Pempengaruh media sosial, Siti Jamumall menepis dakwaan netizen yang tergamak menuduh dirinya sengaja berpura-pura sakit demi secebis konten.
Menurut Siti, dia ditidurkan semasa menjalani pembedahan bagi mengenalpasti penyebab benjolan di leher, pada petang Jumaat.
Tegas Siti, 23, dia tidak tergamak menipu orang ramai hanya untuk mengejar populariti semata-mata.
“Benjolan itu dah beberapa bulan yang lepas. Tapi baru-baru ini, saya pergi ke klinik untuk membuat pemeriksaan sebab makin membesar.
“Saya dah buat segala prosedur tetapi masih belum dapat kesan. Itu yang kena jalani pembedahan untuk mengenal pasti sama ada tibi atau kanser limfoma.
“Nak kata saya buat ‘marketing’, memang tidak. Saya dah masuk hari ketiga di wad. Sakit bukan perkara yang boleh dibuat main.
“Kalau nak kata saya sengaja demi konten, memang tak sanggup. Takut berbalik dekat diri sendiri.
Ads
“Penyakit ini walau kita muda sekalipun kalau dah ditakdirkan jadi, memang jadi terus,” katanya ketika dihubungi.
Malah video dia memasuki dewan pembedahan turut dikongsikan usahawanita itu menerusi TikTok dan sehingga kini sudah menerima lebih 1.3 juta tontonan.
Tambah Siti, dia langsung tidak tersinggung dengan komen-komen kasar di TikTok.
“Saya influencer jadi apa saja berlaku dalam kehidupan akan viral dan ramai orang tahu.
“Saya baca komen-komen netizen. Dari mata saya, mereka ini baru mengenali saya. Kalau individu yang dah lama kenal, mesti tahu karakter saya macam mana.
Ads
“Nak terasa hati rasanya bagi saya tidak perlu. Sebab tak ramai pun yang mengutuk. Biasalah kehidupan, tak semua orang suka kita.
“Jangan pandang yang negatif. Kita ambil positif saja,” katanya lagi.
Meskipun sedang sakit, pemilik nama Siti Suriani Wahiddin tetap memikirkan keadaan abangnya yang juga orang kelainan upaya (OKU) serta anak-anak.
“Saya dari kecil memang jaga abang yang (OKU). Jadi bila saya ditahan di wad, rasa risau itu muncul memikirkan siapa yang akan menjaga mereka di rumah.
Ads
“Walaupun saya mampu saja untuk membayar orang lain untuk mengambil alih tetapi tetap tak sama.
“Dah terbiasa selalu nampak mereka di depan mata. Itu yang boleh timbul perasaan sebak,” kata Siti.
Dalam pada itu, pengasas produk ini memohon jasa baik orang ramai untuk mendoakan agar kesihatannya kembali pulih seperti biasa.
“Yang mana mengenali saya, harapnya mendoakan agar pembedahan berjalan dengan lancar. Insya-Allah. Semoga saya juga kembali sihat seperti sediakala,” katanya sebelum mengakhiri perbualan.
Terdahulu, Siti pernah viral sekitar Jun tahun 2021 apabila menyedari anaknya yang baru dilahirkan tertukar dengan bayi pasangan lain.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Allahyarham Abam sebelum ini pernah menyatakan hasrat untuk mengikuti jemaah keluar tiga hari untuk beribadah dan berdakwah ke jalan Allah SWT menerusi komen yang ditinggalkan di salah seorang pelakon, Taiyuddin Bakar.
Menyifatkan niat arwah ingin melakukan kebaikan sebagai satu tindakan terpuji, jelas pelakon Azuan Mazlan menerusi laman Instagram miliknya, meski tidak sempat menyempurnakannya, namun apa yang pasti setiap yang kebaikan yang terlintas di hati sudah pasti akan diambil kira oleh Allah.
Atas sebab itu, Allah memuliakan kematian Abam dengan ribuan jemaah hadir bagi menghormati pemergiannya ke negara abadi.
“Allah swt terima abam untuk keluar 3 hari.. Cuba slide pic2 yang lain utk tengok azam si arwah. Apabila seseorang ada azam untuk keluar 3 hari, 40 hari atau 4 bulan maka para malaikat telah mencatit kebaikan yg akan dibuat walaupun masih belum berlaku malah Allah swt telah terima amalannya. Ini baru azam 3 hari si arwah abam utk keluar di jalan Allah swt, Allah dah muliakan ramai yg hadir untuk solat jenazahnya, bayangkan kalau dia azam lebih tinggi lagi utk 4 bulan.. In shaa Allah, Allah telah terima abam.. Sebab itu Allah muliakan arwah abam.
“Mari kita ingatkan balik hamba Allah yang telah Allah jemput & muliakan sesiapa yg keluar di jalan Allah swt dan kemudian mati dalam keadaan husnul khotimah sehingga berpuluh ribu manusia menyolatkannya dan mengiringi jenazahnya sehingga di tanah perkuburan.
“Seperti Arwah Badrul yang meninggal di hadapan makam Rasulullah saw dan disolatkan berpuluh ribu manusia yg beriman, Haji Meor yg meninggal tengah khuruj di jalan Allah yg dihadiri beribu org menyolatkan jenazahnya.. Dan haji mat yang meninggal dunia di jordan ketika sedang keluar di jalan Allah yg telah di solatkan dan diiringi jenazahnya hingga ke tanah perkuburan seramai 50ribu orang dan ditanamkan kuburnya di sebelah makam Sahabat Rasulullah saw,” jelasnya.
Ulas pelakon drama bersiri 3 Janji itu lagi, kematian pasti datang namun apakah persiapan kita untuk menghadapinya.
“Esok pasti giliran kita.. Pasti!! Namun apa persiapan kita sekarang ini? Kita sekarang ini ditipu oleh dunia.. Malaikat maut datang ziarah kita setiap 20 minit dalam satu hari Utk melihat persiapan kita.
“Oleh itu jom kita keluar 3 hari di Masjid Al-hasanah, bandar baru bangi untuk belajar2 bantu agama Allah swt dan hidupkan sunnah Rasulullah saw pd 13hb februari hingga 16hb februari 2020. Ketika pertama kali saya keluar 3 hari, barulah sy rasa yg sy baru jadi orang islam seperti yg dilakukan oleh Sahabat2 Rasulullah saw radiAllah hu’anhum ajmain.
“Allah akan muliakan kita hanya dengan agama yang sempurna,” kongsinya panjang lebar.
Terdahulu, berita pemergian Abam Bocey atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Al-Jeffrey Syed Mohd Ridzuan Al-Juffrey awal pagi semalam nyata mengejutkan ramai peminta industri hiburan tanah air.
Foto : Instagram Azuan Mazlan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon Sharnaaz Ahmad mengakui sambutan Aidilfitri kali ini begitu suram susulan pemergian bapanya, Allahyarham Datuk Bazir Ahmad Nazir Ahmad, yang meninggal dunia pada November tahun lalu.
Menurut Sharnaaz, dia tidak berasa bersemangat langsung untuk menyambut lebaran seperti tahun-tahun sebelumnya.
“Saya memang tidak beraya pada tahun ini. Tak terfikir pun. Bulan Ramadan pun saya lalui sahaja seperti ‘auto-pilot’.
“Tiada rasa langsung nak beraya. Rasa seperti momen paling tawar dalam hidup.
“Saya bangun pagi dalam keadaan yang ‘blur’, pergi solat raya, makan dan minum. Saya nak habiskan raya itu secepat yang mungkin tapi masa pada hari tersebut sangat lambat berlalu.
“Selepas raya pertama, barulah saya rasa lega. Maklumlah, ini merupakan raya pertama tanpa arwah,” katanya kepada MH.
Bapa kepada seorang cahaya mata itu berkata demikian ketika ditemui di Tayangan Perdana Blood Brothers: Bara Naga, pada Isnin.
Sukar Bendung Emosi, Namun Tabah
Dalam pada itu, Sharnaaz turut berkongsi perasaannya saat mendengar alunan takbir raya yang seringkali mengundang sebak dalam kalangan umat Islam.
Namun, pelakon itu mengakui dia masih mampu mengawal emosinya walaupun hatinya kosong.
“Hati saya seakan beku dan saya langsung tidak menitiskan air mata. Kali terakhir saya sebak kerana teringat pada arwah adalah ketika hari ke-40 dia meninggal dunia.
“Pada hari tersebut, saya ‘hilang’ terus dan tak boleh nak kawal diri. Ia seakan ada ‘suis’ yang terus buat kita sedih. Padahal kita tak nak fikir pun. Satu badan jadi sejuk,” jelasnya jujur.
Jam Tangan Arwah Jadi Kenangan
Bersempena tayangan perdana filem lakonannya, Sharnaaz turut berkongsi detik istimewa apabila buat pertama kalinya dia memakai jam tangan milik arwah bapanya.
“Malam ini pun saya pakai jam arwah bapa saya. Ini pertama kali saya buka jam arwah daripada bungkusan tisu yang diberikan oleh pihak hospital.
“Bila saya pakai, saya rasa arwah ada bersama saya,” ujarnya lagi.
Terdahulu, Allahyarham Bazir Ahmad menghembuskan nafas terakhir pada 27 November lalu di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Meskipun baru kali pertama dianjurkan, Latihan Pestapora Malaysia 2025 berjaya mencipta impak luar biasa apabila menghimpunkan lebih 25,000 penonton di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) hujung minggu lalu.