Sajat Cari Lembu

Share

Usahawan sensasi, Nur Sajat bakal mengembangkan empayar niaganya apabila berhasrat untuk memulakan perniagaan ternakan lembu tidak lama lagi.

Malah kongsi penyanyi Makhluk Penggoda ini menerusi Instagram, dia mahu memulakan perniagaan tersebut selepas membeli tanah di sebuah lokasi di Melaka, seluas tiga ekar.

“Kepada sesiapa nak jual lembu atau pengedar lembu hidup, sajat nak beli sangat sangat!! sebab sajat nak buat perniagaan perternakan lembu… seronok nya!

“Kalau boleh nak cepat tau!!! kita nak ternak lembu sangat sangat sis!!!! terbaik,” tulisnya menerusi ruangan kapsyen.

Pada masa sama, usahawan ini turut berkongsi lokasi tanah yang dibeli.

Foto: Instagram Sajat

IKLAN