Selepas insiden ditikam di kediamannya di Mumbai, Saif Ali Khan dan isterinya, Kareena Kapoor telah meletakkan beberapa syarat kepada paparazzi yang sentiasa mengekori gerak mereka.
Seperti yang dilaporkan oleh media tempatan India, pasukan perhubungan awam Kareena Kapoor telah mengadakan pertemuan dengan paparazzi pada Selasa lalu untuk menyampaikan hasrat yang dimahukan oleh pasangan Bollywood popular itu.
Menurut laporan itu, Saif dan Kareena mahu paparazzi tidak lagi merakam gambar dan video anak mereka, Taimur Ali Khan dan Jehangir (Jeh) Ali Khan di mana-mana sahaja.
Selain itu, paparazi juga diminta agar tidak lagi berkumpul di luar kediaman mereka.Walaupun begitu, pasangan tersebut tidak menghalang sekiranya paparazi mahu merakam mereka jika mereka menghadiri mana-mana acara rasmi.
Tindakan ini diambil ekoran kebimbangan terhadap keselamatan mereka sekeluarga.
Imbas kembali, Saif Ali Khan ditikam enam kali oleh penceroboh yang memasuki rumahnya pada 16 Januari untuk cubaan pecah rumah.
Ads
Dia kemudiannya dikejarkan ke hospital dan menjalani beberapa siri pembedahan. Pelakon berusia 54 tahun itu dibenarkan keluar dari hospital pada 21 Januari lalu, kira-kira lima hari selepas dimasukkan ke hospital.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
Ads
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi Datuk Amy Search tidak menafikan pandangan segelintir pihak yang beranggapan bahawa setiap artis memerlukan lagu hit atau ‘killer song’ dalam perjalanan kerjaya nyanyian mereka.
Amy, atau nama sebenarnya, Suhaimi Abdul Rahman, 67, bagaimanapun berpendapat, keberkesanan sesebuah lagu ‘killer song’ tersebut juga bergantung kepada permintaan pendengar dalam menentukan popularitinya.
Sehubungan itu, Amy menasihatkan penyanyi baharu untuk mengenal pasti genre muzik yang paling sesuai dengan mereka dalam berkarya.
“Killer song ini adalah satu perkara yang subjektif. Ada kalanya kita tahu lagu itu boleh ‘pergi’, adakalanya kita tak tahu.
“Kadang-kadang lagu itu boleh jadi ‘boom’ tapi tiba-tiba lagu kemudiannya dalam keadaan bahaya.
“Penyanyi perlukan ‘killer song’ sebab sebenarnya sesebuah lagu popular itu yang akan mengetengahkan lagi bakat anda, terutamanya pendatang baharu,” katanya.
Amy memberikan pendapatnya mengenai perkara itu ketika ditemui pada Sidang Media Amy Search Magic Konsert Solo Pertama di Society, Mont Kiara, Kuala Lumpur, pada Isnin.
Dalam pada itu, Amy turut mengingatkan rakan-rakan artis mengenai kepentingan memilih genre lagu yang tepat.
Ini kerana tambah Amy, setiap lagu ‘killer song’ yang dihasilkan akan memberi tekanan kepada penyanyi untuk terus menghasilkan karya yang dapat dikenang oleh peminat.
“Daripada situ juga dapat membantu penyanyi ‘explore’ apakah genre yang sesuai dengan mereka.
“Penyanyi perlu pandai bereksperimentasi tetapi bila lagu pertama dah ‘hit’, akan timbulkan satu tekanan buat penyanyi untuk hasilkan lagu kedua.
“Jadi mereka kena tahu cita rasa atau ‘material’ yang sesuai dengan karya mereka untuk hasilkan sesebuah lagu.
“Kena banyak mendengar dan buat research sampai jumpa genre utama. Jangan terlalu ikut atau dengar apa orang cakap,” katanya lagi.
Dalam perkembangan lain, Amy bakal menjayakan konsert solo pertama di Axiata Arena, Bukit Jalil pada 26 April depan dan ia dijangka akan menjadi salah satu detik paling penting dalam perjalanan seni ‘living legend’ selama empat dekat dalam industri muzik.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Memberikan pembentangan meyakinkan di pentas akhir, cadangan menghasilkan produk BioProtein Powder sebagai ikhtiar yang mampu merawat luka kronik telah dinobat sebagai pemenang program realiti berteraskan sains, teknologi dan inovasi, INNOVATHON musim 2.
Inovasi yang diketuai oleh Profesor Dr. Azizi Ayob yang juga Pengasas & Pengarah ABA Healthcare Business & Consultancy Sdn. Bhd merangkap Profesor KHAIR/ Pharmacology di University College of MAIWP International (UCMI) sukses membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000 dan pelaburan sokongan pembangunan perniagaan bernilai hingga RM1 juta.
Kemenangan itu sekali gus menafikan kemaraan sembilan finalis untuk merebut status juara bagi musim terbaharu ini.
Azizi terharu kerana segala usaha sepasukan membuahkan hasil dan mereka optimis mahu memanfaatkan kesempatan ini untuk memberi sinar baharu kepada golongan sasaran.
“Sudah pasti saya gembira dan bersyukur. Kami menjalani proses temu duga selama enam bulan dan mampu bertahan sehingga peringkat kelima. Sehingga sekarang, masih belum boleh membayangkan perasaan saya yang bercampur-baur.
“Kejayaan ini melibatkan ramai orang dan inilah yang dinamakan rezeki meski saya tido menafikan, rakan innovator yang lain juga tidak kurang hebat ideanya.
“Ketika diumumkan sebagai juara pada episod ke enam, saya sudah cukup bersyukur kerana berjaya layak ke pentas akhir. Malah, dengan strategi yang dirancang pada malam final, ternyata ia membuahkan hasil,” katanya kepada MH.
Azizi menambah, wang kemenangan dan dana sokongan ini akan menjadi pemangkin semangat buat pasukannya untuk melengkapkan projek ini yang telah dimulakannya sejak 20 tahun lalu.
“Dana ini sememangnya sangat membantu. Ketika ini, kami masih di dalam proses untuk melengkapkan keperluan untuk mendaftar projek BioProtein Powder dengan pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
“Malah, saya juga masih mempunyai pesakit yang mengambil ubat ini di Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan kami memang memerlukan dana ini bagi memudahkan proses seterusnya, iaitu untuk dikomersilkan.
“Mudah-mudahan ia dapat dijual kepada rangkaian klinik, hospital swasta dan kerajaan. Jadi, kami memang sangat memerlukan dana tambahan ini. Syukur alhamdulillah,” ujarnya lagi.
Dalam pada itu, Azizi turut mendedahkan produk ini telah berjaya menambat hati banyak pihak sejak pembentangannya pada episod keenam.
“Selepas pembentangan tersebut, sudah ramai pihak yang menghubungi saya melalui Facebook dan email. Ada yang meminta saya untuk menjual produk ini kepada mereka dalam usaha mengubati luka kronik.
“Saya pasti memang akan ada permintaan kerana ada ramai pesakit yang menunggu. Namun, saya memerlukan sedikit masa lagi kerana pihak kami perlu mematuhi prosedur KKM. Kami juga perlu menghantar data-data kajian.
“Insya-Allah, produk ini akan memberi manfaat kepada ramai pesakit. Kami juga berhasrat dengan kapasiti yang kami ada untuk pasarkan produk ini di luar negara,” katanya lagi.
Sementara itu, gelaran naib juara pula menjadi milik Bio Polyol, inovasi untuk persediaan oil-based polyurethane polyol secara natural yang dipimpin oleh Prof Madya Khairiah Badri.
Manakala Bakineer 2.0 yang merupakan inovasi memudahkan proses pembuatan kuih raya seperti semperit dan tart yang dibangunkan oleh Mohd Juwaidy Suhaimi, graduan Kejuruteraan Kimia dari Imperial College London pula di tempat ketiga.
Penuntut Kolej Vokasional Sandakan 2 yang diketuai oleh Muhammad Nur Hisyam Ambon dengan inovasi Buccia Anguria iaitu penghasilan condiment berasaskan tembikai diumumkan sebagai penerima Anugerah Khas Juri bagi kategori Reka Cipta Lestari INNOVATHON.
Anugerah Khas Juri: Teknologi Kreatif INNOVATHON pula diberikan kepada pelajar tingkatan satu Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Katholik Petaling Jaya, Tan You Han yang memperkenalkan inovasi Posture Manager yang merupakan peranti untuk membantu postur duduk bagi mengurangkan kesakitan.
Satu lagi Anugerah Khas Juri iaitu Saintis Muda INNOVATHON telah anugerahkan kepada pelajar SMK Infant Jesus Convent, Johor Bahru yang diketuai oleh Lee Xue Qi dengan inovasi mereka, Smilescope.
Jom usha kesemua episod INNOVATHON Musim 2 di aplikasi Astro Go & sooka.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon dan pelawak, Lan Pet Pet tidak dapat menahan sebak sewaktu mempromosikan pembukaan cawangan baharu sebuah restoran yang terletak di Sungai Petani, Kedah.
Menurut Lan atau nama sebenarnya Mazlan Ahmad, restoran ini sangat istimewa buat dirinya kerana mempunyai banyak kenangan bersama sahabatnya yang juga personaliti media sosial, Allahyarham Man Kulim.
Menurutnya, dia berasa sangat berbeza bila arwah Man Kulim tiada lagi di sisinya saat mengadakan ‘food review’
“Saya buat review yang mula-mula sekali di restoran ini dengan Man Kulim. Tapi kali ini bila di cawangan ke-11, saya terpaksa buat review sorang-sorang.
“Hang tinggalkan aku Man. Apapun jangan lupa sedekah Al-Fatihah untuk Man Kulim,” katanya.
Video tersebut dikongsikan oleh anggota kumpulan lawak Senario itu menerusi sebuah hantaran di Tik Tok.
Titipkan Doa, Man Orang Baik
Pada masa sama, Lan turut memohon jasa baik orang ramai untuk menitipkan doa semua arwah Man Kulim ditempatkan di kalangan orang-orang beriman.
“Saya terpaksa buat review sorang-sorang tanpa arwah. 10 cawangan kami buat review sama-sama. Doakan Man Kulim. Dia orang baik,” katanya lagi.
Sehingga kini video tersebut telah meraih lebih 2 juta tontonan dan dihujani ribuan komen.
Untuk rekod Allahyarham Man Kulim atau Burhan Che Mokhtar meninggal dunia pada 24 Disember 2024.
Jenazah arwah selamat disemadikan di Kuala Muda, Kedah yang merupakan kampung halamannya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
Sumber & Kredit Foto: Tik Tok & Instagram Lan Pet Pet
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Berbelas tahun bersahabat baik, pereka fesyen terkenal Rizman Ruzaini menghadiahkan busana perkahwinan berwarna biru buat primadona alaf baru, Erra Fazira.
Menurut Rizman Nordin, adalah menjadi...