Ahli perniagaan sensasi, Nur Sajat memberitahu dia kini sudah bersedia untuk kembali serius dalam dunia lakonan.

Terdahulu, Sajat pernah berjinak-jinak dalam nyanyian menerusi lagu Makhluk Penggoda dan Bobo Di Mana.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nur Sajat (@nursajat23)

“Ya, kalau boleh saya memang nak berlakon balik. Mungkin ramai yang tidak tahu, sebelum ini saya pernah terbabit dalam filem berjudul Ophilia yang turut menampilkan Pekin Ibrahim dan Que Haidar sebagai pelakon utamanya.

“Pengalaman tersebut menjadi antara kenangan manis, cuma pada ketika itu saya agak sibuk dengan komitmen lain termasuk perniagaan yang baru saja berjalan.

IKLAN

“Jadi selepas lebih enam tahun rasanya ini masa yang sesuai untuk saya kembali ke lokasi penggambaran.

“Kalau boleh, mungkin selepas ini nak cuba watak komedi pula. Tidak mahulah terlalu memilih pula.

“Yang penting kalau ada tawaran yang sesuai, sudah pasti saya akan lakukan yang terbaik. Siapa tahu boleh meletop nanti kan?,” katanya.

IKLAN

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nur Sajat (@nursajat23)

Dalam perkembangan lain, Sajat kini turut menyambut baik penerimaan pembeli terhadap cawangan baru kedai emasnya, Nursajat Gold yang terletak di Dataran Sunway, Petaling Jaya Selangor.

IKLAN

“Meski cawangan di Shah Alam sudah pun bertukar ke sini, namun sambutan yang diterima masih lagi baik.

“Tidak dinafikan, situasi semasa menyebabkan banyak peniaga terkesan termasuk saya.

“Namun syukur setakat ini sambutan yang diterima masih baik dan saya berharap momentum ini akan terus positif, insya-Allah,” katanya yang turut memiliki sebuah lagi cawangan sama di Johor Bahru.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nur Sajat (@nursajat23)

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI