“Sakit Dia Sampai Dah Kacau Gigi Depan,”- Kongsi Fatin Afeefa Derita Sakit Gigi Bongsu, Sampai…

Share

Bagi sesiapa yang pernah mengalami sakit gigi bongsu, pasti sudah merasai kesakitan yang amat perit, sebagaimana yang dialami oleh pelakon, Fatin Afeefa.

Bintang Tentang Bulan ini ada memaklumkan pengalaman tersebut di akaun Twitter miliknya, semalam.

Kongsi Fatin, dia kini tidak sihat kerana kerana mengalami sakit gigi bongsu.

“My wisdom tooth is killing me”

“Mine is mesial impaction. Sakit dia sampai dah kacau gigi depan Next week baru boleh cabut sebab cuti next week”tulisnya.

Lantas, peminat mendoakan semoga pelakon yang berusia 25 tahun itu cepat sembuh dan sihat seperti sediakala.

Fatin terdahulu ada berkongsi mengenai kondosi kulitnya yang tidak berapa baik, atas sebab tertentu. Namun, kini semuanya kembali normal.

Gambar : Instagram & Twitter Fatin Afeefa

IKLAN