Meluahkan rasa risau apabila teman, Shalma Eliana yang kini sedang dirawat di hospital, penyanyi Ismail Izzani ada memuat naik sekeping foto dirinya di samping si dia.
Difahamkan menerusi Instagram gadis terbabit, dia mengalami patah kaki dan bakal disimen hari ini.
“Siapa yang sakit?? gws partner,” tulis penyanyi Bidadari ini.
Memuat naik kata-kata pedoman untuk dihayati, usahawan Safiey Illias berkongsi pengajaran yang bakal diperoleh mereka yang zalim di hari akhirat.
Menerusi kapsyen, Rasulullah bersabda, orang yang muflis adalah mereka yang datang pada hari kiamat dengan membawa pahala namun kerap berbuat kejahatan semasa hidup.
“Rasulullah s.a.w. bersabda: “Tahukah kamu siapakah orang yang muflis?”
“Para sahabat menjawab: “Bagi kami orang yang muflis ialah orang yang tidak memiliki wang mahupun hartabenda”.
“Lalu Rasulullah SAW bersabda lagi: “Sebenarnya orang yang muflis dalam kalangan umatku ialah mereka yang pada hari Kiamat datang dengan membawa pahala amal solat, puasa, zakat dan haji tetapi semasa di dunia mereka pernah mencaci maki orang, menuduh tanpa bukti, memakan harta dengan zalim, membunuh dan memukul sesuka hati.
“Lalu pada hari kiamat, orang yang di zalimi akan menerima pahala amal si penzalim. Jika pahala amalnya telah habis (diberikan) sedangkan kesalahan dan dosanya semasa di dunia kepada orang yang tidak berdosa masih banyak, maka Allah S.W.T akan memberi pula dosa orang yang dizalimi itu kepadanya sehingga semakin berat bebannya, lalu Allah S.W.T campakkan dia ke dalam neraka.” (Riwayat Muslim),” tulisnya.
Hos dan pelakon, Uyaina Arshad menafikan dakwaan yang kononnya, dia kini sedang jalin cinta dengan penyanyi Indonesia, Ridho Rhoma.
Sebaliknya, bintang cantik ini hanya menganggap anak kepada penyanyi dangdut terkenal, Rhoma Irama itu tidak lebih sebagai rakan sesama artis semata.
“Sejak saya dan Ridho ‘dikenen-kenen’ oleh pengacara dan juri dalam program Dangdut Academy Asia 4 (DAA4) yang bersiaran secara langsung tahun lalu, banyak pihak mula gosipkan kami mempunyai hubungan istimewa.
“Malah, sehingga kini peminat di Indonesia masih cuba mendekatkan saya dan Ridho untuk bersama apabila menerima banyak mesej peribadi yang menghantar gambar kolaj saya dan Ridho.
“Padahal saya dan Ridho cuma bertemu di panggung DAA4 sahaja. Tidak berhubungan sama sekali,” katanya seperti yang dipetik Harian Metro.
Yang pasti, bintang Curi-Curi Cinta ini lebih gemar untuk beri fokus dalam seni terlebih dahulu sebelum terburu-buru dalam hal berkaitan jodoh.
“Fokus saya sekarang adalah untuk membina nama di Malaysia dan Indonesia. Saya nak fokus dengan kerjaya sebagai pengacara dan pelakon dulu.
“Lagipun saya tak nak terburu-buru dalam hal percintaan. Biarlah saya menikmati kehidupan solo ini. Kalau ada jodoh, adalah nanti,” jelas Uyaina jujur.
Sebelum ini, bintang berhijab itu dikatakan sedang menjalin hubungan istimewa dengan lelaki berkenaan apabila ramai peminat turut gemar andai keduanya disatukan sebagai pasangan kekasih.
Ia gara-gara keseradian mereka di atas pentas DAA4 dan rakaman terbabit yang disiarkan di YouTube kini mencecah lebih empat juta tontonan setakat ini.
Dalam perkembangan lainnya, Uyaina sekali lagi akan ke Jakarta, Indonesia pada 29 Ogos depan bagi mengacarakan dua program realiti iaitu Golden Memories Asia dan DAA5.
Sejak awal Ogos lalu, tular mengenai atlet asal Kazakhstan berusia 23 tahun, Tatyana Demyanova yang disebut-sebut sebagai atlet wanita paling cantik di dunia oleh beberapa media antarabangsa.
Menerusi hasil undian dan tinjauan menerusi Express Sport dan Daily Star, para pembaca mengakui Tatyana yang baru berusia 23 tahun itu sebagai antara jaguh sukan wanita tercantik.
Difahamkan, figura setinggi kira-kira 180cm ini mulai berjinak-jinak dalam sukan bola tampar sejak berusia 9 tahun yang mana ibunya juga merupakan jurulatih kepada sukan berkenaan.
Selain aktif dalam sukan bola tampar, Tatyana yang kini memiliki hampir 80,000 pengikut di Instagram juga turut terlibat dalam beberapa jenis sukan lain seperti tinju dan Muay Thai dan jaguh kegemarannya ialah Floyd Mayweather.
Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza sekali lagi mencuri tumpuan apabila beliau sempat menyantuni sekumpulan peminat daripada kalangan pelajar sekolah menengah ketika sedang menikmati makan tengah hari di sebuah restoran, semalam.