Usahawan sensasi, Nursajat berpendapat kanak-kanak yang dijaga sama ada anak yang dikandung atau sebaliknya merupakan amanah yang perlu dijaga dengan baik.
Menyatakan rasa rindu terhadap dua anak kembar yang pernah dijaganya sebelum ini, Sajat yang kini menetap di Australia akui rasa sedih apabila melihat berita mengenai anak-anak kecil yang dipukul.
“Pepohoh pokok tidak akan berliuk liuk, jika tidak di tiup angin. Anak bukan untuk kita luahkan perasaan. Tak kira lah siapa pun anak kita, jaga mereka seikhlas hati.
“Kita boleh menegur anak kita dan marah mereka, tetapi bukan ketuk mereka dengan batang penyapu. Tunjuk ‘hanger’ tu, itu adalah tanda amaran. Bukan hempuk mereka ngok ngek.
Ads
“Saya rindu anak saya. Bila tengok anak kecil kena pukul, rasa sedih sangat. Minta minta anak tu dilindungi.
“Adik dan abang (anak angkat)…. Ummi rindu. Nanti kita jumpa yer sayang. Kadang orang yang sempurna belum tentu boleh menjaga anak anak istimewa,” tulisnya menerusi Instagram.
Dia pada masa sama meminta ramai untuk tidak menghakimi sesiapa sahaja yang mampu menjaga kanak-kanak dengan baik.
“Bila orang tidak sempurna menjaga anak dengan sempurna, selalu di soal dan disalah erti adakah sempurna didikkan dan perjagaan mereka.”
Ads
Moral of story, don’t judge book by is cover. Hope one day, we be together sayang2 ku. Ummi love you and miss you so much,” tulisnya lagi.
Terdahulu, Sajat pernah mencuri perhatian ramai apabila mengambil anak angkat yang merupakan pasangan kembar, Syahmi dan Syaza sejurus mereka dilahirkan ibu kandung.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Setelah hampir 20 tahun bergelar pelakon, Sweet Qismina kini melebarkan sayap dalam bidang nyanyian pula selepas tampil dengan single pertamanya berjudul Namo.
Menurut Sweet atau nama sebenarnya, Farhanna Qismina Supandi, 25, sebenarnya dia sudah lama menyimpan impian untuk keluar dengan single sendiri.
Perjalanannya itu dipermudahkan apabila dia kini tampil dengan single ‘catchy-pop’ Namo, yang merupakan hasil ciptaan bersama komposer Mas Dewangga, Jova Devito dan Aden King.
“Sebenarnya impian untuk mempunyai single sendiri tercetus kira-kira empat tahun yang lalu, ketika itu saya belum temukan sebuah karya yang betul-betul kena dengan jiwa saya.
“Setelah berbincang dengan abang Raqeem Brian yang merupakan Pengarah A&R dan Pemasaran Domestik Warner, baharulah saya temui lagu saya.
“Perancangan mengeluarkan single ini telah pun bermula pada bulan November tahun lepas sehingga proses rakamannya selesai pada Julai tahun ini.
“Segala-segalanya adalah baharu buat saya, sewaktu proses rakaman dijalankan, setiap detik sangat meninggalkan kenangan manis yang tidak akan saya lupakan sampai bila-bila.
“Perasaan berdebar itu hanya Tuhan sahaja yang tahu! Alhamdulillah, kesemuanya berjalan dengan lancar dan lagu tersebut dapat dihasilkan dengan sempurna,” katanya.
Sementara itu, meninjau di ruangan komen, ramai netizen termasuk rakan-rakan artis turut memuji keupayaan vokal Sweet.
Meskipun berstatus anak kepada pengamal media berpengaruh yang juga Pengarah Eksekutif Petra News, Datuk Ahirudin Attan, pendatang baharu Ahirine Ahirudin, 26, mengakui bapa tidak pernah menghalang minatnya untuk terjun dalam dunia lakonan.
Malah, bapanya sentiasa menyokong apa sahaja minatnya sama ada dalam dunia seni, bidang penyiaran mahupun kewartawanan.
“Sebelum ini, saya pernah bertugas sebagai wartawan penyiaran dan pengacara program televisyen (TV). Selepas menceburi bidang lakonan, saya masih menulis secara sambilan, tetapi dalam portal automotif,” katanya.
Bintang tinggi lampai ini bakal muncul menerusi filem Gadis Jolobu The Movie arahab CL Hor tidak lama lagi.
Ahirine menambah, bapa turut mencadangkannya untuk tinggal di kampung selama sebulan bagi menguasai dialek Negeri Sembilan.
Ini kerana, naskhah berkenaan memerlukannya untuk memahami dan bertutur dalam dialek Negeri Sembilan.
Dalam filem genre komedi romantik terbabit, pemegang Ijazah Komunikasi Massa, Universiti Teknologi Mara (UiTM) itu bergandingan dengan barisan pelakon otai iaitu Datuk Hattan, Khir Rahman dan Joey Daud.
“Saya boleh memahami dan bertutur sedikit dialek Negeri Sembilan kerana abah berasal dari Lubok Cina, Melaka. Sudah tentu ahli keluarga banyak bertutur dialek Negeri Sembilan.
“Kampung abah hanya bersebelahan Kampung Lonek, Negeri Sembilan yang menjadi lokasi penggambaran filem ini. Namun, saya tidak boleh tinggal lama di kampung kerana ada komitmen kerja lain,” katanya.
Filem terbitan syarikat hiburan terkemuka Asia Pasifik, Tremendous Entertainment dan Zebra Studios Sdn Bhd turut menampilkan anak Hattan, Adam E dan Nizam Laksamana.
Menariknya, filem berteraskan dialek Malaysia itu memberi tumpuan pada budaya dan tradisi Minangkabau dari Negeri Sembilan.
Mengulas watak Jijah dalam filem, kata Ahirine, ia mempunyai persamaan dengan dirinya yang menyukai aktiviti lasak dan sukan permotoran.
Jelasnya, watak Jijah iaitu gadis yang berasal dari kampung dan bersifat lemah lembut, tetapi meminati sukan lasak.
“Jijah adalah gadis yang bertugas sebagai pegawai tentera dan pulang ke kampung untuk menjaga neneknya.
“Saya tidak perlu bertutur dialek Negeri Sembilan pekat sangat kerana Jijah bekerja di bandar. Selain dibantu Hattan dan pelakon kelahiran Negeri Sembilan, ada guru lakonan memberi bimbingan dari segi dialek dan sebagainya,” katanya lagi.
Bercakap soal cabaran, Ahirine mengalami sakit badan lebih seminggu ketika merealisasikan babak pertarungan dengan penjahat.
“Selain dibantu koreografer aksi, saya memang ada asas dalam seni mempertahankan diri iaitu Muay Thai dan Krav Maga.
“Masih banyak aspek lakonan yang perlu diperbaiki terutama ekspresi muka. Ini kerana sebelum ini saya banyak berada di belakang tabir untuk babak aksi dan lagak ngeri dalam filem,” katanya.
Berkerjasama dengan Datuk Hattan, Ahirine akui mudah mendapatkan keserasian dengan figura senior tersebut.
“Pada mulanya, saya risau untuk bekerja dengan artis otai seperti Hattan. Maklumlah, watak Jijah banyak dengan Atan (Hattan) termasuk babak romantik.
“Bagaimanapun, selepas saya bawa Hattan naik motosikal pusing bendang dan ronda keliling kampung, perasaan risau hilang, malah sering ketawa dengan telatah lucunya,” katanya yang juga tiada masalah bekerjasama dengan Khir dan Joey.
Gadis Jolobu The Movie dihasilkan susulan kejayaan lagu duet Hattan bersama Waris, Gadis Jolobu yang meraih tontonanhampir 10 juta di YouTube.
Filem ini akan menemui penonton di pawagam GSC di seluruh negara bermula 4 Ogos depan dan turut ditayangkan di platform Over-The-Top (OTT), Get PLAY yang akan diumumkan kemudian.
Untuk berita hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Aktres Maya Karin tampil mempertahankan rekaan kostum-kostum duyung yang digunakan dalam filem terbaharu Duyung: Legenda Aurora, susulan kritikan segelintir pihak selepas video trailer filem tersebut tular di platform media sosial.