“Sakit Aja Cantik, Still Looking Hot,” – Meski Terseliuh Buku Lali, Peminat & Rakan Tetap Pandang Kecantikan Bunga Citra Lestari

Share

Penyanyi Indonesia, Bunga Citra Lestari baru-baru ini mendedahkan kakinya terseliuh di bahagian buku lalinya.

Bagaimanapun, meski masih tidak sihat sepenuhnya, dia tetap komited dalam melunaskan urusan kerjanya di Los Angeles, Amerika Syarikat.

“When you sprained your ankle and still have to do photoshoot,” tulisnya sambil dihujani dengan ucapan moga kecederaan yang dialami segera sembuh.

Malah, dalam ramai yang mendoakan mereka turut memuji kecantikan pelakon dan penyanyi ini.

Isteri kepada pelakon asal Malaysia, Ashraf Sinclair itu bagaimanapun tidak pula mendedahkan punca kecederaan yang dialami.

Foto: Instagram Bunga Citra Lestari

IKLAN