untuk PRU15 semalam saya terus bergegas ke Sintok sebagai persiapan akhir sebelum Majlis Konvokesyen ke-34 yang berlangsung pada hari ini.
“Walaupun jadual dan masa pergerakan yang sangat padat kurang daripada 24 jam, namun ianya adalah tanggungjawab yang harus saya terima dan laksanakan,” tulisnya dalam satu kenyataan di Instagram.
Katanya lagi, dia berharap agar kejayaannya itu dapat menjadi buat anak muda untuk terus menuntut ilmu diperingkat tertinggi.
“Penantian selama hampir tujuh tahun ini membuahkan hasil apabila berjaya menghabiskan penyelidikan saya untuk Ijazah Doktor di dalam bidang pengurusan.
“Saya mengharapkan dengan ilmu yang saya ada dapat dimanfaatkan dan diterjemahkan pelaksanaannya dalam mengurustadbir selain mempopularkan Port Dickson sebagai bandar pelancongan yang mempunyai keunikan tersendiri.
“Selain itu, saya mengharapkan dengan berjaya menghabiskan penyelidikan dan menerima Ijazah Kedoktoran ini dapat mencetuskan semangat untuk belajar selain dapat memberikan inspirasi kepada anak-anak muda khususnya di Port Dickson untuk melanjutkan pengajian sehingga ke peringkat tertinggi,” kongsinya lagi.
Pada masa sama, pelakon yang popular menerusi drama Cinderella itu turut merakamkan ucapan penghargaannya buat semua pihak yang telah menjadi tulang belakangnya untuk menamatkan pengajian.
“Ilmu merupakan pelita yang membawa manusia keluar daripada gelap kejahilan.
“Saya mengambil kesempatan ini mengucapkan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada seluruh ahli keluarga atas sokongan yang tidak berbelah bahagi.
“Buat para guru, penyelia dan para pendidik yang telah berkongsi ilmu dan mendidik saya selama ini, saya doakan semoga kalian semua dikurniakan rahmat dan maghfirahNya,” akhirinya.
Terdahulu, majlis konvokesyen yang telah disempurnakan oleh Sultan Kedah, KDYMM Al-Aminul Karim Sultan Salehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah telah berlangsung pada Ahad.
Foto-foto sewaktu majlis konvokesyen turut dikongsikan oleh Ahmad Idham di akaun Instagram miliknya.
Dalam perkembangan lain, Ahmad Idham juga merupakan salah seorang calon parti Gerakan Tanah Air (GTA) yang akan bertanding di parlimen Port Dickson.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Dr Ahmad Idham Mohd Nazri
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI